Wednesday, October 20, 2010

BERHATI-HATI KETIKA MEMBACA AL-FATIHAH

BERHATI-HATI KETIKA MEMBACA AL-FATIHAH KERANA NAMA SYAITAN DALAM AL-FATIHAH

Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solatnya. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu TAJWID. Bukan setakat bacaannya saja yg rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yg wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama-nama syaitan:

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
4. KANNA'K (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NA'K
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KANAS
6. SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti
7. AMIN...............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA......dua harakat, MIN.... 3 harakat.

Semoga Amin kita bersamaan dengan Amin para malaikat..... Insya-Allah. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Perhatian;
Sebarkan hukum Allah walaupun sepotong ayat semoga kita mendapat
rahmatNya..... =)

copy from here

Monday, October 18, 2010

TM Liga Malaysia

Selama ni dok layan EPL dgn champion league je. Liga Malaysia ni mcm xde clas sket aku rs.tp minggu ni rasa nk tgk liga Malaysia plak. Hari jumaat tengok game kelantan vs selangor meriah gila. Selangor kena titik 3 gol xde balas.padan muka berlagak sangat.hahaha.Hari sabtu plak ada 3 game kedah vs terengganu, perlis vs n9 dan johor fc vs pahang. satu pn aku xtengok sebab nk tgk game man utd vs west brom. Angin betoi r aku tengok game tu.Dah leading 2-0 pn boleh seri lagi.west brom je pn. kalo aku tau baik aku tengok kedah titik terengganu 3-0. puas hati. so rabu ni layan semi final liga malaysia plak. kedah vs kelantan dan johor fc vs n9.harap2 final nanti kedah layak walaupun kelantan pn aku sokong gak.hehe.
Kenari terbang tinggi..

 poster lama tapi still
kedah vs kelantan
:P

Monday, October 11, 2010

Tragedi 10.10.10

Disebalik kegembiraan kebanyakan insan menempah hari bahagia pada tarikh ni ada gak beberapa keluarga yang meratap kesedihan kehilangan ahli keluarga tersayang dalam kemalangan yang sangat teruk kat kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Pedas semalam. Kemalangan ni antara yang terburuk dalam tahun ni. Melibatkan 2 bas 1 van dan 3 kereta dan yang paling kesian ada 12 kematian dan 40 yang cedera.


Punca kemalangan ni disebabkan bas ekspres Delima yang hilang kawalan sampai rempuh pembahagi jalan then berlanggar dengan kenderaan dari arah berlawanan. So kemalangan ni terus jadi persoalan selamat lagi ke kita kalau memandu or menunggang motor dengan berhati-hati kalau masih ada pemandu yang cuai macam ni. Mungkin kerajaan perlu pertimbangkan buat laluan khas untuk kenderaan berat macam bas dan lori. Macam ni baru la kemalangan jiwa yang teruk dapat dielakkan.


Untuk sumber berita yang lebih lanjut klik sini.


Gambar2 dikawasan kemalangan

Bas yang terbalik atas kereta

mangsa2 kemalangan yang kehilangan nyawa

mangsa

Sumber berita dan gambar : Berita harian

Sunday, October 10, 2010

10 Oktober 2010

Ada apa dengan tarikh ini?tarikh ni macam ditunggu-tunggu oleh ramai orang.tarikh ini gak menjadi pilihan kebanyakan orang untuk dijadikan hari bahagia mereka. Mungkin sebab nampak unik.10.10.10. Tapi tarikh yang unik ini boleh menjadi penentu kebahagiaan ke?

Pada tarikh 10.10.10 angkasawan pertama negara pilih untuk mendirikan rumah tangga dengan pasangannya. Kawan sekelas masa sekolah dulu pilih untuk melangsungkan pertunangan. Tarikh ini gak ada yang pilih untuk meluahkan rasa hati kepada perempuan yang diminati. Semoga semua berbahagia ke akhir hayat tapi bukan la disebabkn 10.10.10. Tapi sebab persefahaman dan rasa cinta yang wujud antara diorang.


Bagi aku semua tu tak penting. Bagi aku tarikh ni mempunyai makna yang tersendiri. 10.10.10 bermaksud dah sebulan 'dia' menjadi pemilik hati aku secara rasmi. Semoga hubungan ini akan berkekalan sampai akhirnya. Terima kasih awak sebab memberi rasa bahagia ini dan selalu ada bila memerlukan awak.





 p/s: love u dear.

Friday, October 8, 2010

when i fall in love





Al Quran yang dijadikan barang hantaran perkahwinan.

Kepade mereka2 yg nk menghantar dan menerima hantaran…fikir-fikirkanlah
“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil…
“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.
Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.
“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.
“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.
“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.
“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..
“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.
“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.
“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.
“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.
“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.
“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.
“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.
“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.
Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.
Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.
“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.
Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.
“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.
“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak… usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.
“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.
Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.
“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.
“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi. Surah Ar Rad
Surah Ar Ra’d
“ Apa benda nih ” detik hati Nabil.
“ Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA.. RIII..!! ” berlagu Nabil.
Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.
“ Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A ’ uzubillahiminnassya itaanirra jim.. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM… RAA.. ” kedengar suara gemersik Ustaz Sa ’ ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.
Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“ Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim ” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa ’ ad.
“ Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. ” penutup Ustaz Sa ’ ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.
Hari semakin cepat berlalu..
Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.
Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa ’ ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.    read dis..     Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: ‘When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : ‘Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya,  berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.
Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.’
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,’Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.’
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala’ul A’laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :’Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.’
Sila sebarkan Hadis ini kepada semua ……..kerana
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:
‘Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.’

repost from : http://misterlal.com/

Wednesday, October 6, 2010

Kalungan bunga tanda 'nak'

Semakin maju pembangungan semakin teruk peradaban penghuni bumi. Akhlak makin teruk. muruah diri dijaja hanya kerana duit. Bayangkan wanita sekarang sanggup menjual diri dengan harga rm50 je. Murah sangat ke diri yang dianugerah tuhan tu. Bukan tak dak kerja lain dalam malaysia ni yang halal. Tapi kerja yang haram ni gak yang menjadi pilihan golongan sekarang. Nak dapat duit mudah. Yang lelaki pula penat2 kerja bukan nak belanja ke jalan yang halal. Benda haram gak dia cari. Sampai yang dah kahwin ada anak pun tak sedar2 diri. Yang tak kahwin tu apa salahnya simpan duit tu untuk kahwin. Halal lagi kekal. Dapat pahala lagi. Bila tuhan dah tarik balik nikmat wang ringgit nanti baru la nak insaf. Tu pn tak semua yang insaf. Apa nak jadi dengan manusia zaman yang serba maju ni.

keratan Kosmo hari ni
KUALA LUMPUR - Pegawai khidmat pelanggan (GRO) semakin ligat memikirkan cara terbaru untuk menarik minat pelanggan melakukan seks meskipun mereka sedar kegiatan mereka itu bakal mengundang padah jika diserbu pihak berkuasa.
Terbaru, GRO di sebuah pusat hiburan di Jalan Jejaka 7, Taman Maluri, Cheras di sini menjadikan kalungan bunga sebagai tanda bahawa pelanggan yang datang ke premis itu bersedia untuk mendapatkan khidmat mereka.
GRO tersebut akan menjaja bunga tersebut dari meja ke meja dengan harga RM10 setiap satu dan seterusnya boleh melakukan hubungan seks dengan bayaran serendah RM50.

                                                        sumber:kosmo

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...