Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Wednesday, July 27, 2011

Pendakian Gunung Angsi

Gunung Angsi
Rasa-rasa kali ni la paling lama tak jenguk langsung blog ni. Sebulan lebih dah kot. Bukan tak nak update tapi kurang idea-idea bernas yang nak ditulis di samping tumpuan lebih terarah kepada benda lain. Tapi harap-harap lepas ni dapat la update selalu.

Baru-baru ni pada 23 Julai(besday aku) ada kawan ajak daki gunung Angsi di Ulu Bendul, Kuala Pilah. Memandangkan memang ada minat gak mendaki ni peluang ni memang di tunggu-tunggu. Bukan senang nak ada trip mendaki yang murah macam ni. Rm 15 je. Selalu tengok event-event yang ada kt Facebook 1 trip pendakian mencecah ratusan ringgit.


Sebelum mendaki
Untuk ke Ulu Bendul ni kami berkumpul pada pukul 6.30 dan bertolak dalam pukul 7 pagi selepas dh settle semua barang yang patut dibawa. Perjalanan dari bangi ambil masa dalam 1 jam 30 minit. Lepas dah sampai siap-siap barang terus g daftar untuk mendaki. Bayar Rm 5 then dah boleh mula mendaki.


Berehat di Jeram Kak Lang

Sejam awal pendakian sangat santai sebab keadaan landai je. Time ni memang boleh lagi nak bergelak ketawa sambil posing nak ambil gambar sebab tak penat pun. Sebelum mula mendaki tempat yang semakin mencerun kami berhenti berehat di Jeram Kak Lang. Menurut pegawai di situ kat jeram ni ada hantu langsuir. Sebab tu tak boleh nak berkhemah di Gunung ni. Lepas dah berehat dalam 5 minit kami teruskan perjalanan. Tapi tak sampai 10 meter gerak member lagi dua orang kena sengat dengan penyengat. Nasib baik aku sorang je yang tak dapat 'cenderamata' gunung ni. Tapi perjalanan tetap di teruskan gak sebab kena sikit je so tak ada masalah.


cerun 90 darjah - kena guna tali

Pendakian hari tu bukan kami tiga orang je sebab ada budak-budak pengakap yang sama-sama mendaki. So masa nak naik kat tempat yang sangat cerun terpaksa la kami tolong tarik menggunakan tali yang ada di situ. So perjalanan kami terhenti dalam 30 minit. Selain tolong budak-budak tu dapat gak la kami berehat sebab keadaan sebelum sampai di situ sangat cerun & sangat penat.


Bila dah sampai ke puncak terus pasang ground@ tikar untuk mula memasak untuk lunch di puncak. Budak-budak pengakap tu tengok je la sebab diorg bawa roti & coklat je. Menu lunch hari tu nasi putih + ayam goreng + sardin + sambal bilis. Walaupun agak 'simple' tapi sedap la makan time penat -penat macam tu.
Lunch

Lepas dah makan & rehat sekejap kami kutip sampah-sampah yang ditingglkan di situ nak bawa turun. So tak la kotor sangat gunung tu nanti. Semoga keindahan alam dapat kita pelihara bersama. Tapi yang menyedihkan banyak sangat sampah kat gunung tu terutama sepanjang perjalanan. Kami 3 orang tak dapat la nak bersihkan semua so bersihkan puncak je la. 

Puncak Gunung Angsi

Lepas dah siap semua kami turun dengan menambil masa 3 jam gak termasuk berhenti solat di Jeram Kak Lang. Sambil berehat di situ ktorng terpaksa isi air gak sebab air dh habis. Air sungai kat situ memang sejuk & sedap la. Kalau boleh nak isi banyak-banyak bawa balik tapi botol tak ada. 


Mandi Time

Bila dah sampai bawah kami rehat jap then terus g mandi dalam sungai. Sejuk gila air sungai sampai boleh wat cramp. Tapi memang best. Lepas mandi & solat asar kami bertolak balik sebab ada lagi benda nak buat malam tu. Tengok Singapura Vs Malaysia. Lepas solat magrib terus g mapley tengok bola. Walaupun kalah tapi agak terhibur la dengan semangat pemain Malaysia pada separuh masa kedua. Harap-harap esok boleh menang.


Begitu la cerita pada hari lahir aku. Walaupun daki gunung tu bukan untuk sambut besday aku pun tapi aku rasa besday kali ni ada gak benda best aku buat. Maybe next trip naik Gunung Datuk @ Gunung Rajah pulak.

