Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Sunday, June 5, 2011

Apabila KeSEDAPan Melampau

Kalau cakap pasal sedap ni semua orang nak sedap je dalam semua benda. Makan nak sedap. Tidur nak sedap. Hidup nak sedap. Semua benda la nak sedap sebab yang tak sedap tu mesti tak bes kan. Kalau makanan tak sedap nak makan pn tak ada selera. Tidur tak sedap mesti tak nyenyak tidur. So sebenarnya nak sedap dalam hidup ni tak salah. Kalau kita berusaha dan dapatkan keSEDAPan tu secara baik memang kesedapan tu akan jadi hak milik kita dengan izin Allah. 

So apa  pulak keSEDAPan yang melampau? Kesedapan melampau ni sebenarnya apabila kita mendapatkan kesedapan tu dengan cara yang salah. Contohnya kita mencuri semata-mata nak beli makanan yang sedap yang kompom mahal kan. Kalau dalam contoh tidur pulak kita tidur secara berlebihan semata-mata memikirkan sedap tidur tu walaupun sebenarnya memudaratkan diri kita sendiri.

Tapi kali ni sebenarnya nak cakap pasal keSEDAPan yang lain yang menjadi masalah dalam masyarakat Islam di negara kita. Remaja-remaja yang tertulis sebagai Islam dalam kad pengenalan tapi cara hidup? Yang tu korang sendiri pikir la. Aku tak nak judge lebih-lebih. Antara keSEDAPan melampau yang dicari anak-anak remaja sekarang adalah keSEDAPan hubungan seks sebelum KAHWIN. KeSEDAPan palsu yang mereka tak sedar. Tau SEDAP je. Bila perut dah berisi baru nak gelabah. Hasilnya bersepah mayat bayi yang tak berdosa kita jumpa tiap-tiap hari tak kira tempat. Tong sampah, hutan, surau, masjid, bawah apartment. Kadang-kadang si kecil tu dah dimakan anjing atau binatang buas tak pun dah dihurung semut. Hanya disebabkan keSEDAPan palsu yang dikejar. Padahal dalam Islam dah diberi jalan untuk menikmati keSEDAPan tu secara mutlak. KAHWIN.

Baru-baru ni kita dikejutkan lagi dengan penemuan mayat BAYI yang cukup sifat tapi kepala dah pecah. Otak dah terburai akibat dicampak dari apartment. Tali pusat pun ada lagi. MasyaAllah. Semua ni akibat nak cari yang sedap je. So bila dah jadi macam ni sape yang salah sebenarnya? Mak Bapa? Sekolah? Kerajaan?


Sebenarnya kita tak perlu tuding jari kat sape-sape. Masyarakat kita sendiri yang salah. Sebab tu ada anak gadis berusia 14 tahun boleh mengaku dah tak ada dara sebab melakukan hubungan seks tanpa segan silu. Tanpa takut lagi. Kenapa? Sebab kebanyakan masyarakat ambil tak kisah. Kononnye kolot la menyibuk hal orang lain. Baik jaga tepi kain sendiri je. Bukan ke lebih baik kalau kita lebih prihatin tentang masalah ni. Adakah benda macam ni akan terjadi kalau Islam diamalkan secara betul? Jika Islam dipraktikkan dalam kehidupan harian mesti benda macam ni boleh dielakkan. Jangan Islam bila nak solat Jumaat je. Time nak Raya je.

 Islam perlu walaupun di tempat kerja,di sekolah, di universiti atau dimana-mana saja sebab Islam tu unik. Flexible. Mencakupi segala ruang kehidupan kita sepanjang zaman. So kembali la ke jalan Allah untuk menyelesaikan penyakit masyarakat kita hari ni.

So apa yang baik tu datang dari Allah dan harap maaf kalau ada yang tersalah. Semoga kita diberkati-Nya.

