Laksa-gambar hiasan |
Raya dah berlalu beberapa hari tapi kita masih di bulan Syawal. So mood raya ada lagi sikit-sikit. Sebenarnya nak update pasal makanan masa raya ni lama dah. Tapi disebabkan ketiadaan internet terpaksa la ditangguh sementara. Biar lambat asalkan ada. Peribahasa yang baru je terpikir sendiri. hehehe.
Pada raya tahun ni, selain dihidangkan dengan ketupat,rendang,serunding dan biskut raya yang pelbagai tu ada satu menu yang hampir semua rumah aku pergi ada makanan tu. Laksa. Lepas sembahyang raya je dah makan laksa. Lepas tu laksa lagi sampai ke petang. Aku ingatkan hari raya 1st je makan laksa. Raya 2nd pun laksa lagi. 3rd pun laksa lagi. Macam semua orang dah berpakat ja nak buat laksa je tahun ni. Mungkin ke?Hanya mereka-mereka dan keluarga je yang tau. Aku tak tanya pulak.
Tapi tak kisah la makan laksa je pun sebab setiap orang lain masakannya. So rasa pun macam-macam. Tapi semua pun sedap la. Nasib baik rumah aku wat kelainan sikit. Mak aku masak mee kuah. So tak la kebosanan dengan laksa je.
**Agak-agak kalau sempat beraya lagi tahun depan apa pulak makanan yang orang banyak hidang kn. Kalau boleh request aku nak pasta. hahaha.
peribahasa baruuu! :D
ReplyDeletetahun depan masak la pasta. ^^V
ala xpyh tgu thn depan la...mgu depan pn boleh la..hehe
ReplyDeletetunggu raya tahun depan la. :D
ReplyDelete