Wednesday, January 26, 2011

Kisah ULAR HITAM


Assalamua'laikum..

Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah …
Kisah Benar..
kisah yang boleh kita renungkan bersama   serta jadikan panduan   dalam diri kita ini.
Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika  atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya, Makkah.

Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia. Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer   dari Masjidil Haram selepas solat zuhur. Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati se ekor ular  yang berwarna Hitam  sebesar peha bersisik tebal telah berada  di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut).
Subhanallah..

Keadaan ular tersebut amat menggerukan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam  memandu dari situ (8 km Jauhnya). Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya Ular Hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ.

Allahuakbar …

Mereka mengambil keputusan untuk memindahkan  serta mengangkat ular tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit   dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita  itu (yang peliknya Ular Hitam itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka).

Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan masuk  meluru ke dalam kubur wanita itu. MasyaAllah (seperti menjunam kedalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur). Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana Ular Hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah itu.

Subhanallah.Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan Solatnya.

Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah. Ini baru seksaan di dunia akibat melewatkan solat.

Bagaimana kalau tak solat..?

Sumber: Zun Nun Al Misri

Belum masanya lagi...

Satu gol je lagi Dimitar 'super' Berbatov nak hatrik lagi sekali minggu ni

Minit ke 16 aku sampai je kt Faris Maju (mapley tempat aku lepak tengok bola) Craig Cathcart baru je skor gol untuk Blackpool.Dalam hati cakap awal lagi ni.Kejap lagi Man Utd balas balik la tu.Lepas dah order air tengok Man Utd main teruk je aku rasa.Tengah macam xde org je.Aku dah syak mesti Gibson punca Man Utd main teruk.Minit 43 Gibson dah bagi bukti yang aku syak tu memang betul.Boleh pulak dia tolong payung 1 gol kat Dj Campbell.So, 1st half habis dengan Man Utd ketinggalan 2 gol.Memang berharap sangat Ferguson tukar Gibson or Fletcher dengan uncle Giggs.

Start je 2nd half memang Ferguson memahami kehendak fan Man Utd.Gibson keluar Giggs masuk.Sekali lagi Giggs membuktikan kenapa Fergusan perlu sambung lagi kontrak dia lagi setahun.Banyak peluang yang Giggs create tapi 1 je yang dapat convert jadi gol oleh Chicharito.Minit 66 giliran Rooney pulak keluar lepas xde impact sangat dalam game.Supersub Javier Hernandez aka Chicharito masuk dengan penuh semangat.Dengan larian pantas dapat lepas perangkap offside untuk skor gol penyamaan hasil umpanan kemas uncle Giggs.2 minit sebelum tu Berbatov dah skor gol pembukaan minit ke 72.

Aku dah semakin semangat nak tengok.Tapi Rafael pulak terpaksa keluar sebab cedera kene langgar dengan Marlon Harewood.Cuak gak defence keluar masuk midfield,Anderson.Tapi minit 88 sekali lagi Berbatov skor selepas dapat hantaran terbaik dari midfield terbaik Paul Scholes.Tapi ada masa kecederaan pulak 10 minit.Paling lama aku pernah tengok.Harap2 Berbatov skor lagi untuk hatrik tapi xde la pulak.Berpuas hati je dengan kemenangan 3-2 dengan Blackpool.

Berbatov meng-tap masuk  hantaran Fletcher


great winning goal-Dimitar Berbatov

Belum masanya lagi untuk Man Utd kalah musim ni.
Man Utd unbeaten for 23 game in EPL.
~Glory Glory Man Utd ~

Tuesday, January 25, 2011

Chicken chop:Hajat tak kesampaian

Chicken chop murah dan sedap member aku bagi tau time tengah tengok Man Utd vs Birmingham.So aku dengan beberapa member yang lain pn mcm tertarik gak la.Dia ckp kedai tu area rumah dia je kt seksyen 7 Bangi.So boleh je la nk pi makan kat situ.Lepas main futsal semalam (Ahad) ada yang bagi cadangan nk diner chicken chop je hari ni (Isnin).Semua pn on je nk join.

Aku pulak mmg tak sabar nk g mkn.Dah lama kot terasa nk makan.So plan la nk pg pukul 10 n semua setuju.Agak2 dalam pukul 10 lebih sket2 semua cpt je siap nk g makan.Semua lapaq kot.So pg la ramai2 naik motor ja.Dah sampai cepat je masuk kedai nk order.

