Saturday, August 28, 2010

what a guy want?

Posting aku kali ni aku amik dari satu blog ni..baru follow sebab rs sgt menarik.enjoy it :D


Ada satu famous quote yang pernah aku baca dulu. Katanya "Woman are meant to be loved, not to be understood.". Atau dalam bahasa melayu nye, "pempuan dicipta untuk disayangi, tapi bukan untuk difahami." Kalau dipikir-pikir, memang ada logik nya. Bukan la maksud kata pempuan ni tak perlu difahami langsung. No. Bukan macam tu.

Maksudnya pempuan perlu lebih disayangi atau lebih diberi perhatian. Contohnya, pempuan suka bila dapat mesej dari pakwe die yang berbunyik seperti "I love u sayang..", atau "Please take care syg. Jangan lupa makan ubat tau?"...

Macam laki-laki, kitorang perlu lebih difahami rather than to be loved. Berbeza dengan kaum Hawa. Lelaki tak perlu sangat kata-kata "I love U" ni. Sekadar masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Sebab die tau pempuan memang sangat mempamerkan kasih sayang die dengan kata-kata.

Lelaki suka kalau si gadis tu boleh memahami life dia. Contohnya kalau lelaki tu minat bola, bile masuk musim-musim worldcup macam ni, die akan lebih banyak habiskan masa dengan tv dan kengkawan. So, kalau pempuan tu tak faham die, pempuan tu akan cakap "U ni tak abis-abis dengan bola...boring lah."

Sebaliknya, kalau pempuan tu cakap "Its ok syg. U tengok la bola. I nak keluar tgk movie with my housemates. Make sure SPAIN menang tau! Hikhik.", biasanya lelaki tu mesti akan happy gile babi. Terasa bertuah ada awek yang memahami macam tu.

Sebab tu kalau korang perasan, bile ditanya pada lelaki, "apa ciri-ciri pempuan yang kau carik?"

Dalam banyak-banyak jawapan dia, last sekali mesti die cakap "aku nak pempuan yang boleh faham aku".

Kalau tanya pempuan pulak... jawapan die? "I nak lelaki yang boleh sayang I sepenuh hati!"

credit: http://zackzukhairi.blogspot.com/

Monday, August 23, 2010

Update berjemaah

dah lama tak update blog ni.malas nak menaip..hehe. so mau update about last week..
  1. hari sabtu pergi central market menyibuk ikut budak-budak MPR beli barang. seronok berbuka ramai-ramai kt KFC. :D
  2. ahad keluar lagi.tapi pergi tesco kajang je beli barang-barang untuk hamper. penuh barang 1 kereta.macam tin sardin pulak..
  3. hari isnin ada orang ajak tolong laminate tagging MPR pukul 9 lebih..tapi overslept sampi pukul 10. sorry ye.i know u'll read this :)..petang pulak kelas batal so ikut bas pergi cheras ambil anak-anak yatim untuk majlis berbuka puasa.on the spot je pergi time tu sebab baru balik tukar rim motor dan potong rambut.habis duit aku..huhu
  4. selasa tengok Man Utd menang 3-0 je..huhu
  5. rabu dan khamis buat apa erk selain pergi kelas yang bosan tu?
  6. jumaat jalan-jalan berbuka puasa kat shah alam with her.teman je sebab dia takut balik sorang-sorang waktu malam.sempat balik n attend penutup MPR
  7. sabtu bangun lambat.pergi alamanda tengok movie The Expandable.sangat bes movie ni.tapi habis tengok dah pukul 7.15..berbuka atas motor je la dengan air mineral sebelum pergi Medan Selera Kg Dato' Baginda.
  8. semalam main futsal lagi.2jam.puas main.tap[i xpuas hati sebab Man Utd seri 2-2 dengan Fulham..huhu

