Sunday, June 19, 2011

Maaf Maaf & Maaf

Mintak maaf la dh lame tak wat entry kt blog ni. Dah seminggu lebih. Minggu lepas ada masalah sikit. Masalah tak sihat. Mula-mula sakit tekak je dulu. Dah tu demam. Tak sempat baik demam selsema pulak datang sekali harung dengan batuk. Suara pun tak keluar lagi dah. Nak bercakap pun susah. So beli la Dequadin dengan harapan terus boleh ada suara. Tapi lepas dah nak habis sekotak br ada suara sikit. Iklannye melampau. Tapi nak wat macam mana kn. Dah nama pun iklan.haha..

Time batuk dengan selsema dok ada lagi sikit-sikit aku balik kampung pulak. Memang la tak boleh nak wat entry sebab tak ada tenet. Tapi kat kampung ada buah-buahan. Walaupun batuk ada lagi aku balun gak rambutan 2 3 biji. Wat ubat.haha. Tapi lepas tu dah tak batuk. Ok la macam tu kn. Yang paling banyak aku makan manggis la. Dah lama sangat tak makan. Durian pun sama. Tapi dapat makan sebijik je sebab durian tak luruh lagi. Nak wat macam mana rezeki yang tu je. Tapi puas sebab sedap.

Lepas balik dari kampung terus g katering. Tak nak pg pun dah janji dengan member. Layan je la walaupun lepas turun bas terus g katering. Baru ada cabaran sikit n boleh tambah penat tahap maksimum sampai nak makan pun tak de selera. Nasib baik lepas mandi ada balik selera. Dapat gak makan nasi lemak peparu. Lepas magrib terus tumbang. Penat sangat. So pagi ni dapat la gak bangun awal walaupun tak awal macam biasa. Rasa bertenaga sikit. Boleh la kot jogging seround dua.

Thursday, June 9, 2011

LOMOGRAFI

Bila kita sebut LOMO atau Lomografi mungkin masih ramai yang tertanya-tanya apa itu LOMO?Pada zaman yang serba canggih dan moden ni sudah semestinya gajet-gajet digital yang menjadi pilihan bukan saja disebabkan fungsi yang berbagai malah mudah digunakan walaupun harga agak mahal. Tapi di zaman serba moden ni tak menghalang seni lomografi dari terus mendapat sambutan kerana keunikkannya yang tersendiri.

Apa itu LOMOGRAFI?Lomografi sebenarnya merupakan salah satu cabang fotografi yang menggunakan kamera analog atau dengan kata lain menggunakan filem. Mungkin 10 tahun lepas kamera filem masih popular dalam masyarakat kita. Tapi sekarang seni kamera menggunakan filem kembali popular dengan nama LOMO ataupun Leningradskoye Optiko-Mechanichesckoye Obyedinenie (penggabungan mekanikal Optik Lenigrad). Seni lomo bukan la sekadar menggunakan filem tapi penggunaan pelbagai jenis kamera yang mampu menghasilkan efek tertentu. Apa yang uniknya adalah efek-efek tu boleh dilakukan tanpa di edit dengan apa-apa perisian macam Adobe Photoshop. Efek-efek tersebut asli dan unik dan setanding dengan hasil dari kamera digital.

Disebabkan lomo menggunakan filem, hasil tak dapat kita tengak dalam kadar segera. Sebab tu untuk menghasilkan gambar yang cantik pelbagai eksperimen perlu dilakukan. Dengan itu rule lomo "dont think, just shoot " sangat sesuai. Oleh itu hasilnya adalah tak dijangka dan mampu memberi kepuasan.
Recesky TLR & HOLGA

Untuk mendapatkan hasil yang berbeza pelbagai jenis kamera lomo terdapat di pasaran seperti Holga, Diana F, Twin Lens Reflex (TLR),LC-A, Lubitel, Yashica, dan banyak lagi. Untuk menambah efek gambar yang di ambil boleh menggunakan aksesori tambahan seperti lensa fisheye,pinhole , black corner , dan flash yang terdapat color filter. Selain tu boleh juga menggunakan filem yang berbeza seperti filem black &white, color negative, dan filem expired. Selain tu terdapat juga teknik seperti double exposure iaitu kesan khas yang menggabungkan dua gambar.

Sekarang di Malaysia seni lomografi dah makin popular dan mempunyai komuniti tersendiri seperti Lomokid. Untuk mengetahui lebih banyak boleh la tengok kat page LOMOKID sendiri.

