Friday, December 24, 2010

Hujan

hujan
setitis demi setitis membasahi bumi
bermula dengan renyai kepada lebat
disambut dengan penuh syukur oleh makhluk ciptaan-Nya

hujan
turun mu menyuburkan tanah
memberi sumber kepada tumbuhan hijau untuk terus menghijau
bagi menyajikan oksigen kepada manusia dan haiwan

hujan
menyejukkan hari yang terik
menyegarkan petang yang sunyi
membuat mata aku makin berat

sekian.


zakihilmi
24disember2010
1646

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...