Showing posts with label bola. Show all posts
Showing posts with label bola. Show all posts

Saturday, May 28, 2011

Final Liga Juara-Juara


Barcelona Vs Manchester United
2.45 pagi
29 Mei 2011
Stadium Wembley,London

Thursday, May 5, 2011

Man Utd On Target




Man Utd 2nd team je boleh kalahkan Schalke 04 4-1 dalam perlawanan pusingan kedua separuh akhir Liga Juara Juara Eropah. Tapi pada awal perlawanan Schalke banyak mengasak Man Utd untuk mencari gol penyamaan selepas kalah 0-2 di tempat sendiri pada perlawanan pusingan pertama dulu. Aku sebenarnya tak sangka pun Man Utd boleh menang besar dengan line-up macam tu. Rasa macam menang 2-0 je. 1st eleven game tadi Van Der Sar (GK), Rafael (DEF), Smalling (DEF), Evan(DEF), O'shea(DEF), Gibson(MID), Scholes(MID), Anderson(MID), Nani(FW), Valencia(FW), Berbatov (FW).

Gibson-man of the match pilihan aku

Tapi tak sangka pulak dengan line-up macam ni boleh score 4 gol. Yang paling tak sangka tu Anderson skor 2 biji. Dah la sepanjang masuk Man Utd baru skor 4 gol termasuk game tadi. Last skor masa lawan Valencia masa peringkat kumpulan dulu. Harap-harap lepas ni boleh skor banyak gol lagi.

anderson on target

Dalam match tadi gol pembukaan dijaringkan oleh Valencia hasil hantaran Gibson. 5 minit lepas tu Valencia pulak yang tolong Gibson jaringkan gol. Kalau nak ikut logik lepas dah leading 2-0 tu dah susah schalke nak kejar. Tapi gol Jurado pada minit 35 tu buat Schalke makin bersemangat. Macam boleh nak kejar je. Nasib baik dua gol dari Anderson pada minit ke 72 dan 76 berjaya memadamkan semangat Schalke.

So kalau nak ikut aggregat Man Utd menang 6-1. So Barca kita jumpa lagi di pentas final Champion League kali kedua dalam masa tiga tahun. Revenge time for the losing against them at final 2009. We will be waiting at Wembley on 28th May for the final game.

Glory Glory Man Utd~ 

Tuesday, May 3, 2011

Lambat Sikit

Rasa macam dah lama aku tak update ni tapi memang lama gak kot. Plan asal nak update pasal match Arsenal vs Man Utd tapi Man Utd kalah pulak. So mood nak update tu pun dh lari. Tapi bukan sebab Man Utd kalah. Kalau kalah tapi main macam nak main aku tak kisah. Tapi main macam tak nak main pulak. Geram aku. So sebab aku geram aku tak nak la update panjang. Sikit-sikit dah la. Btw Man Utd kalah 0-1 hari tu. Untuk match champion league midweek ni harap pemain Man Utd main dengan lebih bernafsu. Menang 2-0 hari tu tak cukup lagi.

Ramsey score the only goal in this game
~Glory glory Man Utd~

p/s malam ni aku nak tengok player barca gaduh lagi dengan Real Madrid. Harap-harap Barca main macam ada teloq la. Kalau main macam hari tu baik kerat bagi kat anjing ja.

Tuesday, April 12, 2011

UCL Quarter Final 2nd Leg

Tumpuan utama aku ofkos la match Man Utd vs Chelsea kt Old Trafford. 1st leg hari tu dh menang 1-0 jaringan Wayne Rooney. Harap2 malam ni kat home Rooney skor lagi. Aku predict Man Utd mng 2-0 dgn line up Van Der Sar (GK), O'Shea (DF), Smalling (DF), Vidic (DF), Evra (DF), Carrick (MF), Giggs (MF), Nani (WF), Valencia (WF),Hernandes (ST), Rooney (ST)...

GGMU

Rooney-goal celebration

Untuk match lain malam ni Shakhtar Donetsk Vs Barcelona kat Donbass Arena dgn aggregate 1-5.
Lagi dua match malam esok Schalke 04 Vs Inter Milan di Veltins-Arena dgn Aggregate 5-2 dan Tottenham Hotspur Vs Real Madrid di White Hart Lane dgn aggergate 0-4.