**
Untuk maklumat lanjut pasal bayi dicampak dari apartment tu tengok sini

Thursday, April 14, 2011

Kenapa Kita Perlu Solat

Sekarang ni kalau la kita ditanya, “kenapakah  kita perlu bersolat?” Ada macam2 jawapan bergantung kepada orang yang ditanya. Bagi orang yang angkuh dan kufur mungkin dia cakap perlu ke kita solat. Dan bagi mereka solat tu perkara yang dilakukan hari yang tak ada apa2 makna dan sangat mengambil mudah. Kalau rasa nak solat mereka buat kalau rasa malas tak payah buat. Macam mana kalau Allah pun buat macam tu kat kita. Bila kita solat Dia bagi segala nikmat. Bila kita tak solat Dia terus tarik nikmat tu contohnya Dia ambil tangan kita. Tak ke haru macam tu. Tak kan sampai macam tu baru kita rasa nak solat kot. Kita jangan lupa Allah boleh buat apa saja yang Dia nak. Dia  Maha Berkuasa.

solat la selagi berdaya


Jadi bila orang bertanya, mengapa kita perlu bersolat? Dan aku rasa ni la jawapannya, “bukan ke ini salah satu cara kita berterima kasih Dia, Allah yang telah memberi kita segala nikmat di dunia ni , dan kita jangan lupa Allah boleh tarik balik segala nikmat yang diberi tu bila2 masa ja. So, tak salah kita jadi hambaNya yang bersyukur sekurang-kurangnya dengan bersolat 5 waktu sehari. Lagi bagus berjemaah. Aku sendiri dalam proses memperbaiki tahap kerajinan solat berjemaah. Semoga Allah memberi kekuatan kepada aku untuk rajin solat berjemaah. Amin.

Selain tu bersolat juga dapat menyucikan jiwa kita. Bayangkan la dalam kehidupan kita hari-hari, macam2 dosa kita buat secara sedar atau tak sedar. Semakin banyak dosa kita semakin kotor jiwa atau hati kita. Sama la macam pakaian kita, kalau asyik pakai ja tak dibasuh mesti kotor dan berbau kan. Kita pun dah tak sanggup nak pakai lagi. Macam tu juga la hati kita. Tapi kita tak nampak kekotoran tu dengan mata kasar. Kita boleh rasa. Bila kita makin malas beribadat maksudnya hati kita dah kotor. Saya sebagai pelajar kalau time belajar tu rasa susah je nak masuk apa yang diajar oleh pensyarah maksudnya hati dah kotor. Susah nak terima ilmu. Oleh itu rajin2 la bersolat selain membaca al-Quran untuk menyucikan hati kita. Semoga hati kita bersih dan mudah kita nak terima ilmu dan rajin nak beribadat kepada Allah.

So kepada pembaca blog ni yang masih ambil mudah pasal hal solat ni harap dapat la kita memperbaikinya sama2. Segala yang baik tu datang dari Allah SWT dan segala kekurangan tu dari kekhilafan diri aku sendiri. Sama-sama la kita memperbaiki apa yang kurang dan tambah la amalan2 baik yang dah kita laku kan. Kalau kita ingat Allah InsyaAllah Dia akan ingat kita juga.

Wassalam.

Sedikit rujukan dari sini.

Wednesday, March 16, 2011

JUDI ITU HARAM!!!

Semalam ada terbaca dalam Berita Harian pasal Anwar Ibrahim menegur Tok Guru Nik Aziz tentang pengharaman semua jenis judi di Kelantan termasuk loteri kebajikan rakyat. Bila dah baca tu terfikir gak la ada ke loteri kebajikan rakyat dan kenapa loteri yang merupakan salah 1 jenis judi tu digunakan untuk kebajikan rakyat sedangkan judi itu haram.

So aku pun search kat google pasal loteri kebajikan tu. Rupa2nya memang pernah ada loteri tu dan sangat popular pada zaman 70an tapi ada yang dah haramkan dalam tahun 80an. Tapi sekarang tak tau la pulak ada lagi ke tak sebab dah xpernah dengar. Harap2 dah xde sebab yang haram tu tetap haram. Matlamat tak menghalalkan cara.

