Wednesday, December 29, 2010

Tahniah Malaysia

Akhirnya Malaysia menang gak Suzuki Cup. Tahniah Malaysia

Monday, December 27, 2010

Sambutan Krismas

Hari Krismas ni merupakan perayaan agama oleh penganut kristian.So bile dh nama pun perayaan agama maksudnye umat islam haram menyambut krismas tak kira dalam konsep apa pn.Tapi tgk anak2 muda yang bernama Islam skrg ni dh terlebih kristian dr kristian.Asal ada parti buih ke apa diorg yg plg cepat.Kalau nk kata Malaysia ni negara berbilang kaum dan agama lepas tu kena la hormat agama lain gak.Betul tu kene hormat ntuk jaga keharmonian negara kita.tak salah kalau sekadar nak penuhi jemputan jiran atau kawan2.Tapi salah kalau sambut krismas tu mcm org kristian sambut.Menurut hadis riwayat Abu Dawud

"Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut."

Kaum dlm hadis ni bermaksud golongan atau agama.So kalau sambut perayaan krismas turut termasuk dlm agama tu la.Tapi mcm aku ckp td kalau sekadar meghormati jiran atau kawan2 xpe.Firman Allah dlm surah An Nissa ayat 36 yang bermaksud :

"Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apapun. Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh....".

Tapi lain pulak hukumnye kalau bagi ucapan krismas atau lain2 perayaan agama sebab menyamai cara sambutan agama lain.So hukumnye sama mcm hadis kat atas td.Lagi pun pakatan ulama bersetuju bahawa merelai kekufuran adalah kufur.Kalau ucap tahniah atau ucapan krismas ke tu maksudnye macam merelai kekufuran mereka.Haram hukumnye.

Oleh itu kepada umat Islam yang ada kawan atau jiran yang menyambut krismas jangan la turut sambut mcm diorg.Kalau dijemput penuhi jemputan tersebut sekadar menjaga hubungan sebagai jiran.
Nk tgk lagi detail klik sini

Wallahu a'lam

Full Time

Full time kt Bukit Jalil menyaksikan Malaysia menang dengan 3 gol tak berbalas dengan Indonesia. Sepanjang separuh masa pertama Indonesia asyik komplen pasal laser je terutama keeper.Sebab laser tu gak match terpaksa stop kejap dlm minit 50 kot.walaupun diorng pernah wat mcm ni masa Malaysia main kt Indonesia aku rasa kita tak patut wat mcm ni.Silap2 kene ban xblh main kt Malaysia lg.Padan muka.semua tgk kt RTM je la lpas tu. Tu pn kalo RTM amik siaran langsung.Tapi apa pun overall main cantik la.Tak de la nak main clear je mcm sebelum ni.Norshahrul Idlan Talhah memang terbaik la.Bola atas line dia 2 kali penyebab gol Malaysia dengan assist ntuk Safee Sali dgn Ashari Shamsudin.Gol ketiga pulak hasil hantaran lintang Mahali yang di tanduk mantap oleh Safee Sali.Puas hati tgk semalam walaupun tgk kt mapley je.Jimat sket..haha
Tanah Tumpah Darahku

Gol pertama Malaysia

gol ketiga-tandukan kencang

'arkitek' team malaysia

Markus-asyik komplen je lebih.pdn muka lepas 3 gol terus moral down



 Lepas aksi Bukit Jalil ada lagi full time kedua kt Old Traford.Manchester United vs Sunderland aka The Black Cat.Dalam Match ni Berbatov menjarakkan diri lagi untuk penjaring terbanyak.2 gol untuk Man Utd 2 gol gak untuk Berbatov.Nak tengok Rooney skor tp xde luck la plak.Assist pn jadi la.Yang penting 3 mata.

Glory glory man utd

gol 1st hasil hantaran silang rooney

2nd superb gol-bola defleck lpas kene defend.



Friday, December 24, 2010

Heart

i dont like my feeling rite now
im hurting
feeling lonely
dissapointing
please go away from me
dont disturb my heart
i dont like it

but
because of this i know
that i really love her

Hujan

hujan
setitis demi setitis membasahi bumi
bermula dengan renyai kepada lebat
disambut dengan penuh syukur oleh makhluk ciptaan-Nya

hujan
turun mu menyuburkan tanah
memberi sumber kepada tumbuhan hijau untuk terus menghijau
bagi menyajikan oksigen kepada manusia dan haiwan

hujan
menyejukkan hari yang terik
menyegarkan petang yang sunyi
membuat mata aku makin berat

sekian.


zakihilmi
24disember2010
1646

Thursday, December 23, 2010

AFF Piala Suzuki 2010

Malaysia masuk final selepas dah 14 tahun. Mungkin mutu bola sepak Malaysia dah makin meningkat atau corak permainan bertahan Malaysia atau permainan yang pasif membuatkan Malaysia bernasib baik untuk layak ke final. Apa pun kita tunggu keputusan final nanti. Adakah corak bertahan Malaysia mampu menyekat serangan Indonesia yang pantas. Tapi aku tengah pikir lagi ni final nanti nak layan kat tv ke nak g stadium. Adoi bnda ni pn blh wat semak kepala otak. Kalau tgk kat tv kne bayar harga makanan je lebih kurang 6hinggit. Perut pn kenyang. Kalau g stadium kene bayar 30hinggit tiket. Kalau lapar kene beli berger samai 6hinggit. Dah la roti xbakar daging belah 2 memang tak kenyang. Baik tgk kt tv je kan. Duit tu blh wat main badminton plak. *pandai gak kn kepala otak aku pikir.haha.