Saturday, May 28, 2011

Final Liga Juara-Juara


Barcelona Vs Manchester United
2.45 pagi
29 Mei 2011
Stadium Wembley,London

Tuesday, May 24, 2011

Officially Champion

The Proud Captain
Kemenangan 4-2 dengan Blackpool mengesahkan lagi kejuaraan Man Utd. Di sebalik kegembiraan Man Utd menyambut kemenangan Blackpool kesedihan sebab tersingkir dari liga utama. Tak pe cuba lagi musim depan. EPL dah kurang meriah tak de team macam Blackpool. Kemenangan semalam gak menutup tirai saingan EPL musim 2010/2011. Lepas ni bosan la weekend dah tak de bola sampai bulan 8 ni pulak. Tapi minggu depan Man Utd ada satu lagi match penting bagi merebut kejuaraan Champion League kali keempat.

Glory Glory Manchester United

Sunday, May 15, 2011

Man Utd Crowned Again

CHAMP19NS
Hanya satu mata, satu gol, satu penalti memastikan Man Utd dinobatkan juara lagi sebanyak 4 kali dalam masa 5 tahun. Kajuaraan ni gak meletakkan Man Utd sebagai kelab Inggeris paling berjaya menang 19 kali dengan memintas sejarah Liverpool yang pernah menang 18 kali 20 tahun dulu. Biar la Liverpool dengan sejarahnya. Man Utd nak melakar sejarah lagi. Kemenangan EPL semalam bukan pengakhiran bagi Man Utd mencari kemenangan lagi. Man Utd tak macam kelab lain. Man Utd ada lagi satu final penting 28th May ni. Misi penting membalas kekalahan 2 tahun lepas. Final Champion League antara dua juara, Juara England vs Juara Sepanyol, Man Utd vs Barcelona.

Rooney memastikan 1 mata penting Man Utd
Dalam perlawanan semalam Man Utd bermula dengan sangat hambar dan tak meyakinkan dengan meletakkan Tomasz Kuszczak sebagai penjaga gol. Banyak kesilapan yang tak sepatutnya penjaga gol untuk kelab macam Man Utd buat. Memang tak boleh jadi pengganti Van Der Sar. Tapi nasib baik ada defence yang mantap. Kalau tak memang satu gol penalti Rooney tak mampu bagi Man Utd seri semalam. Mesti Man Utd belum dinobatkan sebagai juara lagi sebab Chelsea tak habis bermimpi nak jadi juara lagi. Tapi kesilapan penjaga gol dibalas dengan kesilapan penjaga gol gak. Kepantasan Chicharito memaksa Paul Robinson, keeper Blackburn menghadiahkan penalti kepada Man Utd. Tapi lepas dah memastikan 1 mata penting tu Man Utd main bertahan je. Bosan. Nasib baik dah champion.
trophy plastik pun tak pe dulu.yang ori dah banyak.haha
Sementara tu di Wembley satu lagi kelab yang dok kat Manchester gak tapi kurang hebat menang FA Cup. Bagi je la menang. Kalau tak silap dah 35 tahun tak pernah dapat apa-apa piala. 2 3 musim ni dah habis dekat 1 billion so bagi je la menang. Tak kan Stoke yang habis tak sampai 10 juta tu nak menang kan. Malu la nanti Mancini & The Gang,Man City.
Glory glory Man Utd...19 dah dapat. Pastikan musim depan dapat yang ke-20 pulak. Manchester United is the CHAMP19NS.

Monday, May 9, 2011

Kejuaraan Liga Ke 19 Semakin Hampir

Man Utd dah hampir sangat nak menang Liga Perdana Inggeris. Berapa hampir? 1 mata je lagi untuk menentukan kejuaraan. Tapi aku yakin sangat Man Utd mampu nak dapat 1 mata tu dalam dua perlawanan yang masih berbaki. Tu pun lawan Blackburn kat away dengan Blackpool kat home. Confirm boleh la. Tapi sebelum tu perlawanan yang membuatkan Man Utd dalam kedudukan sekarang adalah perlawanan malam tadi la. Perlawanan yang di tunggu-tunggu oleh peminat Man Utd dengan peminat Chelsea. Tak lupa gak haters Man Utd yang sokong Liverpool n Arsenal hahaha. Sebelum match semalam bising je. Bila dah start game minit 1st lagi haters Man Utd dengan fan Chelsea diam terkedu.

