Showing posts with label solat. Show all posts
Showing posts with label solat. Show all posts

Thursday, April 14, 2011

Kenapa Kita Perlu Solat

Sekarang ni kalau la kita ditanya, “kenapakah  kita perlu bersolat?” Ada macam2 jawapan bergantung kepada orang yang ditanya. Bagi orang yang angkuh dan kufur mungkin dia cakap perlu ke kita solat. Dan bagi mereka solat tu perkara yang dilakukan hari yang tak ada apa2 makna dan sangat mengambil mudah. Kalau rasa nak solat mereka buat kalau rasa malas tak payah buat. Macam mana kalau Allah pun buat macam tu kat kita. Bila kita solat Dia bagi segala nikmat. Bila kita tak solat Dia terus tarik nikmat tu contohnya Dia ambil tangan kita. Tak ke haru macam tu. Tak kan sampai macam tu baru kita rasa nak solat kot. Kita jangan lupa Allah boleh buat apa saja yang Dia nak. Dia  Maha Berkuasa.

solat la selagi berdaya


Jadi bila orang bertanya, mengapa kita perlu bersolat? Dan aku rasa ni la jawapannya, “bukan ke ini salah satu cara kita berterima kasih Dia, Allah yang telah memberi kita segala nikmat di dunia ni , dan kita jangan lupa Allah boleh tarik balik segala nikmat yang diberi tu bila2 masa ja. So, tak salah kita jadi hambaNya yang bersyukur sekurang-kurangnya dengan bersolat 5 waktu sehari. Lagi bagus berjemaah. Aku sendiri dalam proses memperbaiki tahap kerajinan solat berjemaah. Semoga Allah memberi kekuatan kepada aku untuk rajin solat berjemaah. Amin.

Selain tu bersolat juga dapat menyucikan jiwa kita. Bayangkan la dalam kehidupan kita hari-hari, macam2 dosa kita buat secara sedar atau tak sedar. Semakin banyak dosa kita semakin kotor jiwa atau hati kita. Sama la macam pakaian kita, kalau asyik pakai ja tak dibasuh mesti kotor dan berbau kan. Kita pun dah tak sanggup nak pakai lagi. Macam tu juga la hati kita. Tapi kita tak nampak kekotoran tu dengan mata kasar. Kita boleh rasa. Bila kita makin malas beribadat maksudnya hati kita dah kotor. Saya sebagai pelajar kalau time belajar tu rasa susah je nak masuk apa yang diajar oleh pensyarah maksudnya hati dah kotor. Susah nak terima ilmu. Oleh itu rajin2 la bersolat selain membaca al-Quran untuk menyucikan hati kita. Semoga hati kita bersih dan mudah kita nak terima ilmu dan rajin nak beribadat kepada Allah.

So kepada pembaca blog ni yang masih ambil mudah pasal hal solat ni harap dapat la kita memperbaikinya sama2. Segala yang baik tu datang dari Allah SWT dan segala kekurangan tu dari kekhilafan diri aku sendiri. Sama-sama la kita memperbaiki apa yang kurang dan tambah la amalan2 baik yang dah kita laku kan. Kalau kita ingat Allah InsyaAllah Dia akan ingat kita juga.

Wassalam.

Sedikit rujukan dari sini.

Wednesday, January 26, 2011

Kisah ULAR HITAM


Assalamua'laikum..

Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah …
Kisah Benar..
kisah yang boleh kita renungkan bersama   serta jadikan panduan   dalam diri kita ini.
Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika  atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya, Makkah.

Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia. Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer   dari Masjidil Haram selepas solat zuhur. Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati se ekor ular  yang berwarna Hitam  sebesar peha bersisik tebal telah berada  di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut).
Subhanallah..

Keadaan ular tersebut amat menggerukan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam  memandu dari situ (8 km Jauhnya). Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya Ular Hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ.

Allahuakbar …

Mereka mengambil keputusan untuk memindahkan  serta mengangkat ular tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit   dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita  itu (yang peliknya Ular Hitam itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka).

Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan masuk  meluru ke dalam kubur wanita itu. MasyaAllah (seperti menjunam kedalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur). Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana Ular Hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah itu.

Subhanallah.Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan Solatnya.

Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah. Ini baru seksaan di dunia akibat melewatkan solat.

Bagaimana kalau tak solat..?

Sumber: Zun Nun Al Misri

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...