Ok cukup la tu aku mengarut. Nak cite pasal piala Suzuki sebenarnye.

Nama asal Suzuki Cup ni dulu2 Tiger cup. Macam mana dapat nama Tiger cup aku pn tak tau. Malas nk wiki. Sape2 rajin cari la sendiri ye. Aku nk ckp pasal Suzuki cup je. Suzuki cup ni dapat nama sebab syarikat suzuki bermurah hati untuk meneruskan sponsor diorng untuk piala ni. Simple je sebab dia.haha.

Macam yang aku ckp tadi Malaysia dh 14 tahun tak masuk final tu kira sekali dengan Tiger cup la sebab kejohanan yang sama gak. Nama je dh lain. Last final Malaysia tahun 1996. Malaysia kalah. Dengan sapa aku xtau. Time tu aku tak tgk bola lagi. Nak cari aku malas.hehe. Indonesia pulak dah masuk kali keempat masuk final. Tapi tak penah menang pn. Suzuki ataupun Tiger cup ni Thailand, Vietnam dgn Singapore je penah menang. Tapi juara bertahan Vietnam dah Kalah dgn Malaysia. So Malaysia ada harapan kot nak menang walaupun match peringkat kumpulan Indonesia dh bedil Malaysia 5-1. Mungkin time tu pemain Malaysia ghairah sgt kot lepas leading 1 gol. Harap defence Malaysia belajar sesuatu la dari match dulu.

Suzuki cup ni unik sikit kalau nak banding dengan kejohanan bola sepak yang lain. Kejohanan lain ada final sekali je. Tapi Suzuki cup ni ada 2 kali final. Sekali main kat Malaysia lagi sekali main kt Indonesia. So mcm tak surprise sgt la untuk final yang pertama ni sebab ada 90 minit lagi lepas tu.

So apa pun harap2 pemain Malaysia dapat fokus untuk kedua-dua final nanti. Jangan buat kesilapan bodoh mcm gol sendiri ke bagi penalti free ke kuti kad merah banyak ke. Skor gol banyak2 yang penting. Lepas tu main la bertahan puas2.



* Tak sabar tunggu Ahad ni nak tgk final pertama lepas tu final kedua pulak hari rabu 29 dis 2010. Norshahrul Idlan Talhah menjadi tonggak kekuatan serangan Malaysia





Pagi Khamis

Ada apa dgn pagi khamis?
-
-
-
-
xde pape pn sebenarnye.
aku je rasa pelik knpa la aku xngntuk2 lg ni.
dh la xtdo mlm.
mau migrain aku kalo mcm ni tiap2 hari
huhu
tp bagus gak la kn.
xbaik tidor pagi2 mcm ni
:))
tp kalau ngntuk nti mcm mn?
mcm2 plak aku pagi2 ni
hehehehehe

Badminton

Badminton merupakan sukan yang memerlukan raket dan bulu tangkis.Badminton dimainkan oleh 2 orang atau 4 orang untuk beregu.Untuk mendapat mata pemain perlu membuat lawan tidak dapat menyambut bulu tangkis dalam kawasannya.


Tibe2 je bagi definisi badminton.hahaha.sebenarnya dalam 2 3 minggu ni aku dah makin berjinak-jinak main badminton.kalau dulu asyik main futsal je.tp sebab cuti xde ramai member kt sini so kitorng pn decide nk main badminton.2 org pn dh blh main.tp selalu main beregu la.kurang la sket nk byr harga court.bila dh start main mula la minat nk main lagi.so aku pn share dgn member beli raket sebab ada promosi beli 1 percuma 1.

So sekarang ni tiap2 ahad dh jadi agenda wajib main badminton sebab ahri ahad court murah sket.so jimat la untuk student yg xde pendapatan lagi ni.tp hari2 lain pn main gak kalo rs nk main.dh gian nk main.haha.aku sebenarnye xde la pandai main sgt pn.boleh la setakat nk pukul2 bulu tangkis tu.tp dh lama2 main member pn ajar la teknik yang betul.so dh improve la sket.dh yakin untuk main single skrg ni.hehehe.

*my new obsession :)

Tuesday, December 21, 2010

akhirnya...

