Saturday, May 28, 2011

Final Liga Juara-Juara


Barcelona Vs Manchester United
2.45 pagi
29 Mei 2011
Stadium Wembley,London

Tuesday, May 24, 2011

Biar Orang Cina Pimpin Islam

Buku ni merupakan salah satu karya Ann Wan Seng, seorang Muslim mualaf.






Sinopsis

Bagi kebanyakan orang Melayu, Islam dianggap sebagai milik dan hak ekslusif mereka. Walaupun kita acapkali mendengar ramai yang mengatakan bahawa Islam adalah agama yang bersifat sejagat tetapi pada hakikatnya ia tidak begitu. Di kalangan orang Melayu, mereka masih tidak dapat menerima kehadiran golongan Cina Muslim, India Muslim dan Orang Asli yang beragama Islam.

Bagi orang Melayu, masuk Islam adalah sama dengan masuk Melayu. Sesiapa yang memeluk Islam perlu menukar identitinya kepada Melayu, mengamalkan cara hidup Melayu, berpakaian seperti Melayu, bercakap Melayu dan berkahwin dengan orang Melayu.

Sukar untuk mereka menerima seorang muslim yang masih mengekalkan identiti dan mengamalkan budaya serta tradisi yang diwarisi sejak kecil lagi. Padahal, perkara-perkara yang disebutkan "Biar Orang Cina Pimpin Islam" itu boleh diterima oleh Islam asalkan ia tidak bercanggah dengan akidah dan bertentangan dengan ajaran Islam. Begitu juga daripada segi pemakanan, selagi mana ia halal dan toyyiban, maka tidak menjadi masalah untuk kita memakan apa sahaja jenis masakan sama ada masakan Cina, India, Arab, Afrika dan sebagainya.

Officially Champion

The Proud Captain
Kemenangan 4-2 dengan Blackpool mengesahkan lagi kejuaraan Man Utd. Di sebalik kegembiraan Man Utd menyambut kemenangan Blackpool kesedihan sebab tersingkir dari liga utama. Tak pe cuba lagi musim depan. EPL dah kurang meriah tak de team macam Blackpool. Kemenangan semalam gak menutup tirai saingan EPL musim 2010/2011. Lepas ni bosan la weekend dah tak de bola sampai bulan 8 ni pulak. Tapi minggu depan Man Utd ada satu lagi match penting bagi merebut kejuaraan Champion League kali keempat.

Glory Glory Manchester United

Sunday, May 22, 2011

Bruno Mars-Just The Way You Are


Just The Way YOU Are

Oh, her eyes, her eyes, 
Make the stars look like they're not shining 
Her hair, her hair, 
Falls perfectly without her trying 

She's so beautiful, 
And I tell her every day
  
Yeah, I know, I know, 
When I compliment her 
She won't believe me 
And it's so, it's so, 
Sad to think that she don't see what I see 

But every time she asks me do I look ok, 
I'll say  

When I see your face, 
There's not a thing that I would change 
 Cause you're amazing, 
Just the way you are 
And when you smile, 
The whole world stops and stares for a while 
Because girl you're amazing, 
Just the way you are(yeah) 

Her lips, her lips,
I could kiss them all day if she let me 
Her laugh, her laugh, 
She hates but I think it's so sexy 
She's so beautiful, 
And I tell her every day  

Oh, you know, you know, you know,
I'd never ask you to change 
If perfect's what you're searching for 
Then just stay the same 

So, don't even bother asking 
If you look ok 
You know I'll say  

When I see your face, 
There's not a thing that I would change 
Cause you're amazing, 
Just the way you are 
And when you smile,
The whole world stops and stares for a while 
Because girl you're amazing, 
Just the way you are 

The way you are, 
The way you are 
 Girl you're amazing, 
Just the way you are  

When I see your face, 
There's not a thing that I would change 
Cause you're amazing, 
Just the way you are 
And when you smile, 
The whole world stops and stares for a while 
Cause girl you're amazing,
Just the way you are. 