Kita berbalik kepada isu asal yang aku lagi xpaham ni. Kenapa Anwar marah sangat bila Tok Guru HARAMKAN judi? Apa motif perjuangan Anwar sebenarnye. Sebagai orang Islam dia sepatutnya tau judi itu haram walau dengan cara apa sekali pun. Tak perlu nak bincang apa lagi dah. Firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 90-91 yang bermaksud :

Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya meminum khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji termasuk perbuatan setan. Karena itu jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya setan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan salat. Maka maukah kamu berhenti (dan mengerjakan pekerjaan itu)." 

Dalam ayat ini dah nyata cakap judi tu haram. Tapi Anwar stil nak ajak Tok Guru berbincang tentang isu ni dengan presiden DAP gak. Harap2 Kelantan tak tunduk dengan desakkan Anwar ni. Kalo dah keluarkan lesen judi mesti pendapatan kerajaan negeri pun bercampur dengan hasil judi. Sama macam Malaysia 'negara Islam' tercinta ni. Hasil arak dgn judi je dh berbillion kot. Duit tu guna untuk rakyat. Buat itu buat ini. Mana nak ada berkat. Buat lebuhraya asyik ada orang eksiden. Jangan sampai dah turun bala baru nk berfikir mana betul mana salah. Dah terlambat.


Harap2 lepas perbincangan 3 hala tu nanti Anwar dapat berfikir sikit. Tapi kalo masih mendesak PAS 'menghalalkan' judi tu aku rasa lagi baik PAS xjoin pakatan sebab Islam adalah pejuangan PAS. Selepas Kelantan aku harap negeri aku Kedah pn turut haramkan judi walaupun lesen yang dikeluarkan tu untuk orang bukan Islam tapi tak ada pihak yang memantau pun sapa yang berjudi tu. Aku tengok ramai je orang melayu yang nama Islam masuk kedai nombor ekor. Dengan mengharamkan judi sekurang-kurangnya orang Islam dapat menjauhkan diri dari sumber haram tu.
Wassalam

Sumber dari : Kehidupan Bersih , hambali1.blogspot.com

Wednesday, January 26, 2011

Kisah ULAR HITAM


Assalamua'laikum..

Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah …
Kisah Benar..
kisah yang boleh kita renungkan bersama   serta jadikan panduan   dalam diri kita ini.
Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika  atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya, Makkah.

Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia. Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer   dari Masjidil Haram selepas solat zuhur. Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati se ekor ular  yang berwarna Hitam  sebesar peha bersisik tebal telah berada  di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut).
Subhanallah..

Keadaan ular tersebut amat menggerukan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam  memandu dari situ (8 km Jauhnya). Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya Ular Hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ.

Allahuakbar …

Mereka mengambil keputusan untuk memindahkan  serta mengangkat ular tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit   dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita  itu (yang peliknya Ular Hitam itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka).

Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan masuk  meluru ke dalam kubur wanita itu. MasyaAllah (seperti menjunam kedalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur). Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana Ular Hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah itu.

Subhanallah.Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan Solatnya.

Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah. Ini baru seksaan di dunia akibat melewatkan solat.

Bagaimana kalau tak solat..?

Sumber: Zun Nun Al Misri

Wednesday, January 5, 2011

2011

Salam tahun baru 2011. Sepatutnya entry ni dh 5 hari keluar tapi malas nak menaip. So lambat la sikit. Hari ini dah 5 hari kita melangkah ke tahun 2011 dan dah sebulan masuk dalam tahun baru hijrah 1432. Semoga 2011 dan 1432 ni memberi lebih kejayaan kepada kita khususnya umat Islam di Malaysia ni.