Apa yg akhirnya?hahaha...
Akhirnya aku kembali menaip kt blog ni yg aku rs bukan setakat bersawang tp dh berkarat or reput kot.
Bukan setakat tak update tp buka pn tak kot.
Hari ni dh dekat 2 bulan kot.
Lama gile tu. 
Kalo blog ni awek aku mesti dia dh marah gle.
Nasib baik bukan.haha..
So untuk hari ni aku pn xde idea nk menulis pe lg.Next time aku tulis lg. :)

peace

Wednesday, October 20, 2010

BERHATI-HATI KETIKA MEMBACA AL-FATIHAH

BERHATI-HATI KETIKA MEMBACA AL-FATIHAH KERANA NAMA SYAITAN DALAM AL-FATIHAH

Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solatnya. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu TAJWID. Bukan setakat bacaannya saja yg rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yg wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama-nama syaitan:

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
4. KANNA'K (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NA'K
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KANAS
6. SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti
7. AMIN...............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA......dua harakat, MIN.... 3 harakat.

Semoga Amin kita bersamaan dengan Amin para malaikat..... Insya-Allah. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Perhatian;
Sebarkan hukum Allah walaupun sepotong ayat semoga kita mendapat
rahmatNya..... =)

copy from here

Monday, October 18, 2010

TM Liga Malaysia

Selama ni dok layan EPL dgn champion league je. Liga Malaysia ni mcm xde clas sket aku rs.tp minggu ni rasa nk tgk liga Malaysia plak. Hari jumaat tengok game kelantan vs selangor meriah gila. Selangor kena titik 3 gol xde balas.padan muka berlagak sangat.hahaha.Hari sabtu plak ada 3 game kedah vs terengganu, perlis vs n9 dan johor fc vs pahang. satu pn aku xtengok sebab nk tgk game man utd vs west brom. Angin betoi r aku tengok game tu.Dah leading 2-0 pn boleh seri lagi.west brom je pn. kalo aku tau baik aku tengok kedah titik terengganu 3-0. puas hati. so rabu ni layan semi final liga malaysia plak. kedah vs kelantan dan johor fc vs n9.harap2 final nanti kedah layak walaupun kelantan pn aku sokong gak.hehe.
Kenari terbang tinggi..

 poster lama tapi still
kedah vs kelantan
:P

Monday, October 11, 2010

Tragedi 10.10.10

Disebalik kegembiraan kebanyakan insan menempah hari bahagia pada tarikh ni ada gak beberapa keluarga yang meratap kesedihan kehilangan ahli keluarga tersayang dalam kemalangan yang sangat teruk kat kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Pedas semalam. Kemalangan ni antara yang terburuk dalam tahun ni. Melibatkan 2 bas 1 van dan 3 kereta dan yang paling kesian ada 12 kematian dan 40 yang cedera.


Punca kemalangan ni disebabkan bas ekspres Delima yang hilang kawalan sampai rempuh pembahagi jalan then berlanggar dengan kenderaan dari arah berlawanan. So kemalangan ni terus jadi persoalan selamat lagi ke kita kalau memandu or menunggang motor dengan berhati-hati kalau masih ada pemandu yang cuai macam ni. Mungkin kerajaan perlu pertimbangkan buat laluan khas untuk kenderaan berat macam bas dan lori. Macam ni baru la kemalangan jiwa yang teruk dapat dielakkan.


Untuk sumber berita yang lebih lanjut klik sini.


Gambar2 dikawasan kemalangan

Bas yang terbalik atas kereta

mangsa2 kemalangan yang kehilangan nyawa

mangsa

Sumber berita dan gambar : Berita harian

Sunday, October 10, 2010

10 Oktober 2010

Ada apa dengan tarikh ini?tarikh ni macam ditunggu-tunggu oleh ramai orang.tarikh ini gak menjadi pilihan kebanyakan orang untuk dijadikan hari bahagia mereka. Mungkin sebab nampak unik.10.10.10. Tapi tarikh yang unik ini boleh menjadi penentu kebahagiaan ke?

Pada tarikh 10.10.10 angkasawan pertama negara pilih untuk mendirikan rumah tangga dengan pasangannya. Kawan sekelas masa sekolah dulu pilih untuk melangsungkan pertunangan. Tarikh ini gak ada yang pilih untuk meluahkan rasa hati kepada perempuan yang diminati. Semoga semua berbahagia ke akhir hayat tapi bukan la disebabkn 10.10.10. Tapi sebab persefahaman dan rasa cinta yang wujud antara diorang.


Bagi aku semua tu tak penting. Bagi aku tarikh ni mempunyai makna yang tersendiri. 10.10.10 bermaksud dah sebulan 'dia' menjadi pemilik hati aku secara rasmi. Semoga hubungan ini akan berkekalan sampai akhirnya. Terima kasih awak sebab memberi rasa bahagia ini dan selalu ada bila memerlukan awak.





 p/s: love u dear.

Friday, October 8, 2010

when i fall in love





Al Quran yang dijadikan barang hantaran perkahwinan.