Tapi bila cakap kt pelayan tu nk makan chicken chop boleh pulak dia cakap tukang masak western yang buat chicken chop tu cuti hari ni.Apa lagi semua pn down la sket.Aku pulak terus g beli burger ayam kat tepi jalan tu + nasi lemak kedai tadi.Makan je la apa yang ada.Walaupun tak dapat chicken chop at least ada gak member yang belanja kerang bakar.  :))

dalam kepala aku dh terbayang dh chicken chop ni-gambar hiasan ihsan en.google
kerang bakar pengubat duka.haha

Monday, January 24, 2011

Bowling KPTA

Tournament bowling.Aku rasa dh lama kot xmain bowling.Dalam 4-5 bulan gak rasanya.Asyik main badminton n futsal je.Tibe2 je ada tournament plak.Tapi main je la sebab main pn untuk suka2 je.Tournament ni anjuran Kelab Pelajar Tahun Akhir & Alumni (KPTA) IZISH mmg tujuan ntuk enjoy je pn.Tournament ni wat kt warta bangi 22Jan2011.Walaupun tempat ni byk sgt kekurangan dari segi bola n lane tp stil dpt enjoy bile dh main ramai.44 org yang join main 2 frame je n tempat tu dh mcm tmpt ktorg je.Meriah sgt.

1st frame aku sgt2 teruk.87 pin je.worst ever kot.Aku mmg xbiasa guna bola berat sgt tp terpaksa guna gak sbb tu je bola yang tinggal.Paling ringan pn 11 tp dh pecah sket.Susah nk baling betul2.teruk gak la kene bahan dgn mber2 laki sbb dpt plg rendah untuk lelaki.Tapi 2nd frame mcm dh biasa sket dgn bola yg pecah2 tu.So dpt la tinggi sket.144 pin je.2nd highest ntuk 2nd game.haha.Tapi xdpt la nk menang overall.Grup pn xdpt menang gak.Dapat last kot.huhu

Grup aku: PRADA (awat muka aku mcm tu.huhu)



bergambar dgn hamper org jela. *tp mcm xbes je hamper tu.ptt la xsmgt nk mng.haha
Lagi gambar2 pemenang

Juara perempuan-icazain
Juara lelaki-helmi
Tempat kelima kategori grup
Tempat keempat-grup prospek emas
Tempat ketiga
Tempat kedua-amik hadiah sendiri.haha
champion
KPTA-aku xde dlm gmbr sbb tgk ckp fon.huhu

Wednesday, January 5, 2011

Nani comeback



nani selepas injured-1 assist 1 gol

Manchester United vs Stoke City = 2-1

2011

Salam tahun baru 2011. Sepatutnya entry ni dh 5 hari keluar tapi malas nak menaip. So lambat la sikit. Hari ini dah 5 hari kita melangkah ke tahun 2011 dan dah sebulan masuk dalam tahun baru hijrah 1432. Semoga 2011 dan 1432 ni memberi lebih kejayaan kepada kita khususnya umat Islam di Malaysia ni.

Sekarang ni dah jadi macam adat pulak rakyat negara kita menyambut tahun baru. Menyambut tahun baru ni tak salah kalau disambut dengan penuh kesyukuran kepada-Nya. Tapi sangat susah nak tgk kalau orang kita ni nak sambut tahun baru macam tu terutamanya sambutan tahun masehi. Kalau tahun hijrah tu memang ada walaupun segelintir je yang sambut. Itu pun berapa ramai sangat golongan muda yang terlibat. Kalau sambutan tahun baru masehi ni tak payah suruh. Awal2 lagi dah tunggu kat mana2 dataran or stadium sebab nk tgk konsert sambutan tahun baru. Kat  tempat konsert memang sah2 la campur lelaki dan perempuan tak kira muda ke tua. Tak cukup dengan konsert ditambah lagi dengan arak. Anak2 muda MELAYU sekarang ramai yang dh minum air kencing syaitan tu mcm minum teh je. Dah takdak rasa bersalah or at least rasa malu malah berbangga lagi. Kalau dah mabuk bercampur pulak lelaki perempuan tak hairan la kalau bulan 9 ni banyak kes buang anak. Kalau kerajaan sediakan tempat khas lagi la menjadi2 kes buang anak ni.Benda ni ada kawan yang cerita. Diorang sendiri tengok sebab diorang ada pergi berdakwah masa malam sambutan tahun 2011 baru2 ni.

Dengan keadaan anak muada sekarang macam mana negara nak lahirkan pemimpin untuk masa depan untuk anak2 cucu kita. Macam mana negara kita nak terus membangun sebagai negara Islam yang maju dan produktif di persada dunia. Kalau minda anak2 muda sekarang dah dijajah dengan budaya yang tak elok macam tu lama2 dah tak ada lagi yang nak mewarisi budaya melayu kita dan terus membangunkan Islam di bumi Malaysia ni.

So sebagai generasi muda sama2 la kita berusaha untuk membanteras gejala2 tak elok ni. Antara usaha2 yang boleh dibuat macam berdakwah pada malam tahun baru yang ada kawan2 saya yang terlibat. Dengan cara tu Alhamdulillah kita dapat menarik segelintir anak2 muda yang masih ada cahaya Islam dalam hati diorang untuk kembali ke jalan yang diredhai-Nya.

 
kan bagus kalau ramai2 macam ni pergi masjid-gambar dari sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...