Thursday, May 19, 2011

Kongsi : Lu Langsi Lu Mati

Kongsi movie arahan kedua pengarah muda Farid Kamil dikatakan berjaya mengutip lebih RM 1 juta pada hari pertama or minggu pertama tayangan, mana satu aku pun tak sure. hehehe. So, aku dengan lagi 4 orang member sangat teruja nak tengok. Hari Isnin lagi dah gi beli tiket kat Alamanda untuk tiket hari Rabu. Beli awal sebab takut habis. Rabu kan tiket murah. Plan asalnya nak tengok dua movie, Kongsi dengan Fast & Furious 5 tapi tak jadi sebab masa tak sesuai. Kalau aku yang decide memang kompom aku nak tengok Fast & Furious 5 sebab cite feveret aku. Tapi dah decide ramai-ramai kena ikut majoriti la. Tengok Kongsi. Tak kisah la janji ada gak hiburan. Tapi bila dah keluar panggung ada je suara member-member aku yang tak puas hati dengan cite tu. Kenapa? Jap lagi aku cite..
Kongsi : Lu Langsi Lu Mati
Kongsi mengisahkan tentang seorang pembunuh upahan yang bernama Tumulak datang dari Thailand ke KL sebab nak porak-perandakan dunia kongsi gelap KL. Dunia kongsi gelap KL dipegang oleh 3 taiko besar, Pak Maliki-melayu, Jimmy-cina & Victor-india. Pembunuhan yang dilakukan Tumulak mencetuskan pergaduhan antara geng. Melayu tuduh india, india tuduh cina sampai la polis undercover, Insp. Yati berjaya menghalang pembunuhan ketiga Tumulak baru la suspek utama diketahui. So tiga-tiga geng kongsi gelap bersatu memburu Tumulak. Satu Malaysia la konon. Tapi Tumulak tak dapat ditangkap gak walaupun dah buru ramai-ramai. Selain tu Tumulak nak balas dendam kat Insp. Shariff sebab menyebabkan dia terpaksa bekerja seumur hidup dengan Kempedu, taiko Thailand. Tapi akhirnya dia ditangkap polis gak walaupun dah ligat atas jalanraya lari dari polis. Dia ditangkap sebab wat silap bodoh...The End...

Komen aku : 
  1. Bagi aku cerita ni tak ada motif yang kuat. Aku tak faham kenapa Kempedu suruhTumulak datang KL nak porak-peranda KL? Apa masalah Kempedu dengan kongsi gelap KL.?Apa kaitan ketua Kongsi gelap dengan cite ni?
  2. Movie ni aku tak nampak kat mana klimaks dia. Tak nampak plot. Maybe sebab tak ada motif utama cerita ni.
  3. Movie Malaysia sama je dari dulu. Macam mana hebat pun last-last kena tangkap dengan polis gak. Bosan la macam ni. Tak ada kelainan. Ending sangat sampah. Teater punya ending lagi bes kot. Yang paling obvious tu nak save bajet.
  4. Ramai orang tengok sebab pelakon utama Shaheizy Sam.
  5. Aku rate movie ni 3/5.
  6. Aku menyesal tengok movie ni. Tak berbaloi RM7 aku. Baik tengok Fast & Furious 5 RM6 je. Kompom berbaloi-baloi.
  7. Harap KL Gangster ada kelainan.
So ni pandangan aku je. Kalau orang lain rasa cite ni ok tak kisah la. Tu pandangan dia.So sape yang rasa nak tengok tu tengok la aku tak halang walaupun aku cakap movie ni tak bes.

Mood : Tunggu Fast & Furious 5 DVDRIP keluar aku nak download.

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...