Kepade mereka2 yg nk menghantar dan menerima hantaran…fikir-fikirkanlah
“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil…
“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.
Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.
“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.
“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.
“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.
“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..
“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.
“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.
“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.
“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.
“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.
“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.
“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.
“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.
Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.
Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.
“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.
Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.
“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.
“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak… usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.
“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.
Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.
“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.
“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi. Surah Ar Rad
Surah Ar Ra’d
“ Apa benda nih ” detik hati Nabil.
“ Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA.. RIII..!! ” berlagu Nabil.
Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.
“ Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A ’ uzubillahiminnassya itaanirra jim.. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM… RAA.. ” kedengar suara gemersik Ustaz Sa ’ ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.
Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“ Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim ” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa ’ ad.
“ Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. ” penutup Ustaz Sa ’ ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.
Hari semakin cepat berlalu..
Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.
Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa ’ ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.    read dis..     Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: ‘When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : ‘Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya,  berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.
Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.’
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,’Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.’
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala’ul A’laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :’Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.’
Sila sebarkan Hadis ini kepada semua ……..kerana
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:
‘Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.’

repost from : http://misterlal.com/

Wednesday, October 6, 2010

Kalungan bunga tanda 'nak'

Semakin maju pembangungan semakin teruk peradaban penghuni bumi. Akhlak makin teruk. muruah diri dijaja hanya kerana duit. Bayangkan wanita sekarang sanggup menjual diri dengan harga rm50 je. Murah sangat ke diri yang dianugerah tuhan tu. Bukan tak dak kerja lain dalam malaysia ni yang halal. Tapi kerja yang haram ni gak yang menjadi pilihan golongan sekarang. Nak dapat duit mudah. Yang lelaki pula penat2 kerja bukan nak belanja ke jalan yang halal. Benda haram gak dia cari. Sampai yang dah kahwin ada anak pun tak sedar2 diri. Yang tak kahwin tu apa salahnya simpan duit tu untuk kahwin. Halal lagi kekal. Dapat pahala lagi. Bila tuhan dah tarik balik nikmat wang ringgit nanti baru la nak insaf. Tu pn tak semua yang insaf. Apa nak jadi dengan manusia zaman yang serba maju ni.

keratan Kosmo hari ni
KUALA LUMPUR - Pegawai khidmat pelanggan (GRO) semakin ligat memikirkan cara terbaru untuk menarik minat pelanggan melakukan seks meskipun mereka sedar kegiatan mereka itu bakal mengundang padah jika diserbu pihak berkuasa.
Terbaru, GRO di sebuah pusat hiburan di Jalan Jejaka 7, Taman Maluri, Cheras di sini menjadikan kalungan bunga sebagai tanda bahawa pelanggan yang datang ke premis itu bersedia untuk mendapatkan khidmat mereka.
GRO tersebut akan menjaja bunga tersebut dari meja ke meja dengan harga RM10 setiap satu dan seterusnya boleh melakukan hubungan seks dengan bayaran serendah RM50.

                                                        sumber:kosmo

Thursday, September 23, 2010

Duit Raya

Dulu masa zaman kanak2 kalau dah bln puasa tu mst xsbr2 nk raya.raya ni satu je yang bes dalam kepala otak budak2 kn.duit raya.baju raya tu no 2 la.hari last puasa dh meeting dgn mber2 kampung plan nk kutip duit raya start dari rumah sape dulu.dh aim awal2 rumah yg wajib pegi.ofkos la rumah tu bg duit plg banyak kn.memang mata duitan habis la.haha.

Habis je sembahyang raya awal2 lagi aku dh pegi tunggu kat kubur.time tu org bagi budak2 sorang singgit je.skang dh dua hinggit kot.tp zaman2 aku dlu singgit tu dh cukup byk la.rumah yang bese2 je dapat sorang dua kupang je.tu pn dh syok xingat.bkn senang org nk bagi duit saje2 kn.dalam kepala otak dh pikir kete dash yankuro dh time tu.kete tu memang wajib ada la.kalo x dok sorang2 la xde mber nak main.haha..ok blik pada duit raya.ingat2 aku rumah yang bagi singgit time tu satu je.bagi duit syiling emas tu.dh petang2 sket kompen poket baju melayu tu dh rasa macam nak koyak sebab penuh dengan syiling je.so nak senang bawak la plastik sorng 1 nk isi syiling tu xnk bagi berterabur.rumah org xknal pn aku bantai pegi gak.ambik duit raya je trus blah.memang teruk la kalo dok pikir2 balik skang ni.haha.tak sanggup aku nk buat bile dh bsar ni kn.bengong gila.dah nak magrib baru reti nak balik rumah.lpas tu mak diam2 je ambik duit raya ktorng nak pegi masuk dlm akaun.habis hancur plan nk beli kete dash yankuro.puas meraung pn xdpt.huhu..

duit syiling emas singgit

Tapi budak2 zaman skang ni msti xlayan kn kalo dapat duit raya sekupang dua.paling koman pun msti bagi singgit.kalo x raya taun depan memang boikot la rumah tu.kene plak cap kedekut.dh xpyh jalan bawak plastik sorng satu sebab orng dh letak duit raya dalam sampul.dulu2 mana ada.rumah yang kaya2 je ada macam tu.macam raya taun ni kerek je kazen2 aku dok tayang sampul duit raya diorg.mentang2 aku dh xdpt duit raya.haish.tapi last aku gak dapat duit raya paling byk dari diorg.mak2 sedara ofkos la bagi sorang rm10 kn.dah besar.
lebih kurang macam ni la sampul aku dapat taun ni dgn isi sekali :P
p/s: apa pun time2 raya jangan la main mercun.dalam paper dh mcm2 berita kemalangan pasal mercun ni.ingatla yang tersayang.:D