Yeah


One of my favorite song. You can download it here

Thursday, May 19, 2011

Kongsi : Lu Langsi Lu Mati

Kongsi movie arahan kedua pengarah muda Farid Kamil dikatakan berjaya mengutip lebih RM 1 juta pada hari pertama or minggu pertama tayangan, mana satu aku pun tak sure. hehehe. So, aku dengan lagi 4 orang member sangat teruja nak tengok. Hari Isnin lagi dah gi beli tiket kat Alamanda untuk tiket hari Rabu. Beli awal sebab takut habis. Rabu kan tiket murah. Plan asalnya nak tengok dua movie, Kongsi dengan Fast & Furious 5 tapi tak jadi sebab masa tak sesuai. Kalau aku yang decide memang kompom aku nak tengok Fast & Furious 5 sebab cite feveret aku. Tapi dah decide ramai-ramai kena ikut majoriti la. Tengok Kongsi. Tak kisah la janji ada gak hiburan. Tapi bila dah keluar panggung ada je suara member-member aku yang tak puas hati dengan cite tu. Kenapa? Jap lagi aku cite..
Kongsi : Lu Langsi Lu Mati
Kongsi mengisahkan tentang seorang pembunuh upahan yang bernama Tumulak datang dari Thailand ke KL sebab nak porak-perandakan dunia kongsi gelap KL. Dunia kongsi gelap KL dipegang oleh 3 taiko besar, Pak Maliki-melayu, Jimmy-cina & Victor-india. Pembunuhan yang dilakukan Tumulak mencetuskan pergaduhan antara geng. Melayu tuduh india, india tuduh cina sampai la polis undercover, Insp. Yati berjaya menghalang pembunuhan ketiga Tumulak baru la suspek utama diketahui. So tiga-tiga geng kongsi gelap bersatu memburu Tumulak. Satu Malaysia la konon. Tapi Tumulak tak dapat ditangkap gak walaupun dah buru ramai-ramai. Selain tu Tumulak nak balas dendam kat Insp. Shariff sebab menyebabkan dia terpaksa bekerja seumur hidup dengan Kempedu, taiko Thailand. Tapi akhirnya dia ditangkap polis gak walaupun dah ligat atas jalanraya lari dari polis. Dia ditangkap sebab wat silap bodoh...The End...

Komen aku : 
  1. Bagi aku cerita ni tak ada motif yang kuat. Aku tak faham kenapa Kempedu suruhTumulak datang KL nak porak-peranda KL? Apa masalah Kempedu dengan kongsi gelap KL.?Apa kaitan ketua Kongsi gelap dengan cite ni?
  2. Movie ni aku tak nampak kat mana klimaks dia. Tak nampak plot. Maybe sebab tak ada motif utama cerita ni.
  3. Movie Malaysia sama je dari dulu. Macam mana hebat pun last-last kena tangkap dengan polis gak. Bosan la macam ni. Tak ada kelainan. Ending sangat sampah. Teater punya ending lagi bes kot. Yang paling obvious tu nak save bajet.
  4. Ramai orang tengok sebab pelakon utama Shaheizy Sam.
  5. Aku rate movie ni 3/5.
  6. Aku menyesal tengok movie ni. Tak berbaloi RM7 aku. Baik tengok Fast & Furious 5 RM6 je. Kompom berbaloi-baloi.
  7. Harap KL Gangster ada kelainan.
So ni pandangan aku je. Kalau orang lain rasa cite ni ok tak kisah la. Tu pandangan dia.So sape yang rasa nak tengok tu tengok la aku tak halang walaupun aku cakap movie ni tak bes.

Mood : Tunggu Fast & Furious 5 DVDRIP keluar aku nak download.

Sunday, May 15, 2011

Man Utd Crowned Again

CHAMP19NS
Hanya satu mata, satu gol, satu penalti memastikan Man Utd dinobatkan juara lagi sebanyak 4 kali dalam masa 5 tahun. Kajuaraan ni gak meletakkan Man Utd sebagai kelab Inggeris paling berjaya menang 19 kali dengan memintas sejarah Liverpool yang pernah menang 18 kali 20 tahun dulu. Biar la Liverpool dengan sejarahnya. Man Utd nak melakar sejarah lagi. Kemenangan EPL semalam bukan pengakhiran bagi Man Utd mencari kemenangan lagi. Man Utd tak macam kelab lain. Man Utd ada lagi satu final penting 28th May ni. Misi penting membalas kekalahan 2 tahun lepas. Final Champion League antara dua juara, Juara England vs Juara Sepanyol, Man Utd vs Barcelona.

