Wednesday, January 26, 2011

Belum masanya lagi...

Satu gol je lagi Dimitar 'super' Berbatov nak hatrik lagi sekali minggu ni

Minit ke 16 aku sampai je kt Faris Maju (mapley tempat aku lepak tengok bola) Craig Cathcart baru je skor gol untuk Blackpool.Dalam hati cakap awal lagi ni.Kejap lagi Man Utd balas balik la tu.Lepas dah order air tengok Man Utd main teruk je aku rasa.Tengah macam xde org je.Aku dah syak mesti Gibson punca Man Utd main teruk.Minit 43 Gibson dah bagi bukti yang aku syak tu memang betul.Boleh pulak dia tolong payung 1 gol kat Dj Campbell.So, 1st half habis dengan Man Utd ketinggalan 2 gol.Memang berharap sangat Ferguson tukar Gibson or Fletcher dengan uncle Giggs.

Start je 2nd half memang Ferguson memahami kehendak fan Man Utd.Gibson keluar Giggs masuk.Sekali lagi Giggs membuktikan kenapa Fergusan perlu sambung lagi kontrak dia lagi setahun.Banyak peluang yang Giggs create tapi 1 je yang dapat convert jadi gol oleh Chicharito.Minit 66 giliran Rooney pulak keluar lepas xde impact sangat dalam game.Supersub Javier Hernandez aka Chicharito masuk dengan penuh semangat.Dengan larian pantas dapat lepas perangkap offside untuk skor gol penyamaan hasil umpanan kemas uncle Giggs.2 minit sebelum tu Berbatov dah skor gol pembukaan minit ke 72.

Aku dah semakin semangat nak tengok.Tapi Rafael pulak terpaksa keluar sebab cedera kene langgar dengan Marlon Harewood.Cuak gak defence keluar masuk midfield,Anderson.Tapi minit 88 sekali lagi Berbatov skor selepas dapat hantaran terbaik dari midfield terbaik Paul Scholes.Tapi ada masa kecederaan pulak 10 minit.Paling lama aku pernah tengok.Harap2 Berbatov skor lagi untuk hatrik tapi xde la pulak.Berpuas hati je dengan kemenangan 3-2 dengan Blackpool.

Berbatov meng-tap masuk  hantaran Fletcher


great winning goal-Dimitar Berbatov

Belum masanya lagi untuk Man Utd kalah musim ni.
Man Utd unbeaten for 23 game in EPL.
~Glory Glory Man Utd ~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...