Wednesday, September 22, 2010

Salam lebaran

Assalamualaikum.selamat hari raya aidil fitri(blm terlambat kot:P).dh lama rasa xupdate blog ni.start cuti raya internet pun cuti.xdpt la nk update.so kepada kawan2 yg still belajar tu selamat menyambung kuliah n wat midsem elok2.kuliah aku pn asyik cancel je ni.haish.untuk yang dah keje tu hulur2 la duit raya sikit:P.keje rajin2 jgn 'mengulor' je lebih.haha.
semoga semangat raya hari tu dapat bawa ntk studi plak lpas ni.baru la boleh cemerlang gemilang dan terbilang 

Thursday, September 2, 2010

Janji Melayu

Mesti semua orang pernah dengar kan dengan istilah ‘janji melayu’ ni. Kalau lambat datang apa-apa perjumpaan ada la orang yang akan cakap “biasa la tu.janji melayu”. So istilah ni seolah-olah menggambarkan orang melayu tu sangat tak tepati janji terutamanya yang berkaitan dengan masa. So orang bila dah berjanji dengan orang melayu mesti tak expect akan ditepati kn. Itu la yang aku fikir. Kadang-kadang tu bila dah kena kat diri sendiri aku pun rasa geram,marah. Tapi apa boleh buat selagi orang melayu sendiri tak nak ubah metaliti ‘janji melayu’ ni. Sampai bila-bila la mentaliti ni akan kekal dalam diri diorang kn. Lepas tu turunkan pula ke anak cucu. Bila dah macam tu sampa bila-bila la melayu akan terus layu.
Cuba tengak bangsa lain contohnya cina la yang selalu kita tengok. Rata-rata sangat tepati masa. Bagi diorang masa tu sangat penting. Masa tu bernilai macam emas. Kalau lambat mesti akan rugi sebab masa tak boleh nak putar balik macam putar jarum jam. Sebab tu kita tengok ramai je bangsa cina yang berjaya. Paling kurang pun mampu ada perniagaan sendiri.
Tapi sebagai orang melayu dan orang islam masih ramai yang tak sedar kepentingan masa ni. Dalam al-quran sendiri ada surah tentang masa. Sepatutnya orang melayu isalam ni sedar dan ambik pengajaran dari surah al-asry. Baru la bangsa kita tak dipandang hina. Boleh jadi bangsa yang berjaya macam bangsa cina, jepun dan yang lain-lain. Dulu pernah dengar ada sorang prof tu cakap kenapa US senang-senang je nak serang iraq, afganistan dan negara-negara arab yang lain. PBB pun macam buat tak kisah je. Cuba serang Yahudi,jepun cina atau negara-negara eropah yang lain. Mesti rata-rata akan buat bantahan. Kenapa ? sebab negara-negara tu menyumbang kepada dunia samada dari segi teknologi atau intelektual. Contohnya jepun dengan teknologinya dan kebanyakan negara eropah dengan produk-produk automotif yang berkualiti tinggi. Tapi umat islam ada sumbang apa? Dunia hanya pandang islam sebagai umat yang pemalas dan pengganas.
Ok berbalik kepada melayu. Orang melayu ramai yang islam so melayu juga tergolong dalam umat yang dipandang rendah oleh masyarakat dunia yang lain. Mungkin kalau kita mampu ubah mentaliti ‘janji melayu’ kita mampu mencapai kejayaan yang lebih gah. Bukan dipandang rendah selama-lamanya.
Harap-harap kita sama-sama dapat berubah kepada yang lebih baik. Diri aku sendiri pun belum cukup sempurna. Kadang-kadang tu rasa malas ada juga. Tapi apa yang penting aku berharap mampu untuk lebih menepati masa. Mungkin macam ni orang lain pun akan turut rasa apa yang aku rasa. Berubahlah untuk kebaikan dan tak akan rugi walaupun sedikit.

Saturday, August 28, 2010

what a guy want?

Posting aku kali ni aku amik dari satu blog ni..baru follow sebab rs sgt menarik.enjoy it :D


Ada satu famous quote yang pernah aku baca dulu. Katanya "Woman are meant to be loved, not to be understood.". Atau dalam bahasa melayu nye, "pempuan dicipta untuk disayangi, tapi bukan untuk difahami." Kalau dipikir-pikir, memang ada logik nya. Bukan la maksud kata pempuan ni tak perlu difahami langsung. No. Bukan macam tu.

Maksudnya pempuan perlu lebih disayangi atau lebih diberi perhatian. Contohnya, pempuan suka bila dapat mesej dari pakwe die yang berbunyik seperti "I love u sayang..", atau "Please take care syg. Jangan lupa makan ubat tau?"...