Thursday, December 23, 2010

AFF Piala Suzuki 2010

Malaysia masuk final selepas dah 14 tahun. Mungkin mutu bola sepak Malaysia dah makin meningkat atau corak permainan bertahan Malaysia atau permainan yang pasif membuatkan Malaysia bernasib baik untuk layak ke final. Apa pun kita tunggu keputusan final nanti. Adakah corak bertahan Malaysia mampu menyekat serangan Indonesia yang pantas. Tapi aku tengah pikir lagi ni final nanti nak layan kat tv ke nak g stadium. Adoi bnda ni pn blh wat semak kepala otak. Kalau tgk kat tv kne bayar harga makanan je lebih kurang 6hinggit. Perut pn kenyang. Kalau g stadium kene bayar 30hinggit tiket. Kalau lapar kene beli berger samai 6hinggit. Dah la roti xbakar daging belah 2 memang tak kenyang. Baik tgk kt tv je kan. Duit tu blh wat main badminton plak. *pandai gak kn kepala otak aku pikir.haha.

Ok cukup la tu aku mengarut. Nak cite pasal piala Suzuki sebenarnye.

Nama asal Suzuki Cup ni dulu2 Tiger cup. Macam mana dapat nama Tiger cup aku pn tak tau. Malas nk wiki. Sape2 rajin cari la sendiri ye. Aku nk ckp pasal Suzuki cup je. Suzuki cup ni dapat nama sebab syarikat suzuki bermurah hati untuk meneruskan sponsor diorng untuk piala ni. Simple je sebab dia.haha.

Macam yang aku ckp tadi Malaysia dh 14 tahun tak masuk final tu kira sekali dengan Tiger cup la sebab kejohanan yang sama gak. Nama je dh lain. Last final Malaysia tahun 1996. Malaysia kalah. Dengan sapa aku xtau. Time tu aku tak tgk bola lagi. Nak cari aku malas.hehe. Indonesia pulak dah masuk kali keempat masuk final. Tapi tak penah menang pn. Suzuki ataupun Tiger cup ni Thailand, Vietnam dgn Singapore je penah menang. Tapi juara bertahan Vietnam dah Kalah dgn Malaysia. So Malaysia ada harapan kot nak menang walaupun match peringkat kumpulan Indonesia dh bedil Malaysia 5-1. Mungkin time tu pemain Malaysia ghairah sgt kot lepas leading 1 gol. Harap defence Malaysia belajar sesuatu la dari match dulu.

Suzuki cup ni unik sikit kalau nak banding dengan kejohanan bola sepak yang lain. Kejohanan lain ada final sekali je. Tapi Suzuki cup ni ada 2 kali final. Sekali main kat Malaysia lagi sekali main kt Indonesia. So mcm tak surprise sgt la untuk final yang pertama ni sebab ada 90 minit lagi lepas tu.

So apa pun harap2 pemain Malaysia dapat fokus untuk kedua-dua final nanti. Jangan buat kesilapan bodoh mcm gol sendiri ke bagi penalti free ke kuti kad merah banyak ke. Skor gol banyak2 yang penting. Lepas tu main la bertahan puas2.



* Tak sabar tunggu Ahad ni nak tgk final pertama lepas tu final kedua pulak hari rabu 29 dis 2010. Norshahrul Idlan Talhah menjadi tonggak kekuatan serangan Malaysia





Sunday, August 15, 2010

new season

semalam EPL dh start match 1st..ada 8 match semalam..chelsea start liga dengan menang besar ke atas west bromwich albion..tapi apa aku kisah..malam ni man utd plak main.lwn newly promoted newcastle united..aku xharap pun man utd mng besar macam chelsea..1-0 pn dh cukup..yeah...

tp season ni aku excited sangat nk tgk prestasi blackpool..blackpool ni aku pnh guna dalam game football manager..so one of my favorite team la..hopefully dapat la stay kt epl lama2 lpas menang bergaya 1st match semalam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...