Wednesday, August 29, 2012

Pengaruh Iklan

Iklan memainkan peranan yang sangat penting dalam pemasaran sesuatu produk. Sebab tu semua syarikat yang menjual barangan,perkhidmatan, ataupun makanan sanggup melabur ribuan ringgit malah ada yang mencapai jutaan ringgit semata-mata untuk mengiklankan produk mereka sama ada secara media massa atau melalui poster-poster.

Kadang-kadang iklan yang dibuat sangat gah tetapi kualiti produk atau makanan yang dipasarkan tak seberapa sangat pun. So barangan yang dijual hanya atas kuasa iklan semata-mata mungkin akan bersifat sementara dan tidak bertahan lama.

Bercakap pasal kesn iklan ni baru-baru ni time dalam perjalanan balik ke kampung untuk beraya aku ada terpandang satu banner yang ada tulis "Sangat Asli, Orang Thai Pun Nak " kat outlet KFC. Tapi pandnag sekali imbas je la sebab nak cepat. Dalam hati terpikir apa benda yang asli sangat sampai orang Thai pun nak.


So bila dah balik Bangi lepas cuti raya yang tak berapa nak cuti sangat tu dah habis aku pun tengok la lagi sekali kat KFC tu apa benda yang asli sangat tu. Rupa-rupanya ada menu baru. Green Curry Combo. Nampak macam menarik. So time rehat masa kerja aku pn pergi la nak rasa sedap ke tak green curry tu. Bila dah rasa aku terpikir ayat baru yang lagi sesuai KFC guna untuk banner dia. "Biasa-biasa je, Orang Malaysia pun Tak Nak". 

Rasa dia memang biasa sangat tak ada apa yang menarik pun. Macam tak berbaloi je bayar RM10.90 tu. Baik makan snack plate lagi puas kot.

So kesimpulannya kuasa iklan sangat penting dalam memasarkan produk kita walaupun produk tu tak la bagus sangat pun. Tapi dengan iklan produk tu masih mampu berada di pasaran walaupun untuk jangka masa yang singkat. Tapi tanpa pembaharuan apa-apa pun tak dapat dijual walau se-gah mana kuasa iklan kita. Kita sebagai pengguna juga perlu berfikir panjang sebelum membeli apa-apa tanpa bergantung 100% kepada iklan. 

Jadilah pengguna yang bijak!!


1 comment:

  1. sama la macam pizza super pan yg baru tu. haihhh.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...