Macam laki-laki, kitorang perlu lebih difahami rather than to be loved. Berbeza dengan kaum Hawa. Lelaki tak perlu sangat kata-kata "I love U" ni. Sekadar masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Sebab die tau pempuan memang sangat mempamerkan kasih sayang die dengan kata-kata.

Lelaki suka kalau si gadis tu boleh memahami life dia. Contohnya kalau lelaki tu minat bola, bile masuk musim-musim worldcup macam ni, die akan lebih banyak habiskan masa dengan tv dan kengkawan. So, kalau pempuan tu tak faham die, pempuan tu akan cakap "U ni tak abis-abis dengan bola...boring lah."

Sebaliknya, kalau pempuan tu cakap "Its ok syg. U tengok la bola. I nak keluar tgk movie with my housemates. Make sure SPAIN menang tau! Hikhik.", biasanya lelaki tu mesti akan happy gile babi. Terasa bertuah ada awek yang memahami macam tu.

Sebab tu kalau korang perasan, bile ditanya pada lelaki, "apa ciri-ciri pempuan yang kau carik?"

Dalam banyak-banyak jawapan dia, last sekali mesti die cakap "aku nak pempuan yang boleh faham aku".

Kalau tanya pempuan pulak... jawapan die? "I nak lelaki yang boleh sayang I sepenuh hati!"

credit: http://zackzukhairi.blogspot.com/

Monday, August 23, 2010

Update berjemaah

dah lama tak update blog ni.malas nak menaip..hehe. so mau update about last week..
  1. hari sabtu pergi central market menyibuk ikut budak-budak MPR beli barang. seronok berbuka ramai-ramai kt KFC. :D
  2. ahad keluar lagi.tapi pergi tesco kajang je beli barang-barang untuk hamper. penuh barang 1 kereta.macam tin sardin pulak..
  3. hari isnin ada orang ajak tolong laminate tagging MPR pukul 9 lebih..tapi overslept sampi pukul 10. sorry ye.i know u'll read this :)..petang pulak kelas batal so ikut bas pergi cheras ambil anak-anak yatim untuk majlis berbuka puasa.on the spot je pergi time tu sebab baru balik tukar rim motor dan potong rambut.habis duit aku..huhu
  4. selasa tengok Man Utd menang 3-0 je..huhu
  5. rabu dan khamis buat apa erk selain pergi kelas yang bosan tu?
  6. jumaat jalan-jalan berbuka puasa kat shah alam with her.teman je sebab dia takut balik sorang-sorang waktu malam.sempat balik n attend penutup MPR
  7. sabtu bangun lambat.pergi alamanda tengok movie The Expandable.sangat bes movie ni.tapi habis tengok dah pukul 7.15..berbuka atas motor je la dengan air mineral sebelum pergi Medan Selera Kg Dato' Baginda.
  8. semalam main futsal lagi.2jam.puas main.tap[i xpuas hati sebab Man Utd seri 2-2 dengan Fulham..huhu

Tuesday, August 17, 2010

3 point is more important

semalam time lepak mamak nak tengok bola member(fan chelsea) aku ada cakap kalau man utd nak bersaing dengan chelsea season ni kena la menang sekurang-kurangnya 6-0 dengan newcastle.sama skor dengan chelsea la tu. tapi aku rasa menang berapa pun aku tak kisah sangat.yang penting 3 mata.aku suka kalau skor besar-besar ni pn sebab nak player fantasy football aku dapat lebih point.hahahahhaha


p/s: man utd menang 3-0 semalam.great display from the veteran midfielder..double thumbs up..



paul scholes
(2 assist vs newcastle)

Sunday, August 15, 2010

new season

semalam EPL dh start match 1st..ada 8 match semalam..chelsea start liga dengan menang besar ke atas west bromwich albion..tapi apa aku kisah..malam ni man utd plak main.lwn newly promoted newcastle united..aku xharap pun man utd mng besar macam chelsea..1-0 pn dh cukup..yeah...

tp season ni aku excited sangat nk tgk prestasi blackpool..blackpool ni aku pnh guna dalam game football manager..so one of my favorite team la..hopefully dapat la stay kt epl lama2 lpas menang bergaya 1st match semalam..

5:34

arghh!!!! ngantuk...

Friday, August 13, 2010

update update

mau update blog tapi malas pulak nk menaip..
huhuhu..
selamat berpuasa dan selamat 3 ramadhan...

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Bulan Mulia

Alhamdulillah Ramadhan datang lagi dengan seribu keberkatan.tahun ini dah kali kelima menyambut ramadhan di bumi ukm ni.dah lama sangat aku kat sini.InsyaAllah kalau tak ada aral ini juga ramadhan terakhir aku sebagai pelajar undergraduate ukm.

Harapan ramadhan tahun ni semoga aku dapat meningkatkan amalan-amalan ibadah dan semoga akan berkekalan selepas raya.apa pun aku nak ucap selamat berpuasa kepada seluruh umat islam.sambut lah bulan yang penuh keberkatan ni dengan amal ibadah yang secukupnya dan rebutlah ganjaran yang dijanji oleh-Nya.