Tuesday, August 17, 2010

3 point is more important

semalam time lepak mamak nak tengok bola member(fan chelsea) aku ada cakap kalau man utd nak bersaing dengan chelsea season ni kena la menang sekurang-kurangnya 6-0 dengan newcastle.sama skor dengan chelsea la tu. tapi aku rasa menang berapa pun aku tak kisah sangat.yang penting 3 mata.aku suka kalau skor besar-besar ni pn sebab nak player fantasy football aku dapat lebih point.hahahahhaha


p/s: man utd menang 3-0 semalam.great display from the veteran midfielder..double thumbs up..



paul scholes
(2 assist vs newcastle)

Sunday, August 15, 2010

new season

semalam EPL dh start match 1st..ada 8 match semalam..chelsea start liga dengan menang besar ke atas west bromwich albion..tapi apa aku kisah..malam ni man utd plak main.lwn newly promoted newcastle united..aku xharap pun man utd mng besar macam chelsea..1-0 pn dh cukup..yeah...

tp season ni aku excited sangat nk tgk prestasi blackpool..blackpool ni aku pnh guna dalam game football manager..so one of my favorite team la..hopefully dapat la stay kt epl lama2 lpas menang bergaya 1st match semalam..

5:34

arghh!!!! ngantuk...

Friday, August 13, 2010

update update

mau update blog tapi malas pulak nk menaip..
huhuhu..
selamat berpuasa dan selamat 3 ramadhan...

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Bulan Mulia

Alhamdulillah Ramadhan datang lagi dengan seribu keberkatan.tahun ini dah kali kelima menyambut ramadhan di bumi ukm ni.dah lama sangat aku kat sini.InsyaAllah kalau tak ada aral ini juga ramadhan terakhir aku sebagai pelajar undergraduate ukm.

Harapan ramadhan tahun ni semoga aku dapat meningkatkan amalan-amalan ibadah dan semoga akan berkekalan selepas raya.apa pun aku nak ucap selamat berpuasa kepada seluruh umat islam.sambut lah bulan yang penuh keberkatan ni dengan amal ibadah yang secukupnya dan rebutlah ganjaran yang dijanji oleh-Nya.

Sunday, August 8, 2010

Kurang nomal

Tidak normal..apa benda ni..haha..sebenarnya nk cite pasal masa tido aku yang dah tak normal sekarang ni..kadang-kadang tidur awal kadang-kadang tak tido malam macam hari ni..lepas magrib tadi boleh pula tertido,.dah la janji dengan budak2 blok nak tolong cat banner.sedar dah pukul 11 diorang dah nak siap cat pun.haha.semalam lagi la teruk.dah janji nak pergi main futsal boleh pula tertido kat bilik tv.sedar2 diorng dah balik main pn..haish..

Hari ni dah subuh pun tak tido2 lagi.jp lagi tido pkul berapa ntah nak bangun.huhu..harap2 boleh bangun awal.boleh buat macam2.yang penting dapat lunch.penting kot.haha..apa lagi ntah aku nak merepek subuh2 ni..mata dah makin berat.tapi keja tak siap lagi..nasib baik kat bilik tv.kalo kat bilik dah lama babai masuk alam mimpi..hehe

Friday, August 6, 2010

pesta konvo

Tahun 2010 dan pesta konvo yang ke-38 kot..haha..yang pasti pesta konvo yang ke-3 aku pnh pergi sebab last year aku xpg..ada praktikal kt kedah. so xtau mcm mana suasana last year.huhuhu..tapi sepanjang pesta konvo yg pernah pg yang ni paling bosan kot..sepatutnya perasmian awal tp pkul 10 baru start.xtau apa msalah tapi bosan tunggu dari pkul 9. dah la xde gimik perasmian yg bes. ada persembahan tarian artisukma je.agak menarik..sgt ramai penari..kalo aku mesti dh pancit menari tu..hahaha

lepas tgk persembahan tu pg jalan2 dgn bdk2 junior.tgk2 gerai n pegi makan.gerai makanan pn xde byk choice sgt..same je mcm tahun2 sblm ni..lpas mkn g tmn bdk2 tu shoping.xde duit nk shoping ntk diri sendiri..hahaha..so tgk2 je la gerai2 yg ada.npk xde beza pn..sama je..yg benda wajib ada mesti rumah hantu yg xbrapa nk seram tu..bosan.huh..tp tahun ni ada benda yg agak menarik..paintball..dlu penah main n penah kena tembak teruk kt blkg..siap lebam2 lg.tp still rasa nk main paintball tu..bes kot..mybe esok ajak member2 pg main.