Sekarang ni dah jadi macam adat pulak rakyat negara kita menyambut tahun baru. Menyambut tahun baru ni tak salah kalau disambut dengan penuh kesyukuran kepada-Nya. Tapi sangat susah nak tgk kalau orang kita ni nak sambut tahun baru macam tu terutamanya sambutan tahun masehi. Kalau tahun hijrah tu memang ada walaupun segelintir je yang sambut. Itu pun berapa ramai sangat golongan muda yang terlibat. Kalau sambutan tahun baru masehi ni tak payah suruh. Awal2 lagi dah tunggu kat mana2 dataran or stadium sebab nk tgk konsert sambutan tahun baru. Kat  tempat konsert memang sah2 la campur lelaki dan perempuan tak kira muda ke tua. Tak cukup dengan konsert ditambah lagi dengan arak. Anak2 muda MELAYU sekarang ramai yang dh minum air kencing syaitan tu mcm minum teh je. Dah takdak rasa bersalah or at least rasa malu malah berbangga lagi. Kalau dah mabuk bercampur pulak lelaki perempuan tak hairan la kalau bulan 9 ni banyak kes buang anak. Kalau kerajaan sediakan tempat khas lagi la menjadi2 kes buang anak ni.Benda ni ada kawan yang cerita. Diorang sendiri tengok sebab diorang ada pergi berdakwah masa malam sambutan tahun 2011 baru2 ni.

Dengan keadaan anak muada sekarang macam mana negara nak lahirkan pemimpin untuk masa depan untuk anak2 cucu kita. Macam mana negara kita nak terus membangun sebagai negara Islam yang maju dan produktif di persada dunia. Kalau minda anak2 muda sekarang dah dijajah dengan budaya yang tak elok macam tu lama2 dah tak ada lagi yang nak mewarisi budaya melayu kita dan terus membangunkan Islam di bumi Malaysia ni.

So sebagai generasi muda sama2 la kita berusaha untuk membanteras gejala2 tak elok ni. Antara usaha2 yang boleh dibuat macam berdakwah pada malam tahun baru yang ada kawan2 saya yang terlibat. Dengan cara tu Alhamdulillah kita dapat menarik segelintir anak2 muda yang masih ada cahaya Islam dalam hati diorang untuk kembali ke jalan yang diredhai-Nya.

 
kan bagus kalau ramai2 macam ni pergi masjid-gambar dari sini

Monday, December 27, 2010

Sambutan Krismas

Hari Krismas ni merupakan perayaan agama oleh penganut kristian.So bile dh nama pun perayaan agama maksudnye umat islam haram menyambut krismas tak kira dalam konsep apa pn.Tapi tgk anak2 muda yang bernama Islam skrg ni dh terlebih kristian dr kristian.Asal ada parti buih ke apa diorg yg plg cepat.Kalau nk kata Malaysia ni negara berbilang kaum dan agama lepas tu kena la hormat agama lain gak.Betul tu kene hormat ntuk jaga keharmonian negara kita.tak salah kalau sekadar nak penuhi jemputan jiran atau kawan2.Tapi salah kalau sambut krismas tu mcm org kristian sambut.Menurut hadis riwayat Abu Dawud

"Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut."

Kaum dlm hadis ni bermaksud golongan atau agama.So kalau sambut perayaan krismas turut termasuk dlm agama tu la.Tapi mcm aku ckp td kalau sekadar meghormati jiran atau kawan2 xpe.Firman Allah dlm surah An Nissa ayat 36 yang bermaksud :

"Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apapun. Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh....".

Tapi lain pulak hukumnye kalau bagi ucapan krismas atau lain2 perayaan agama sebab menyamai cara sambutan agama lain.So hukumnye sama mcm hadis kat atas td.Lagi pun pakatan ulama bersetuju bahawa merelai kekufuran adalah kufur.Kalau ucap tahniah atau ucapan krismas ke tu maksudnye macam merelai kekufuran mereka.Haram hukumnye.

Oleh itu kepada umat Islam yang ada kawan atau jiran yang menyambut krismas jangan la turut sambut mcm diorg.Kalau dijemput penuhi jemputan tersebut sekadar menjaga hubungan sebagai jiran.
Nk tgk lagi detail klik sini

Wallahu a'lam

Wednesday, October 20, 2010

BERHATI-HATI KETIKA MEMBACA AL-FATIHAH

BERHATI-HATI KETIKA MEMBACA AL-FATIHAH KERANA NAMA SYAITAN DALAM AL-FATIHAH

Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solatnya. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu TAJWID. Bukan setakat bacaannya saja yg rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yg wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama-nama syaitan:

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
4. KANNA'K (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NA'K
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KANAS
6. SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti
7. AMIN...............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA......dua harakat, MIN.... 3 harakat.

