Dah lama aku rasa blog aku ni aku tak jenguk. Tapi nak buat macam mana kan. Nak update tapi tak ada idea nak tulis apa pulak. Nak sesuka hati pun susah. So malam ni lepas dah penat beraktiviti rasa nak menaip la sikit. Taip pasal aktiviti malam. Bukan aktiviti tak sihat. Aktiviti yang sangat sihat ni.
Sebenarnya baru balik main badminton lepas dah dekat sebulan tak main. Boleh tahan penat. Tapi yang lagi teruk tu pukul shuttle pun dah kurang power macam dulu walaupun dulu tak la power sangat pun.hahaha. Dalam 6 game double yang aku main ada la menang 3 kalah 3 lepas dah bersusah payah berusaha. Ada la gak menang dari tak de langsung. Ok la tu kan.
So bila dah penat macam ni mata pun dah ngantuk pun sebenarnya time menaip ni. Tapi saje gatal nak taip gak. hehehe. So pengajaran dalam entry ni sebenarnya nak cakap untuk sentiasa mantap dalam apa pun benda yang kita buat kita kena la sentiasa buat benda tu selalu. Kalau dah tinggal-tinggal mesti la prestasi kita akan menurun tak kira la dalam bidang sukan ataupun kerja macam kata pepatah omputeh "practice make perfect". Selamat beramal.
No comments:
Post a Comment