Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Sunday, April 3, 2011

Tunggu Apa Lagi

Baru dalam sebulan kot naik 10sen tapi aku dh rasa mcm xberbaloi dah nk isi minyak RON97 walaupun minyak tu kualiti tinggi. Tapi hari ni aku dapat tau naik lagi 20 sen. So untuk seliter dh berharga RM2.70. Gile mahal. Aku dh rasa xnk isi lgsg dah minyak RON97 ni walaupun sebulan sekali mcm aku wat sebelum ni.

Alasan kerajaan naik lagi harga minyak ni macam biasa la harga minyak dunia naik lagi. So kerajaan dah xmampu nak tanggung subsidi untuk rakyat lagi. Kalau pikir logik la kan harga minyak dunia naik so mesti la petronas pun untung lagi banyak. Dats mean kerajaan pn dapat duit lebih. So dari mana pulak datang alasan 'tak mampu' tu? Dah hilang mana slogan 'rakyat didahulukan pencapaian diutamakan'. Aku rasa patut wat slogan mcm ni 'poket diutamakan rakyat disusahkan'. Baru sesuai dgn kerajaan kot.

So tunggu apa lagi..pikir-pikirkan la apa yang perlu dibuat.  kite tukor je..kite tukor....

Wednesday, March 16, 2011

JUDI ITU HARAM!!!

Semalam ada terbaca dalam Berita Harian pasal Anwar Ibrahim menegur Tok Guru Nik Aziz tentang pengharaman semua jenis judi di Kelantan termasuk loteri kebajikan rakyat. Bila dah baca tu terfikir gak la ada ke loteri kebajikan rakyat dan kenapa loteri yang merupakan salah 1 jenis judi tu digunakan untuk kebajikan rakyat sedangkan judi itu haram.

So aku pun search kat google pasal loteri kebajikan tu. Rupa2nya memang pernah ada loteri tu dan sangat popular pada zaman 70an tapi ada yang dah haramkan dalam tahun 80an. Tapi sekarang tak tau la pulak ada lagi ke tak sebab dah xpernah dengar. Harap2 dah xde sebab yang haram tu tetap haram. Matlamat tak menghalalkan cara.

Kita berbalik kepada isu asal yang aku lagi xpaham ni. Kenapa Anwar marah sangat bila Tok Guru HARAMKAN judi? Apa motif perjuangan Anwar sebenarnye. Sebagai orang Islam dia sepatutnya tau judi itu haram walau dengan cara apa sekali pun. Tak perlu nak bincang apa lagi dah. Firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 90-91 yang bermaksud :

Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya meminum khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji termasuk perbuatan setan. Karena itu jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya setan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan salat. Maka maukah kamu berhenti (dan mengerjakan pekerjaan itu)." 

Dalam ayat ini dah nyata cakap judi tu haram. Tapi Anwar stil nak ajak Tok Guru berbincang tentang isu ni dengan presiden DAP gak. Harap2 Kelantan tak tunduk dengan desakkan Anwar ni. Kalo dah keluarkan lesen judi mesti pendapatan kerajaan negeri pun bercampur dengan hasil judi. Sama macam Malaysia 'negara Islam' tercinta ni. Hasil arak dgn judi je dh berbillion kot. Duit tu guna untuk rakyat. Buat itu buat ini. Mana nak ada berkat. Buat lebuhraya asyik ada orang eksiden. Jangan sampai dah turun bala baru nk berfikir mana betul mana salah. Dah terlambat.


Harap2 lepas perbincangan 3 hala tu nanti Anwar dapat berfikir sikit. Tapi kalo masih mendesak PAS 'menghalalkan' judi tu aku rasa lagi baik PAS xjoin pakatan sebab Islam adalah pejuangan PAS. Selepas Kelantan aku harap negeri aku Kedah pn turut haramkan judi walaupun lesen yang dikeluarkan tu untuk orang bukan Islam tapi tak ada pihak yang memantau pun sapa yang berjudi tu. Aku tengok ramai je orang melayu yang nama Islam masuk kedai nombor ekor. Dengan mengharamkan judi sekurang-kurangnya orang Islam dapat menjauhkan diri dari sumber haram tu.
Wassalam

Sumber dari : Kehidupan Bersih , hambali1.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...