Semoga Amin kita bersamaan dengan Amin para malaikat..... Insya-Allah. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Perhatian;
Sebarkan hukum Allah walaupun sepotong ayat semoga kita mendapat
rahmatNya..... =)

copy from here

Friday, October 8, 2010

Al Quran yang dijadikan barang hantaran perkahwinan.

Kepade mereka2 yg nk menghantar dan menerima hantaran…fikir-fikirkanlah
“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil…
“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.
Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.
“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.
“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.
“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.
“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..
“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.
“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.
“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.
“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.
“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.
“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.
“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.
“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.
Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.
Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.
“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.
Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.
“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.
“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak… usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.
“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.
Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.
“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.
“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi. Surah Ar Rad
Surah Ar Ra’d
“ Apa benda nih ” detik hati Nabil.
“ Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA.. RIII..!! ” berlagu Nabil.
Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.
“ Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A ’ uzubillahiminnassya itaanirra jim.. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM… RAA.. ” kedengar suara gemersik Ustaz Sa ’ ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.
Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“ Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim ” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa ’ ad.
“ Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. ” penutup Ustaz Sa ’ ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.
Hari semakin cepat berlalu..
Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.
Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa ’ ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.    read dis..     Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: ‘When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : ‘Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya,  berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.
Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.’
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,’Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.’
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala’ul A’laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :’Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.’
Sila sebarkan Hadis ini kepada semua ……..kerana
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:
‘Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.’

repost from : http://misterlal.com/

Thursday, September 2, 2010

Janji Melayu

Mesti semua orang pernah dengar kan dengan istilah ‘janji melayu’ ni. Kalau lambat datang apa-apa perjumpaan ada la orang yang akan cakap “biasa la tu.janji melayu”. So istilah ni seolah-olah menggambarkan orang melayu tu sangat tak tepati janji terutamanya yang berkaitan dengan masa. So orang bila dah berjanji dengan orang melayu mesti tak expect akan ditepati kn. Itu la yang aku fikir. Kadang-kadang tu bila dah kena kat diri sendiri aku pun rasa geram,marah. Tapi apa boleh buat selagi orang melayu sendiri tak nak ubah metaliti ‘janji melayu’ ni. Sampai bila-bila la mentaliti ni akan kekal dalam diri diorang kn. Lepas tu turunkan pula ke anak cucu. Bila dah macam tu sampa bila-bila la melayu akan terus layu.
Cuba tengak bangsa lain contohnya cina la yang selalu kita tengok. Rata-rata sangat tepati masa. Bagi diorang masa tu sangat penting. Masa tu bernilai macam emas. Kalau lambat mesti akan rugi sebab masa tak boleh nak putar balik macam putar jarum jam. Sebab tu kita tengok ramai je bangsa cina yang berjaya. Paling kurang pun mampu ada perniagaan sendiri.
Tapi sebagai orang melayu dan orang islam masih ramai yang tak sedar kepentingan masa ni. Dalam al-quran sendiri ada surah tentang masa. Sepatutnya orang melayu isalam ni sedar dan ambik pengajaran dari surah al-asry. Baru la bangsa kita tak dipandang hina. Boleh jadi bangsa yang berjaya macam bangsa cina, jepun dan yang lain-lain. Dulu pernah dengar ada sorang prof tu cakap kenapa US senang-senang je nak serang iraq, afganistan dan negara-negara arab yang lain. PBB pun macam buat tak kisah je. Cuba serang Yahudi,jepun cina atau negara-negara eropah yang lain. Mesti rata-rata akan buat bantahan. Kenapa ? sebab negara-negara tu menyumbang kepada dunia samada dari segi teknologi atau intelektual. Contohnya jepun dengan teknologinya dan kebanyakan negara eropah dengan produk-produk automotif yang berkualiti tinggi. Tapi umat islam ada sumbang apa? Dunia hanya pandang islam sebagai umat yang pemalas dan pengganas.
Ok berbalik kepada melayu. Orang melayu ramai yang islam so melayu juga tergolong dalam umat yang dipandang rendah oleh masyarakat dunia yang lain. Mungkin kalau kita mampu ubah mentaliti ‘janji melayu’ kita mampu mencapai kejayaan yang lebih gah. Bukan dipandang rendah selama-lamanya.
Harap-harap kita sama-sama dapat berubah kepada yang lebih baik. Diri aku sendiri pun belum cukup sempurna. Kadang-kadang tu rasa malas ada juga. Tapi apa yang penting aku berharap mampu untuk lebih menepati masa. Mungkin macam ni orang lain pun akan turut rasa apa yang aku rasa. Berubahlah untuk kebaikan dan tak akan rugi walaupun sedikit.