Sunday, August 8, 2010

Kurang nomal

Tidak normal..apa benda ni..haha..sebenarnya nk cite pasal masa tido aku yang dah tak normal sekarang ni..kadang-kadang tidur awal kadang-kadang tak tido malam macam hari ni..lepas magrib tadi boleh pula tertido,.dah la janji dengan budak2 blok nak tolong cat banner.sedar dah pukul 11 diorang dah nak siap cat pun.haha.semalam lagi la teruk.dah janji nak pergi main futsal boleh pula tertido kat bilik tv.sedar2 diorng dah balik main pn..haish..

Hari ni dah subuh pun tak tido2 lagi.jp lagi tido pkul berapa ntah nak bangun.huhu..harap2 boleh bangun awal.boleh buat macam2.yang penting dapat lunch.penting kot.haha..apa lagi ntah aku nak merepek subuh2 ni..mata dah makin berat.tapi keja tak siap lagi..nasib baik kat bilik tv.kalo kat bilik dah lama babai masuk alam mimpi..hehe

Friday, August 6, 2010

pesta konvo

Tahun 2010 dan pesta konvo yang ke-38 kot..haha..yang pasti pesta konvo yang ke-3 aku pnh pergi sebab last year aku xpg..ada praktikal kt kedah. so xtau mcm mana suasana last year.huhuhu..tapi sepanjang pesta konvo yg pernah pg yang ni paling bosan kot..sepatutnya perasmian awal tp pkul 10 baru start.xtau apa msalah tapi bosan tunggu dari pkul 9. dah la xde gimik perasmian yg bes. ada persembahan tarian artisukma je.agak menarik..sgt ramai penari..kalo aku mesti dh pancit menari tu..hahaha

lepas tgk persembahan tu pg jalan2 dgn bdk2 junior.tgk2 gerai n pegi makan.gerai makanan pn xde byk choice sgt..same je mcm tahun2 sblm ni..lpas mkn g tmn bdk2 tu shoping.xde duit nk shoping ntk diri sendiri..hahaha..so tgk2 je la gerai2 yg ada.npk xde beza pn..sama je..yg benda wajib ada mesti rumah hantu yg xbrapa nk seram tu..bosan.huh..tp tahun ni ada benda yg agak menarik..paintball..dlu penah main n penah kena tembak teruk kt blkg..siap lebam2 lg.tp still rasa nk main paintball tu..bes kot..mybe esok ajak member2 pg main.

Thursday, August 5, 2010

Fadzilah Kamsah: Makan lebihan nasi ibu atau anak.

Assalammualaikum.
Masa saya kecik-kecik dulu, mak selalu sangat suruh saya habiskan belen belen (sisa-sisa) nasi yang dia makan dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah, mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa, mesti ada sikit belen. Tapi taklah selalu, secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu.
Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan either belen makanan mak atau abah. Tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan. Kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain. Samada kami perasan atau tidak. So satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak.
Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri (arwah tok perempuan kami sebelah abah). Kata mak, supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapa. Dan saya sendiri akui kesannya. Makin umur kita meningkat, hati kita senantiasa belas tengok mak bapa kita yang makin tua itu.
Kalau kena marah, kena tengking, memang kami adik beradik diam membisu jer lah. Namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul. Mak pesan, dah ada anak sendiri esok… jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak. Samalah ceritanya dan mak kata juga, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua, dia akan selawat 3x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik.
Guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat Maghrib ialah mereka-mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka. Solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu Maghrib. Kalau ada lebih dari seorang anak, suruh seorang azan dan seorang Qiam. Kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat.
Ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang. Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jemaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya. Inilah yang paling berkesan sekali. Tak caya try buat. Solat jemaah dengan anak-anak tiap kali Maghrib…dapat semua waktu lagi baik. Sangat besar ‘rahsia’ peranan dapur dan juga kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu Maghrib.
“Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita”. Just to ambil iktibar untuk mendidik diri dan family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! Good if we can remind each other because in Rasulullah’s last sermon, baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others and those to others again and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly.
Yang baik datang dari Allah dan yang kurang itu is from my weaknesses. Do import this knowledge; you’ll lose nothing.
Wallahu A’lam.

Belajar dengan trafic light

Alhamdulillah masih diberi kesempatan tangan aku ni terus menaip apa yang hendak ditaip. pergh..ayat skema. Kali ni aku sepertinya macam nak teruskan aktiviti memBEDAL aku. Mungkin ada yang belum tahu lagi BEDAL itu bermaksud "BErguru Dengan ALam". Setelah siri pertama aku berjaya memBEDAL maka aku akan teruskan untuk siri ke 2 pulak.

