Wednesday, August 29, 2012

Pengaruh Iklan

Iklan memainkan peranan yang sangat penting dalam pemasaran sesuatu produk. Sebab tu semua syarikat yang menjual barangan,perkhidmatan, ataupun makanan sanggup melabur ribuan ringgit malah ada yang mencapai jutaan ringgit semata-mata untuk mengiklankan produk mereka sama ada secara media massa atau melalui poster-poster.

Kadang-kadang iklan yang dibuat sangat gah tetapi kualiti produk atau makanan yang dipasarkan tak seberapa sangat pun. So barangan yang dijual hanya atas kuasa iklan semata-mata mungkin akan bersifat sementara dan tidak bertahan lama.

Bercakap pasal kesn iklan ni baru-baru ni time dalam perjalanan balik ke kampung untuk beraya aku ada terpandang satu banner yang ada tulis "Sangat Asli, Orang Thai Pun Nak " kat outlet KFC. Tapi pandnag sekali imbas je la sebab nak cepat. Dalam hati terpikir apa benda yang asli sangat sampai orang Thai pun nak.


So bila dah balik Bangi lepas cuti raya yang tak berapa nak cuti sangat tu dah habis aku pun tengok la lagi sekali kat KFC tu apa benda yang asli sangat tu. Rupa-rupanya ada menu baru. Green Curry Combo. Nampak macam menarik. So time rehat masa kerja aku pn pergi la nak rasa sedap ke tak green curry tu. Bila dah rasa aku terpikir ayat baru yang lagi sesuai KFC guna untuk banner dia. "Biasa-biasa je, Orang Malaysia pun Tak Nak". 

Rasa dia memang biasa sangat tak ada apa yang menarik pun. Macam tak berbaloi je bayar RM10.90 tu. Baik makan snack plate lagi puas kot.

So kesimpulannya kuasa iklan sangat penting dalam memasarkan produk kita walaupun produk tu tak la bagus sangat pun. Tapi dengan iklan produk tu masih mampu berada di pasaran walaupun untuk jangka masa yang singkat. Tapi tanpa pembaharuan apa-apa pun tak dapat dijual walau se-gah mana kuasa iklan kita. Kita sebagai pengguna juga perlu berfikir panjang sebelum membeli apa-apa tanpa bergantung 100% kepada iklan. 

Jadilah pengguna yang bijak!!


Thursday, December 29, 2011

Coretan Pelangi

Cinta kan membawamu
Kembali di sini
Menuai rindu, membasuh perih
Bawa serta dirimu
Dirimu yang dulu
Mencintaiku, apa adanya....

Syud-Pelangi

Monday, September 19, 2011

Jalan-jalan Di Perak Lagi - Edisi Raya

Beberapa bulan yang lepas aku ada post pasal XPDC jelajah Perak kan. Kali ni aku jalan-jalan kat Perak lagi tapi versi raya + kenduri kahwin. Plan asal nak pergi makan kenduri kahwin kawan je. Tapi alang-alang dah sampai ke perak apa salahnya pergi jalan-jalan rumah kawan-kawan kat sana. Tapi sempat pergi dalam 4 rumah je la termasuk rumah yang kenduri. Tapi walaupun 4 rumah je perut dah rasa macam nak pecah.
Aku kat dalam kereta merah tu

Perjalanan kami dari Bangi ambil masa dalam 3 jam. Bertolak dalam pukul 9.30 then sampai 12.30++ la sebab nak tunggu orang dengan traffic light gak. Masa pergi memang bes sebab banyak kereta. Ada 4 tapi time balik ada 2 kereta je sebab lagi dua ada urusan di Perak. Walaupun kereta padat sikit tapi still selesa sebab ada 9 orang je time balik. Masa pergi ada dalam 10 orang je. Dah sampai Perak tambah lagi sorang.
Gadis-gadis

Lokasi pertama kami sampai rumah kenduri la. Tak ingat nama tempat tapi dekat2 dengan ipoh la. Time tu masing-masing dah lapar so ambik nasi tu boleh tahan banyak la. Lepas makan sesi bergambar dengan pengantin pulak. Nak ambik berkat sikit.hehehe.
Bersama pengantin

Lepas rumah kenduri pergi rumah Helmi pulak tapi x harap ada makan apa sangat la sebab dh kenyang. Tapi di sambut dengan KFC dan kuetiaw goreng pulak. Nak tak nak kena la jamah sikit. Maka bertambah ke depan la perut yang tak berapa nak kecik ni. Lepas dah makan dengan solat kami bertolak ke destinasi berikutnya.
makan-makan
Destinasi ketiga ialah Batu Gajah pergi rumah Qilah. Tuan rumah cakap ada makan sikit2 je dalam fon tapi relitinya macam-macam ada. Laksa, nasi himpit & ayam masak apa ntah. Tak sempat tanya. Kalau baca tolong gtau kat ruangan komen ye qilah.hehe. Rumah Qilah la yang paling bes sebab dapat duit raya. 

Lepas Batu Gajah kami terus ke Bota pergi ke rumah Zul pulak. Kat sini makan  lagi. Memang murah rezeki la sebab asyik makan je sepanjang hari. Semua pun terpaksa duduk tegak je sebab perut dah penuh sangat. Lepas tu dalam pukul 6.45 kami pun bertolak balik. Tapi aku tak terus balik rumah sebab nak tengok bola Man Utd membelasah Chelsea.
Destinasi terakhir
Semoga lepas ni boleh jalan-jalan lagi. Mana tau ada lagi yang dah nak berkahwin :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...