Thursday, August 5, 2010

Fadzilah Kamsah: Makan lebihan nasi ibu atau anak.

Assalammualaikum.
Masa saya kecik-kecik dulu, mak selalu sangat suruh saya habiskan belen belen (sisa-sisa) nasi yang dia makan dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah, mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa, mesti ada sikit belen. Tapi taklah selalu, secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu.
Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan either belen makanan mak atau abah. Tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan. Kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain. Samada kami perasan atau tidak. So satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak.
Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri (arwah tok perempuan kami sebelah abah). Kata mak, supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapa. Dan saya sendiri akui kesannya. Makin umur kita meningkat, hati kita senantiasa belas tengok mak bapa kita yang makin tua itu.
Kalau kena marah, kena tengking, memang kami adik beradik diam membisu jer lah. Namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul. Mak pesan, dah ada anak sendiri esok… jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak. Samalah ceritanya dan mak kata juga, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua, dia akan selawat 3x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik.
Guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat Maghrib ialah mereka-mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka. Solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu Maghrib. Kalau ada lebih dari seorang anak, suruh seorang azan dan seorang Qiam. Kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat.
Ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang. Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jemaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya. Inilah yang paling berkesan sekali. Tak caya try buat. Solat jemaah dengan anak-anak tiap kali Maghrib…dapat semua waktu lagi baik. Sangat besar ‘rahsia’ peranan dapur dan juga kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu Maghrib.
“Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita”. Just to ambil iktibar untuk mendidik diri dan family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! Good if we can remind each other because in Rasulullah’s last sermon, baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others and those to others again and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly.
Yang baik datang dari Allah dan yang kurang itu is from my weaknesses. Do import this knowledge; you’ll lose nothing.
Wallahu A’lam.

Belajar dengan trafic light

Alhamdulillah masih diberi kesempatan tangan aku ni terus menaip apa yang hendak ditaip. pergh..ayat skema. Kali ni aku sepertinya macam nak teruskan aktiviti memBEDAL aku. Mungkin ada yang belum tahu lagi BEDAL itu bermaksud "BErguru Dengan ALam". Setelah siri pertama aku berjaya memBEDAL maka aku akan teruskan untuk siri ke 2 pulak.

Kalau dahulu aku akan bangun pagi untuk ke kelas. Tu pun kalau aku bangun la. kalau tak, pasti ada rakan2 aku yang baik hati untuk membantu aku.haha. Dulu aku pergi ke kelas dalam keadaan tergesa tanpa adanya lampu isyarat. Tapi kali ni bila dah kerja pergi dan balik aku perlu menempuh lampu isyarat yang semestinya lebih dari 5 batang. tu belum campur dengan kerbau melintas..haha.. So hari ni mari kita belajar dengan lampu isyarat a.k.a traffic light..

Dari traffic light ni kita mampu belajar tentang betapa peri pentingnya tahap punctuallity yang tinggi. Tapi aku tak berminat untuk berbicara tentang ketepatan masa dalam bekerja mahupun ke kelas sebab ada perkara yang lebih besar dan penting yang memerlukan ketepatan masa untuk kita yang kononnya kesuntukan masa ni.