Kalau dahulu aku akan bangun pagi untuk ke kelas. Tu pun kalau aku bangun la. kalau tak, pasti ada rakan2 aku yang baik hati untuk membantu aku.haha. Dulu aku pergi ke kelas dalam keadaan tergesa tanpa adanya lampu isyarat. Tapi kali ni bila dah kerja pergi dan balik aku perlu menempuh lampu isyarat yang semestinya lebih dari 5 batang. tu belum campur dengan kerbau melintas..haha.. So hari ni mari kita belajar dengan lampu isyarat a.k.a traffic light..

Dari traffic light ni kita mampu belajar tentang betapa peri pentingnya tahap punctuallity yang tinggi. Tapi aku tak berminat untuk berbicara tentang ketepatan masa dalam bekerja mahupun ke kelas sebab ada perkara yang lebih besar dan penting yang memerlukan ketepatan masa untuk kita yang kononnya kesuntukan masa ni.

Kalau macam ni memang pening


Semestinya perkara itu adalah tentang solat. Telah beberapa kali sebelum ni aku dah mengentrykan tentang pentingnya menjaga solat pada masanya tapi kali ni mungkin dengan belajar dengan traffic light membuatkan kawan2 korang sedar kut. bukan korang ye. Sebab aku tahu yang membaca sekarang ni mesti dah solat di awal waktu kan tadi??

Apa yang kita boleh lihat waktu lampu merah menyala. Kita boleh lihat yang mat2 motor kat depan tu dah mula press2 minyak motor murah masing tu untuk ready untuk meneruskan perjalanan. Kadang2 tu siap intai lampu isyarat di seberang sana pulak. Kalau sana dah kuning so kita memang boleh betul2 ready la kan?? Tapi sejauh mana kita mengimplementasikan dalam ibadah solat kita? Adakah bila dah ada tanda2 untuk masuk waktu kita dah ready untuk pergi solat berjemaah? Ataupun kita baru terhegeh2 nak solat untuk waktu yang sebelumnya??!!

Merah tanda berhenti

Seterusnya kita tengok pulak bila lampu hijau menyala. Pasti semua dengan serta merta menekan minyak masing2. Yang bawa kereta manual pulak dah ready tukar gear pun. PAP!! lampu hijau menyala..Vrooom..weng sana.. weng sini.. Semua duk pecut. Tapi bayangkan kalau yang depan sekali tu tak jalan. Mungkin tertidur ataupun khusyuk mendengar Slot SINAR PAGI sampai tak perasan dah hijau. Takpun khusyuk reply mesej dari awek yang bukan muhrim dia ke. Mesti akan ada insan2 mulia membunyikan hon untuk menyedarkan si pemandu tadi. Begitu juga lah solat. Di kala ada kawan2 kita yang terlalai maka tugas membunyikan hon tu adalah tugas kita. Memang kita takkan lari dari terlalai. Mungkin hari ni hari dia. esok lusa hari kita pulak. Tapi ada kan kes yang dah tahu dia buat salah tak jalan tapi buat belagak pulak. Macam tak bersalah pula dia kan. So macam tu juga solat. Pasti akan ada yang memandang sinis teguran kita. Tapi adakah kita akan tak hon dah lepas tu? Kalau tak hon tu maksudnya kena beli hon baru la jawabnya.

Hijau tanda boleh jalan da..

Lagi satu punca dia tak jalan adalah sebab kereta dia rosak mungkin enjin (iman) dia dah rosak. Takpun kurangnya minyak (ilmu) yang dia dapat so membuatkan kereta dia tak bergerak. So itu lagi satu tugas kita untuk bertindak sebagai mekanik part time. Takkan la kita nak biar dia tak berjalan sampai bila2. Maka kalau ada kawan2 kita yang melengahkan solat atas sebab kurangya ilmu so kita kongsi apa yang kita ada. Kalau sebab kurangnya iman kita ajak dia perbaiki iman sama2. kalau semua dah lancar insyaallah bila lampu hijau je memang boleh la sama2 bergerak..

Sekadarnya la BEDALan dari aku. Harap lepas ni setiap kali kita nampak lampu isyarat akan mengingatkan kepada pos aku yang tak seberapa ni. Setiap kali kita patuhi lampu isyarat akan membawa kita memikirkan sejauh mana kita patuhi masa untuk bersolat. Setiap kali ada yang terleka di depan kita setiap kali itu yang akan mengingatkan tentang tugas kita. Semoga beribu2 batang lampu isyarat yang bakal kita lihat selepas membaca post ini akan membuatkan kita sentiasa ingin menjaga solat di awal waktu..

p/s : Setiap hari aku lalui lebih dari 5 batang traffic light dan boleh patuhi. tapi yang 5 (solat) ni pun masih ada cacat celanya..doakan aku berjaya..tq..

wallahualam..

credit: http://ikutsukaatiaku.blogspot.com/

once again

Assalamualaikum
akhirnya aku blogging balik lpas delete the last acount last sem..
tetibe rs mcm bes plak nk merepek kt blog ni.
ntah mimpi apa aku mlm td..

hehehe
harap2 blog ni kekal n xpyh la aku nk create lg.. :D


gambar time pg gabai
ngan kosmate
:))

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...