chicharito & rooney
Dalam perlawanan semalam Man Utd vs Chelsea kat kubu kuat Man Utd, Old Trafford. Memang Chelsea tak mampu nak buat apa-apa lagi dah. Seawal saat ke 36 Chicharito dah menjaringkan gol pertama. Aku tengok yang bangang punca gol tu Ivanovic tapi David Luiz dipersalahkan. 2nd half dah kena keluar. Gol kedua Man Utd pada minit ke 23 hasil jaringan Vidic pun superb. Salah Ivanovic lagi. Boleh dia tadah kepala je tunggu bola sampai. Senang-senang je la Vidic pintas. Ok dua gol je Man Utd bagi malam tadi. Lagi 1 gol untuk Chelsea. Bagi je gol saguhati kat Lampard.

Vidic
So sape-sape rasa nak g eropah tengok Man Utd final Champion League nanti boleh la tengok sini. Mana tau ada rezeki. Kepada pengguna Blackberry tengok la sini. Ada app baru. 

GGMU
Apa-apa pun tahniah Man Utd dh menghampiri kejuaraan ke 19. Lepas ni menang dengan Barca pulak untuk kejuaraan Champion League. BEL19VE & BE4EVE. Dua-dua tu untuk kejuaraan ke 19 EPL dengan kemenangan ke  4 Champion League. Glory-glory Man Utd

Thursday, May 5, 2011

Man Utd On Target




Man Utd 2nd team je boleh kalahkan Schalke 04 4-1 dalam perlawanan pusingan kedua separuh akhir Liga Juara Juara Eropah. Tapi pada awal perlawanan Schalke banyak mengasak Man Utd untuk mencari gol penyamaan selepas kalah 0-2 di tempat sendiri pada perlawanan pusingan pertama dulu. Aku sebenarnya tak sangka pun Man Utd boleh menang besar dengan line-up macam tu. Rasa macam menang 2-0 je. 1st eleven game tadi Van Der Sar (GK), Rafael (DEF), Smalling (DEF), Evan(DEF), O'shea(DEF), Gibson(MID), Scholes(MID), Anderson(MID), Nani(FW), Valencia(FW), Berbatov (FW).

Gibson-man of the match pilihan aku

Tapi tak sangka pulak dengan line-up macam ni boleh score 4 gol. Yang paling tak sangka tu Anderson skor 2 biji. Dah la sepanjang masuk Man Utd baru skor 4 gol termasuk game tadi. Last skor masa lawan Valencia masa peringkat kumpulan dulu. Harap-harap lepas ni boleh skor banyak gol lagi.

anderson on target

Dalam match tadi gol pembukaan dijaringkan oleh Valencia hasil hantaran Gibson. 5 minit lepas tu Valencia pulak yang tolong Gibson jaringkan gol. Kalau nak ikut logik lepas dah leading 2-0 tu dah susah schalke nak kejar. Tapi gol Jurado pada minit 35 tu buat Schalke makin bersemangat. Macam boleh nak kejar je. Nasib baik dua gol dari Anderson pada minit ke 72 dan 76 berjaya memadamkan semangat Schalke.

So kalau nak ikut aggregat Man Utd menang 6-1. So Barca kita jumpa lagi di pentas final Champion League kali kedua dalam masa tiga tahun. Revenge time for the losing against them at final 2009. We will be waiting at Wembley on 28th May for the final game.

Glory Glory Man Utd~ 

Tuesday, May 3, 2011

Lambat Sikit

Rasa macam dah lama aku tak update ni tapi memang lama gak kot. Plan asal nak update pasal match Arsenal vs Man Utd tapi Man Utd kalah pulak. So mood nak update tu pun dh lari. Tapi bukan sebab Man Utd kalah. Kalau kalah tapi main macam nak main aku tak kisah. Tapi main macam tak nak main pulak. Geram aku. So sebab aku geram aku tak nak la update panjang. Sikit-sikit dah la. Btw Man Utd kalah 0-1 hari tu. Untuk match champion league midweek ni harap pemain Man Utd main dengan lebih bernafsu. Menang 2-0 hari tu tak cukup lagi.

Ramsey score the only goal in this game
~Glory glory Man Utd~

p/s malam ni aku nak tengok player barca gaduh lagi dengan Real Madrid. Harap-harap Barca main macam ada teloq la. Kalau main macam hari tu baik kerat bagi kat anjing ja.

