Wednesday, July 27, 2011

Pendakian Gunung Angsi

Gunung Angsi
Rasa-rasa kali ni la paling lama tak jenguk langsung blog ni. Sebulan lebih dah kot. Bukan tak nak update tapi kurang idea-idea bernas yang nak ditulis di samping tumpuan lebih terarah kepada benda lain. Tapi harap-harap lepas ni dapat la update selalu.

Baru-baru ni pada 23 Julai(besday aku) ada kawan ajak daki gunung Angsi di Ulu Bendul, Kuala Pilah. Memandangkan memang ada minat gak mendaki ni peluang ni memang di tunggu-tunggu. Bukan senang nak ada trip mendaki yang murah macam ni. Rm 15 je. Selalu tengok event-event yang ada kt Facebook 1 trip pendakian mencecah ratusan ringgit.


Sebelum mendaki
Untuk ke Ulu Bendul ni kami berkumpul pada pukul 6.30 dan bertolak dalam pukul 7 pagi selepas dh settle semua barang yang patut dibawa. Perjalanan dari bangi ambil masa dalam 1 jam 30 minit. Lepas dah sampai siap-siap barang terus g daftar untuk mendaki. Bayar Rm 5 then dah boleh mula mendaki.


Berehat di Jeram Kak Lang

Sejam awal pendakian sangat santai sebab keadaan landai je. Time ni memang boleh lagi nak bergelak ketawa sambil posing nak ambil gambar sebab tak penat pun. Sebelum mula mendaki tempat yang semakin mencerun kami berhenti berehat di Jeram Kak Lang. Menurut pegawai di situ kat jeram ni ada hantu langsuir. Sebab tu tak boleh nak berkhemah di Gunung ni. Lepas dah berehat dalam 5 minit kami teruskan perjalanan. Tapi tak sampai 10 meter gerak member lagi dua orang kena sengat dengan penyengat. Nasib baik aku sorang je yang tak dapat 'cenderamata' gunung ni. Tapi perjalanan tetap di teruskan gak sebab kena sikit je so tak ada masalah.


cerun 90 darjah - kena guna tali

Pendakian hari tu bukan kami tiga orang je sebab ada budak-budak pengakap yang sama-sama mendaki. So masa nak naik kat tempat yang sangat cerun terpaksa la kami tolong tarik menggunakan tali yang ada di situ. So perjalanan kami terhenti dalam 30 minit. Selain tolong budak-budak tu dapat gak la kami berehat sebab keadaan sebelum sampai di situ sangat cerun & sangat penat.


Bila dah sampai ke puncak terus pasang ground@ tikar untuk mula memasak untuk lunch di puncak. Budak-budak pengakap tu tengok je la sebab diorg bawa roti & coklat je. Menu lunch hari tu nasi putih + ayam goreng + sardin + sambal bilis. Walaupun agak 'simple' tapi sedap la makan time penat -penat macam tu.
Lunch

Lepas dah makan & rehat sekejap kami kutip sampah-sampah yang ditingglkan di situ nak bawa turun. So tak la kotor sangat gunung tu nanti. Semoga keindahan alam dapat kita pelihara bersama. Tapi yang menyedihkan banyak sangat sampah kat gunung tu terutama sepanjang perjalanan. Kami 3 orang tak dapat la nak bersihkan semua so bersihkan puncak je la. 

Puncak Gunung Angsi

Lepas dah siap semua kami turun dengan menambil masa 3 jam gak termasuk berhenti solat di Jeram Kak Lang. Sambil berehat di situ ktorng terpaksa isi air gak sebab air dh habis. Air sungai kat situ memang sejuk & sedap la. Kalau boleh nak isi banyak-banyak bawa balik tapi botol tak ada. 


Mandi Time

Bila dah sampai bawah kami rehat jap then terus g mandi dalam sungai. Sejuk gila air sungai sampai boleh wat cramp. Tapi memang best. Lepas mandi & solat asar kami bertolak balik sebab ada lagi benda nak buat malam tu. Tengok Singapura Vs Malaysia. Lepas solat magrib terus g mapley tengok bola. Walaupun kalah tapi agak terhibur la dengan semangat pemain Malaysia pada separuh masa kedua. Harap-harap esok boleh menang.


Begitu la cerita pada hari lahir aku. Walaupun daki gunung tu bukan untuk sambut besday aku pun tapi aku rasa besday kali ni ada gak benda best aku buat. Maybe next trip naik Gunung Datuk @ Gunung Rajah pulak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...