Thursday, August 5, 2010

Fadzilah Kamsah: Makan lebihan nasi ibu atau anak.

Assalammualaikum.
Masa saya kecik-kecik dulu, mak selalu sangat suruh saya habiskan belen belen (sisa-sisa) nasi yang dia makan dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah, mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa, mesti ada sikit belen. Tapi taklah selalu, secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu.
Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan either belen makanan mak atau abah. Tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan. Kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain. Samada kami perasan atau tidak. So satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak.
Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri (arwah tok perempuan kami sebelah abah). Kata mak, supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapa. Dan saya sendiri akui kesannya. Makin umur kita meningkat, hati kita senantiasa belas tengok mak bapa kita yang makin tua itu.
Kalau kena marah, kena tengking, memang kami adik beradik diam membisu jer lah. Namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul. Mak pesan, dah ada anak sendiri esok… jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak. Samalah ceritanya dan mak kata juga, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua, dia akan selawat 3x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik.
Guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat Maghrib ialah mereka-mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka. Solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu Maghrib. Kalau ada lebih dari seorang anak, suruh seorang azan dan seorang Qiam. Kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat.
Ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang. Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jemaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya. Inilah yang paling berkesan sekali. Tak caya try buat. Solat jemaah dengan anak-anak tiap kali Maghrib…dapat semua waktu lagi baik. Sangat besar ‘rahsia’ peranan dapur dan juga kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu Maghrib.
“Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita”. Just to ambil iktibar untuk mendidik diri dan family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! Good if we can remind each other because in Rasulullah’s last sermon, baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others and those to others again and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly.
Yang baik datang dari Allah dan yang kurang itu is from my weaknesses. Do import this knowledge; you’ll lose nothing.
Wallahu A’lam.

Belajar dengan trafic light

Alhamdulillah masih diberi kesempatan tangan aku ni terus menaip apa yang hendak ditaip. pergh..ayat skema. Kali ni aku sepertinya macam nak teruskan aktiviti memBEDAL aku. Mungkin ada yang belum tahu lagi BEDAL itu bermaksud "BErguru Dengan ALam". Setelah siri pertama aku berjaya memBEDAL maka aku akan teruskan untuk siri ke 2 pulak.

Kalau dahulu aku akan bangun pagi untuk ke kelas. Tu pun kalau aku bangun la. kalau tak, pasti ada rakan2 aku yang baik hati untuk membantu aku.haha. Dulu aku pergi ke kelas dalam keadaan tergesa tanpa adanya lampu isyarat. Tapi kali ni bila dah kerja pergi dan balik aku perlu menempuh lampu isyarat yang semestinya lebih dari 5 batang. tu belum campur dengan kerbau melintas..haha.. So hari ni mari kita belajar dengan lampu isyarat a.k.a traffic light..

Dari traffic light ni kita mampu belajar tentang betapa peri pentingnya tahap punctuallity yang tinggi. Tapi aku tak berminat untuk berbicara tentang ketepatan masa dalam bekerja mahupun ke kelas sebab ada perkara yang lebih besar dan penting yang memerlukan ketepatan masa untuk kita yang kononnya kesuntukan masa ni.

Kalau macam ni memang pening


Semestinya perkara itu adalah tentang solat. Telah beberapa kali sebelum ni aku dah mengentrykan tentang pentingnya menjaga solat pada masanya tapi kali ni mungkin dengan belajar dengan traffic light membuatkan kawan2 korang sedar kut. bukan korang ye. Sebab aku tahu yang membaca sekarang ni mesti dah solat di awal waktu kan tadi??