Wednesday, April 27, 2011

Aku 37 Tapi Skor Kat Champion League : Ryan Giggs

Perlawanan separuh akhir pertama UEFA Champion League menjadi medan untuk Ryan Giggs membuktikan umur bukan penghalang untuk beraksi dan menjaringkan gol di pentas eropah. Walaupun beberapa percubaan awalnya gagal menemui sasaran sebab guna kaki kanan tapi akhirnya pada minit ke 67 dia dapat peluang menggunakan kaki kiri berbisa dia tu untuk menjaringkan gol pembukaan hasil lorongan cantik Wayne Rooney.*skema plak ayat haha. Secara rasminya Giggs jadi pemain paling tua jaringkan gol Champion League.


makin tua makin menjadi

"great pass chicharito"

Dua minit selepas assist cantik kat Giggs, Wayne Rooney pulak dapat peluang menjaringkan gol kedua perlawanan dan gol ketiga peribadi untuk kejohanan musim ni,dengan bantuan hantaran Hernandez. Dah selesa dua gol di depan di tempat lawan Sir Alex mula merehatkan Hernandez, Park Ji Sung dan Rooney untuk perlawanan dengan Arsenal weekend ni. Another winning will increase chances to become England Champion again. 

Glory glory Man Utd.

Monday, April 25, 2011

EPL Semakin Hampir

Dah lama rasanya aku tak update apa-apa pasal bola ni. Sejak man utd kalah dengan man city kot. Aku tak update bukan sebab kalah tapi time tu balik rumah kn. Mana nak dapat online. Dah dapt online cite tu macam dah basi. Malas la nak update. Lepas tu match dengan newcastle seri aku tak update gak. Busy sikit sebab time tu aku ada hal kat luar.

So weekend baru ni Man Utd vs Everton. Dengan kemenangan 1-0 hasil jaringan last minute Hernandez memberi tiga mata berharga untuk mengekalkan jarak 6 mata di depan Chelsea. Arsenal pulak kalah so dah ketinggalan 9 mata di tempat ke tiga di belakang Chelsea. Man Utd perlu menang lagi dua match dengan seri sekali je dah cukup untuk Man Utd merangkul kejuaraan EPL untuk kali ke 19. Pecah rekod paling banyak 18 kali yang dipegang oleh Man Utd bersama Liverpool.

chicharito meraikan gol kemenangan

Untuk keputusan perlawanan lain :


Perlawanan yang belum main :
p/s : lepas ni man utd lawan arsnal kat emirate. So kalau Man Utd menang harapan arsenal terus tak de dari segi kiraan matematik walaupun secara logik dah tak ada peluang pun.hahaha.

Wednesday, April 13, 2011

UCL Quarter Final 2nd Leg Day 1st : Result

Seperti yang dh dijangkakan Man Utd menang malam ni walaupun bukan 2-0 tapi 2-1. Lagi pun Rooney tak skor pulak. Tapi workrate Rooney memang marvelous. Banyak wat crossing bahaya tapi xde yang gol. Defend pun agak bagus walaupun O'Shea performance kurang memuaskan. Midfield dah cukup baik. Tapi kalau ada midfielder yang boleh control tengah macam Roy Keane dulu mesti lagi bagus.
Apa pun yang penting Man Utd dah melangkah ke semi-final. Tunggu match esok penentu sape jumpa Man Utd kat semi walaupun Schalke 04 ada kelebihan tapi Inter mungkin boleh wat kejutan.




Ji Sung Park- skor 2nd gol


Match summary :

Man Utd Vs Chelsea

Shakhtar Donetsk Vs Barcelona
Sumber ESPN

Tuesday, April 12, 2011

UCL Quarter Final 2nd Leg

Tumpuan utama aku ofkos la match Man Utd vs Chelsea kt Old Trafford. 1st leg hari tu dh menang 1-0 jaringan Wayne Rooney. Harap2 malam ni kat home Rooney skor lagi. Aku predict Man Utd mng 2-0 dgn line up Van Der Sar (GK), O'Shea (DF), Smalling (DF), Vidic (DF), Evra (DF), Carrick (MF), Giggs (MF), Nani (WF), Valencia (WF),Hernandes (ST), Rooney (ST)...

