Saturday, September 3, 2011

Cerita Ogos

Sebab dah lama sangat tak update blog ni so rasa macam nak update untuk sebulan terus.
Pada 1 hari bulan kemerdekaan kita tahun ini kita turut dimerdekakan dari hasutan iblis dan syaitan sebab dirantai oleh Allah pada bulan puasa. So boleh cakap double merdeka la. Tapi kita tetap kena usaha untuk merdekakan diri dari belengu hawa nafsu pulak dengan mengerjakan ibadah puasa disamping mengerjakan ibadah-ibadah yang lain seperti sunat terawih dan membaca alQuran. Harap kita semua dah berjaya la pada bulan puasa hari tu. Baru la raya kita pada hari ni menjadi lebih bermakna.

Sebenarnya bulan ogos ni jugak aku tunggu satu benda lagi. Bermulanya musim baru EPL. Boleh tengok bola pada hujung minggu. As a die hard fan memang ni yang di tunggu-tunggu selepas kejuaraan Man Utd musim yang lepas. Harap-harap musim ni Man Utd terus menjadi juara. Tanda-tanda dah nampak. Man Utd dah bermula garang awal-awal lagi musim ni tak macam musim-musim lepas. Mungkin semangat team muda kot. Tapi yang paling aku tak boleh lupa kemenangan 8-2 dengan Arsenal baru ni time aku nak balik kampung. Dapat aku balik kampung dengan hati yang senang. 

Selain tu dalam bulan gak aku agak struggle memburu kerja. Kalau tak ada kerja tak ada duit la nak beraya nanti. Memang tak bes beraya tak ada duit. Nanti jumpa kazen yang kecik-kecik lagi tu asyik minta duit raya je. Nasib baik la ada gak yang nak amik kerja semantara sampai raya je dengan gaji yang ok. Satu hari RM60. Tapi aku kerja 10 hari je. Kira lepas la tu nak buat beraya kan. Kerja aku tu sebagai merchandiser untuk F&N. Tapi aku kerja under agen. Tak direct dengan F&N. Mula-mula kerja rasa macam sangat senang. Tapi semakin dekat nak raya ramai orang nak borong air memang boleh rasa nak gila kerja. Penat. Dah la bulan puasa. Tapi teruskan kerja gak sebab nak duit raya.hehehe.

Dah 10 hari kerja tinggal aku 2 orang je lagi kat umah sewa tu tak balik lagi. Tapi member aku tu nak balik pagi raya. So aku sorang-sorang la balik naik motor kali ni. Walaupun bosan sorang atas highway tu selama 12 jam aku berjaya gak sampai dengan selamat. Semangat nak balik raya mengatasi segala-galanya. Tapi hari  raya tu aku tidor je setengah hari sebab kepenatan balik malam tu. Tapi yang penting pagi tu sempat solat raya di kampung. Sempat gak g jalan-jalan rumah saudara terdekat sebelum pengsan sementara.

Rasa-rasanya dah tak dak apa nak cite lagi kot. Sampai di sini saja kali ni.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir & Batin. Semoga raya kali ni bukan menjadi medan kita menyabung nyawa samada di jalan raya atau sebab main mercun. Hargailah nyawa & keselamatan diri dan yang tersayang.

1 comment:

  1. Bro, mcm mne krja as a merchandise f&n tu ea?? Dan mcm mne nk thu yg tu krja under ejen ke x bro,,hihi sory tnye bro

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...