Apa yang kita boleh lihat waktu lampu merah menyala. Kita boleh lihat yang mat2 motor kat depan tu dah mula press2 minyak motor murah masing tu untuk ready untuk meneruskan perjalanan. Kadang2 tu siap intai lampu isyarat di seberang sana pulak. Kalau sana dah kuning so kita memang boleh betul2 ready la kan?? Tapi sejauh mana kita mengimplementasikan dalam ibadah solat kita? Adakah bila dah ada tanda2 untuk masuk waktu kita dah ready untuk pergi solat berjemaah? Ataupun kita baru terhegeh2 nak solat untuk waktu yang sebelumnya??!!

Merah tanda berhenti

Seterusnya kita tengok pulak bila lampu hijau menyala. Pasti semua dengan serta merta menekan minyak masing2. Yang bawa kereta manual pulak dah ready tukar gear pun. PAP!! lampu hijau menyala..Vrooom..weng sana.. weng sini.. Semua duk pecut. Tapi bayangkan kalau yang depan sekali tu tak jalan. Mungkin tertidur ataupun khusyuk mendengar Slot SINAR PAGI sampai tak perasan dah hijau. Takpun khusyuk reply mesej dari awek yang bukan muhrim dia ke. Mesti akan ada insan2 mulia membunyikan hon untuk menyedarkan si pemandu tadi. Begitu juga lah solat. Di kala ada kawan2 kita yang terlalai maka tugas membunyikan hon tu adalah tugas kita. Memang kita takkan lari dari terlalai. Mungkin hari ni hari dia. esok lusa hari kita pulak. Tapi ada kan kes yang dah tahu dia buat salah tak jalan tapi buat belagak pulak. Macam tak bersalah pula dia kan. So macam tu juga solat. Pasti akan ada yang memandang sinis teguran kita. Tapi adakah kita akan tak hon dah lepas tu? Kalau tak hon tu maksudnya kena beli hon baru la jawabnya.

Hijau tanda boleh jalan da..

Lagi satu punca dia tak jalan adalah sebab kereta dia rosak mungkin enjin (iman) dia dah rosak. Takpun kurangnya minyak (ilmu) yang dia dapat so membuatkan kereta dia tak bergerak. So itu lagi satu tugas kita untuk bertindak sebagai mekanik part time. Takkan la kita nak biar dia tak berjalan sampai bila2. Maka kalau ada kawan2 kita yang melengahkan solat atas sebab kurangya ilmu so kita kongsi apa yang kita ada. Kalau sebab kurangnya iman kita ajak dia perbaiki iman sama2. kalau semua dah lancar insyaallah bila lampu hijau je memang boleh la sama2 bergerak..

Sekadarnya la BEDALan dari aku. Harap lepas ni setiap kali kita nampak lampu isyarat akan mengingatkan kepada pos aku yang tak seberapa ni. Setiap kali kita patuhi lampu isyarat akan membawa kita memikirkan sejauh mana kita patuhi masa untuk bersolat. Setiap kali ada yang terleka di depan kita setiap kali itu yang akan mengingatkan tentang tugas kita. Semoga beribu2 batang lampu isyarat yang bakal kita lihat selepas membaca post ini akan membuatkan kita sentiasa ingin menjaga solat di awal waktu..

p/s : Setiap hari aku lalui lebih dari 5 batang traffic light dan boleh patuhi. tapi yang 5 (solat) ni pun masih ada cacat celanya..doakan aku berjaya..tq..

wallahualam..

credit: http://ikutsukaatiaku.blogspot.com/

once again

Assalamualaikum
akhirnya aku blogging balik lpas delete the last acount last sem..
tetibe rs mcm bes plak nk merepek kt blog ni.
ntah mimpi apa aku mlm td..

hehehe
harap2 blog ni kekal n xpyh la aku nk create lg.. :D


gambar time pg gabai
ngan kosmate
:))

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...