GGMU

Rooney-goal celebration

Untuk match lain malam ni Shakhtar Donetsk Vs Barcelona kat Donbass Arena dgn aggregate 1-5.
Lagi dua match malam esok Schalke 04 Vs Inter Milan di Veltins-Arena dgn Aggregate 5-2 dan Tottenham Hotspur Vs Real Madrid di White Hart Lane dgn aggergate 0-4.

Sunday, March 20, 2011

Memang Nasib Pun

Malam tadi Man Utd memang nasib baik sgt menang dengan Bolton. Aku mengaku walaupun aku mmg fan Man Utd. Tapi aku peduli apa nasib ke yang penting menang tak macam Arsenal. Nasib gak tapi xmenang. Nasib baik seri..hahaha..Btw Man Utd menang 1-0 n West Brom ikat Arsengal  ops.. Arsenal 2-2. Kalo defender bagus sket West Brom dh boleh menang 2-0. Tapi nak wat mcm mn dh nasib Arsenal.hahaha..

Berbatov berjaya gak menjaringkan gol pada minit 88 (aku harap sgt rooney skor gak..huhu) walaupun dh lama sgt ferguson simpan dia kat bangku simpanan. He proved it. This goal mean to tell ferguson to play him more alongside Wayne Rooney n Chicharito.

the assistance

luis nani




more happy face of the goalscorer

valencia share the celebration-winning goal after all






im da best
tapi chicharito dengan Rooney tak skor plak walaupun banyak peluang

not his day.he will score again for the next game

played well but not score.huhu
the defender was good even 1 red card

evans was sent out in his 1st appearance after injury

Man Utd, please keep on winning. Only few more game to play before will be crown for 19th champion

~glory glory man utd~

Wednesday, March 16, 2011

Manchester United : Welcome to Quater Final ECL

Awal pagi tadi waktu Malaysia Man Utd berjaya membenam cabaran Marseille dengan jaringan 2-1 pada perlawanan kedua pusingan kedua di Theatre of Dreams.



2 jaringan Man Utd dihasilkan oleh 'the little peas' Chicharito dengan bantuan hantaran silang rendah Wayne Rooney dan Ryan Giggs


the goalscorer
1st goal rooney assist


celebrate 2nd goal
and the consolation 1 goal for away team gift from wes brown own goal


he doing great thought score an own goal
~glory glory Man utd ~

Cinta Antara Chelsea,Terry & Ibrahimovic

Main character :

the English unicorn (John Terry)

and an awkward giraffe (Zlatan Ibrahimovic).



    * Once upon a time.
    * A girl named Chelsi loved unicorns.
    * Her favourite unicorn of them all was the English unicorn.
    * He was made of rainbows, cupcakes and he loved to snuggle with Chelsi.
    * Chelsi loved to snuggle with the English unicorn too.
    * But one day he accidentally poked her with his horn.
    * Chelsi bruised like a peach and a single tear started to roll silently down Chelsi’s cheek.
    * Then came the awkward giraffe and wiped away the single tear.
    * The awkward giraffe then offered Chelsi a ride on his back.
    * Chelsi giggled and accepted the offer.
    * As the awkward giraffe ran off into the sunset with Chelsi, the English unicorn was left behind and felt a great sorrow spread in his heart.
    * Chelsi had almost forgotten all about the English unicorn when suddenly a rainbow appeared.
    * She bit her lip and remember her true love.
    * So then Chelsi asked the awkward giraffe to bring her back to the English unicorn.
    * The awkward giraffe did as Chelsi asked, and brought her back.
    * When the English unicorn looked up into the sunset and saw Chelsi, he smiled wide.
    * Once again his love was with him.
    * And then Chelsi and the English unicorn walked off into the horizon and never looked back.
    * And they lived happily ever after.
    * The end. :3

What a masterpiece.
credit to Chelsianne

Sunday, March 13, 2011

Kisah FA Cup Quater Final

Man Utd mng dgn Arsenal 2-0 wat aku terus semangat nak update blog...wahahaha..


Man of the match...


VDS???

or


Rooney???

goal scorers go to...

Fabio
and

Wayne Rooney

Match malam ni menarik dgn aksi da silva twin..they connected to each other perfectly. 
Dalam match ni gak Luis Antonio Valencia wat comeback lepas injured dalam 6 bulan lebih..

da silva twin
welcome back valencia
p/s  fan arsenal jgn nk emo2..bg fan Man Utd bergembira plak..haha
GGMU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...