Showing posts with label ECL. Show all posts
Showing posts with label ECL. Show all posts

Thursday, May 5, 2011

Man Utd On Target




Man Utd 2nd team je boleh kalahkan Schalke 04 4-1 dalam perlawanan pusingan kedua separuh akhir Liga Juara Juara Eropah. Tapi pada awal perlawanan Schalke banyak mengasak Man Utd untuk mencari gol penyamaan selepas kalah 0-2 di tempat sendiri pada perlawanan pusingan pertama dulu. Aku sebenarnya tak sangka pun Man Utd boleh menang besar dengan line-up macam tu. Rasa macam menang 2-0 je. 1st eleven game tadi Van Der Sar (GK), Rafael (DEF), Smalling (DEF), Evan(DEF), O'shea(DEF), Gibson(MID), Scholes(MID), Anderson(MID), Nani(FW), Valencia(FW), Berbatov (FW).

Gibson-man of the match pilihan aku

Tapi tak sangka pulak dengan line-up macam ni boleh score 4 gol. Yang paling tak sangka tu Anderson skor 2 biji. Dah la sepanjang masuk Man Utd baru skor 4 gol termasuk game tadi. Last skor masa lawan Valencia masa peringkat kumpulan dulu. Harap-harap lepas ni boleh skor banyak gol lagi.

anderson on target

Dalam match tadi gol pembukaan dijaringkan oleh Valencia hasil hantaran Gibson. 5 minit lepas tu Valencia pulak yang tolong Gibson jaringkan gol. Kalau nak ikut logik lepas dah leading 2-0 tu dah susah schalke nak kejar. Tapi gol Jurado pada minit 35 tu buat Schalke makin bersemangat. Macam boleh nak kejar je. Nasib baik dua gol dari Anderson pada minit ke 72 dan 76 berjaya memadamkan semangat Schalke.

So kalau nak ikut aggregat Man Utd menang 6-1. So Barca kita jumpa lagi di pentas final Champion League kali kedua dalam masa tiga tahun. Revenge time for the losing against them at final 2009. We will be waiting at Wembley on 28th May for the final game.

Glory Glory Man Utd~ 

Wednesday, March 16, 2011

Manchester United : Welcome to Quater Final ECL

Awal pagi tadi waktu Malaysia Man Utd berjaya membenam cabaran Marseille dengan jaringan 2-1 pada perlawanan kedua pusingan kedua di Theatre of Dreams.



2 jaringan Man Utd dihasilkan oleh 'the little peas' Chicharito dengan bantuan hantaran silang rendah Wayne Rooney dan Ryan Giggs


the goalscorer
1st goal rooney assist


celebrate 2nd goal
and the consolation 1 goal for away team gift from wes brown own goal


he doing great thought score an own goal
~glory glory Man utd ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...