Wednesday, October 6, 2010

Kalungan bunga tanda 'nak'

Semakin maju pembangungan semakin teruk peradaban penghuni bumi. Akhlak makin teruk. muruah diri dijaja hanya kerana duit. Bayangkan wanita sekarang sanggup menjual diri dengan harga rm50 je. Murah sangat ke diri yang dianugerah tuhan tu. Bukan tak dak kerja lain dalam malaysia ni yang halal. Tapi kerja yang haram ni gak yang menjadi pilihan golongan sekarang. Nak dapat duit mudah. Yang lelaki pula penat2 kerja bukan nak belanja ke jalan yang halal. Benda haram gak dia cari. Sampai yang dah kahwin ada anak pun tak sedar2 diri. Yang tak kahwin tu apa salahnya simpan duit tu untuk kahwin. Halal lagi kekal. Dapat pahala lagi. Bila tuhan dah tarik balik nikmat wang ringgit nanti baru la nak insaf. Tu pn tak semua yang insaf. Apa nak jadi dengan manusia zaman yang serba maju ni.

keratan Kosmo hari ni
KUALA LUMPUR - Pegawai khidmat pelanggan (GRO) semakin ligat memikirkan cara terbaru untuk menarik minat pelanggan melakukan seks meskipun mereka sedar kegiatan mereka itu bakal mengundang padah jika diserbu pihak berkuasa.
Terbaru, GRO di sebuah pusat hiburan di Jalan Jejaka 7, Taman Maluri, Cheras di sini menjadikan kalungan bunga sebagai tanda bahawa pelanggan yang datang ke premis itu bersedia untuk mendapatkan khidmat mereka.
GRO tersebut akan menjaja bunga tersebut dari meja ke meja dengan harga RM10 setiap satu dan seterusnya boleh melakukan hubungan seks dengan bayaran serendah RM50.

                                                        sumber:kosmo

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...