Rooney memastikan 1 mata penting Man Utd
Dalam perlawanan semalam Man Utd bermula dengan sangat hambar dan tak meyakinkan dengan meletakkan Tomasz Kuszczak sebagai penjaga gol. Banyak kesilapan yang tak sepatutnya penjaga gol untuk kelab macam Man Utd buat. Memang tak boleh jadi pengganti Van Der Sar. Tapi nasib baik ada defence yang mantap. Kalau tak memang satu gol penalti Rooney tak mampu bagi Man Utd seri semalam. Mesti Man Utd belum dinobatkan sebagai juara lagi sebab Chelsea tak habis bermimpi nak jadi juara lagi. Tapi kesilapan penjaga gol dibalas dengan kesilapan penjaga gol gak. Kepantasan Chicharito memaksa Paul Robinson, keeper Blackburn menghadiahkan penalti kepada Man Utd. Tapi lepas dah memastikan 1 mata penting tu Man Utd main bertahan je. Bosan. Nasib baik dah champion.
trophy plastik pun tak pe dulu.yang ori dah banyak.haha
Sementara tu di Wembley satu lagi kelab yang dok kat Manchester gak tapi kurang hebat menang FA Cup. Bagi je la menang. Kalau tak silap dah 35 tahun tak pernah dapat apa-apa piala. 2 3 musim ni dah habis dekat 1 billion so bagi je la menang. Tak kan Stoke yang habis tak sampai 10 juta tu nak menang kan. Malu la nanti Mancini & The Gang,Man City.
Glory glory Man Utd...19 dah dapat. Pastikan musim depan dapat yang ke-20 pulak. Manchester United is the CHAMP19NS.

Saturday, May 14, 2011

Aktiviti Malam Ni

Dah lama aku rasa blog aku ni aku tak jenguk. Tapi nak buat macam mana kan. Nak update tapi tak ada idea nak tulis apa pulak. Nak sesuka hati pun susah. So malam ni lepas dah penat beraktiviti rasa nak menaip la sikit. Taip pasal aktiviti malam. Bukan aktiviti tak sihat. Aktiviti yang sangat sihat ni. 

Sebenarnya baru balik main badminton lepas dah dekat sebulan tak main. Boleh tahan penat. Tapi yang lagi teruk tu pukul shuttle pun dah kurang power macam dulu walaupun dulu tak la power sangat pun.hahaha. Dalam 6 game double yang aku main ada la menang 3 kalah 3 lepas dah bersusah payah berusaha. Ada la gak menang dari tak de langsung. Ok la tu kan.

So bila dah penat macam ni mata pun dah ngantuk pun sebenarnya time menaip ni. Tapi saje gatal nak taip gak. hehehe. So pengajaran dalam entry ni sebenarnya nak cakap untuk sentiasa mantap dalam apa pun benda yang kita buat kita kena la sentiasa buat benda tu selalu. Kalau dah tinggal-tinggal mesti la prestasi kita akan menurun tak kira la dalam bidang sukan ataupun kerja macam kata pepatah omputeh "practice make perfect". Selamat beramal.


Monday, May 9, 2011

Kejuaraan Liga Ke 19 Semakin Hampir

Man Utd dah hampir sangat nak menang Liga Perdana Inggeris. Berapa hampir? 1 mata je lagi untuk menentukan kejuaraan. Tapi aku yakin sangat Man Utd mampu nak dapat 1 mata tu dalam dua perlawanan yang masih berbaki. Tu pun lawan Blackburn kat away dengan Blackpool kat home. Confirm boleh la. Tapi sebelum tu perlawanan yang membuatkan Man Utd dalam kedudukan sekarang adalah perlawanan malam tadi la. Perlawanan yang di tunggu-tunggu oleh peminat Man Utd dengan peminat Chelsea. Tak lupa gak haters Man Utd yang sokong Liverpool n Arsenal hahaha. Sebelum match semalam bising je. Bila dah start game minit 1st lagi haters Man Utd dengan fan Chelsea diam terkedu.

chicharito & rooney
Dalam perlawanan semalam Man Utd vs Chelsea kat kubu kuat Man Utd, Old Trafford. Memang Chelsea tak mampu nak buat apa-apa lagi dah. Seawal saat ke 36 Chicharito dah menjaringkan gol pertama. Aku tengok yang bangang punca gol tu Ivanovic tapi David Luiz dipersalahkan. 2nd half dah kena keluar. Gol kedua Man Utd pada minit ke 23 hasil jaringan Vidic pun superb. Salah Ivanovic lagi. Boleh dia tadah kepala je tunggu bola sampai. Senang-senang je la Vidic pintas. Ok dua gol je Man Utd bagi malam tadi. Lagi 1 gol untuk Chelsea. Bagi je gol saguhati kat Lampard.