Kalau macam ni memang pening


Semestinya perkara itu adalah tentang solat. Telah beberapa kali sebelum ni aku dah mengentrykan tentang pentingnya menjaga solat pada masanya tapi kali ni mungkin dengan belajar dengan traffic light membuatkan kawan2 korang sedar kut. bukan korang ye. Sebab aku tahu yang membaca sekarang ni mesti dah solat di awal waktu kan tadi??

Apa yang kita boleh lihat waktu lampu merah menyala. Kita boleh lihat yang mat2 motor kat depan tu dah mula press2 minyak motor murah masing tu untuk ready untuk meneruskan perjalanan. Kadang2 tu siap intai lampu isyarat di seberang sana pulak. Kalau sana dah kuning so kita memang boleh betul2 ready la kan?? Tapi sejauh mana kita mengimplementasikan dalam ibadah solat kita? Adakah bila dah ada tanda2 untuk masuk waktu kita dah ready untuk pergi solat berjemaah? Ataupun kita baru terhegeh2 nak solat untuk waktu yang sebelumnya??!!

Merah tanda berhenti

Seterusnya kita tengok pulak bila lampu hijau menyala. Pasti semua dengan serta merta menekan minyak masing2. Yang bawa kereta manual pulak dah ready tukar gear pun. PAP!! lampu hijau menyala..Vrooom..weng sana.. weng sini.. Semua duk pecut. Tapi bayangkan kalau yang depan sekali tu tak jalan. Mungkin tertidur ataupun khusyuk mendengar Slot SINAR PAGI sampai tak perasan dah hijau. Takpun khusyuk reply mesej dari awek yang bukan muhrim dia ke. Mesti akan ada insan2 mulia membunyikan hon untuk menyedarkan si pemandu tadi. Begitu juga lah solat. Di kala ada kawan2 kita yang terlalai maka tugas membunyikan hon tu adalah tugas kita. Memang kita takkan lari dari terlalai. Mungkin hari ni hari dia. esok lusa hari kita pulak. Tapi ada kan kes yang dah tahu dia buat salah tak jalan tapi buat belagak pulak. Macam tak bersalah pula dia kan. So macam tu juga solat. Pasti akan ada yang memandang sinis teguran kita. Tapi adakah kita akan tak hon dah lepas tu? Kalau tak hon tu maksudnya kena beli hon baru la jawabnya.

Hijau tanda boleh jalan da..

Lagi satu punca dia tak jalan adalah sebab kereta dia rosak mungkin enjin (iman) dia dah rosak. Takpun kurangnya minyak (ilmu) yang dia dapat so membuatkan kereta dia tak bergerak. So itu lagi satu tugas kita untuk bertindak sebagai mekanik part time. Takkan la kita nak biar dia tak berjalan sampai bila2. Maka kalau ada kawan2 kita yang melengahkan solat atas sebab kurangya ilmu so kita kongsi apa yang kita ada. Kalau sebab kurangnya iman kita ajak dia perbaiki iman sama2. kalau semua dah lancar insyaallah bila lampu hijau je memang boleh la sama2 bergerak..

Sekadarnya la BEDALan dari aku. Harap lepas ni setiap kali kita nampak lampu isyarat akan mengingatkan kepada pos aku yang tak seberapa ni. Setiap kali kita patuhi lampu isyarat akan membawa kita memikirkan sejauh mana kita patuhi masa untuk bersolat. Setiap kali ada yang terleka di depan kita setiap kali itu yang akan mengingatkan tentang tugas kita. Semoga beribu2 batang lampu isyarat yang bakal kita lihat selepas membaca post ini akan membuatkan kita sentiasa ingin menjaga solat di awal waktu..

p/s : Setiap hari aku lalui lebih dari 5 batang traffic light dan boleh patuhi. tapi yang 5 (solat) ni pun masih ada cacat celanya..doakan aku berjaya..tq..

wallahualam..

credit: http://ikutsukaatiaku.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...