Vidic
So sape-sape rasa nak g eropah tengok Man Utd final Champion League nanti boleh la tengok sini. Mana tau ada rezeki. Kepada pengguna Blackberry tengok la sini. Ada app baru. 

GGMU
Apa-apa pun tahniah Man Utd dh menghampiri kejuaraan ke 19. Lepas ni menang dengan Barca pulak untuk kejuaraan Champion League. BEL19VE & BE4EVE. Dua-dua tu untuk kejuaraan ke 19 EPL dengan kemenangan ke  4 Champion League. Glory-glory Man Utd

Thursday, May 5, 2011

Man Utd On Target




Man Utd 2nd team je boleh kalahkan Schalke 04 4-1 dalam perlawanan pusingan kedua separuh akhir Liga Juara Juara Eropah. Tapi pada awal perlawanan Schalke banyak mengasak Man Utd untuk mencari gol penyamaan selepas kalah 0-2 di tempat sendiri pada perlawanan pusingan pertama dulu. Aku sebenarnya tak sangka pun Man Utd boleh menang besar dengan line-up macam tu. Rasa macam menang 2-0 je. 1st eleven game tadi Van Der Sar (GK), Rafael (DEF), Smalling (DEF), Evan(DEF), O'shea(DEF), Gibson(MID), Scholes(MID), Anderson(MID), Nani(FW), Valencia(FW), Berbatov (FW).

Gibson-man of the match pilihan aku

Tapi tak sangka pulak dengan line-up macam ni boleh score 4 gol. Yang paling tak sangka tu Anderson skor 2 biji. Dah la sepanjang masuk Man Utd baru skor 4 gol termasuk game tadi. Last skor masa lawan Valencia masa peringkat kumpulan dulu. Harap-harap lepas ni boleh skor banyak gol lagi.

anderson on target

Dalam match tadi gol pembukaan dijaringkan oleh Valencia hasil hantaran Gibson. 5 minit lepas tu Valencia pulak yang tolong Gibson jaringkan gol. Kalau nak ikut logik lepas dah leading 2-0 tu dah susah schalke nak kejar. Tapi gol Jurado pada minit 35 tu buat Schalke makin bersemangat. Macam boleh nak kejar je. Nasib baik dua gol dari Anderson pada minit ke 72 dan 76 berjaya memadamkan semangat Schalke.

So kalau nak ikut aggregat Man Utd menang 6-1. So Barca kita jumpa lagi di pentas final Champion League kali kedua dalam masa tiga tahun. Revenge time for the losing against them at final 2009. We will be waiting at Wembley on 28th May for the final game.

Glory Glory Man Utd~ 

Tuesday, May 3, 2011

Lambat Sikit

Rasa macam dah lama aku tak update ni tapi memang lama gak kot. Plan asal nak update pasal match Arsenal vs Man Utd tapi Man Utd kalah pulak. So mood nak update tu pun dh lari. Tapi bukan sebab Man Utd kalah. Kalau kalah tapi main macam nak main aku tak kisah. Tapi main macam tak nak main pulak. Geram aku. So sebab aku geram aku tak nak la update panjang. Sikit-sikit dah la. Btw Man Utd kalah 0-1 hari tu. Untuk match champion league midweek ni harap pemain Man Utd main dengan lebih bernafsu. Menang 2-0 hari tu tak cukup lagi.

Ramsey score the only goal in this game
~Glory glory Man Utd~

p/s malam ni aku nak tengok player barca gaduh lagi dengan Real Madrid. Harap-harap Barca main macam ada teloq la. Kalau main macam hari tu baik kerat bagi kat anjing ja.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...