Ok dulu setakat ni untuk pengenalan kepada LOMO. Lepas ni aku buat entry lagi pasal lomo yang aku baru beli DIY Recesky TLR.

Contoh gambar LOMO

Black n White
Color Negative
Double Exposure
Fish Eye
Expired Film
Pinhole


Sunday, June 5, 2011

Apabila KeSEDAPan Melampau

Kalau cakap pasal sedap ni semua orang nak sedap je dalam semua benda. Makan nak sedap. Tidur nak sedap. Hidup nak sedap. Semua benda la nak sedap sebab yang tak sedap tu mesti tak bes kan. Kalau makanan tak sedap nak makan pn tak ada selera. Tidur tak sedap mesti tak nyenyak tidur. So sebenarnya nak sedap dalam hidup ni tak salah. Kalau kita berusaha dan dapatkan keSEDAPan tu secara baik memang kesedapan tu akan jadi hak milik kita dengan izin Allah. 

So apa  pulak keSEDAPan yang melampau? Kesedapan melampau ni sebenarnya apabila kita mendapatkan kesedapan tu dengan cara yang salah. Contohnya kita mencuri semata-mata nak beli makanan yang sedap yang kompom mahal kan. Kalau dalam contoh tidur pulak kita tidur secara berlebihan semata-mata memikirkan sedap tidur tu walaupun sebenarnya memudaratkan diri kita sendiri.

Tapi kali ni sebenarnya nak cakap pasal keSEDAPan yang lain yang menjadi masalah dalam masyarakat Islam di negara kita. Remaja-remaja yang tertulis sebagai Islam dalam kad pengenalan tapi cara hidup? Yang tu korang sendiri pikir la. Aku tak nak judge lebih-lebih. Antara keSEDAPan melampau yang dicari anak-anak remaja sekarang adalah keSEDAPan hubungan seks sebelum KAHWIN. KeSEDAPan palsu yang mereka tak sedar. Tau SEDAP je. Bila perut dah berisi baru nak gelabah. Hasilnya bersepah mayat bayi yang tak berdosa kita jumpa tiap-tiap hari tak kira tempat. Tong sampah, hutan, surau, masjid, bawah apartment. Kadang-kadang si kecil tu dah dimakan anjing atau binatang buas tak pun dah dihurung semut. Hanya disebabkan keSEDAPan palsu yang dikejar. Padahal dalam Islam dah diberi jalan untuk menikmati keSEDAPan tu secara mutlak. KAHWIN.

Baru-baru ni kita dikejutkan lagi dengan penemuan mayat BAYI yang cukup sifat tapi kepala dah pecah. Otak dah terburai akibat dicampak dari apartment. Tali pusat pun ada lagi. MasyaAllah. Semua ni akibat nak cari yang sedap je. So bila dah jadi macam ni sape yang salah sebenarnya? Mak Bapa? Sekolah? Kerajaan?


Sebenarnya kita tak perlu tuding jari kat sape-sape. Masyarakat kita sendiri yang salah. Sebab tu ada anak gadis berusia 14 tahun boleh mengaku dah tak ada dara sebab melakukan hubungan seks tanpa segan silu. Tanpa takut lagi. Kenapa? Sebab kebanyakan masyarakat ambil tak kisah. Kononnye kolot la menyibuk hal orang lain. Baik jaga tepi kain sendiri je. Bukan ke lebih baik kalau kita lebih prihatin tentang masalah ni. Adakah benda macam ni akan terjadi kalau Islam diamalkan secara betul? Jika Islam dipraktikkan dalam kehidupan harian mesti benda macam ni boleh dielakkan. Jangan Islam bila nak solat Jumaat je. Time nak Raya je.

 Islam perlu walaupun di tempat kerja,di sekolah, di universiti atau dimana-mana saja sebab Islam tu unik. Flexible. Mencakupi segala ruang kehidupan kita sepanjang zaman. So kembali la ke jalan Allah untuk menyelesaikan penyakit masyarakat kita hari ni.

So apa yang baik tu datang dari Allah dan harap maaf kalau ada yang tersalah. Semoga kita diberkati-Nya.

**
Untuk maklumat lanjut pasal bayi dicampak dari apartment tu tengok sini

Saturday, June 4, 2011

Maharaja Lawak Minggu 10

Ok ni 1st time aku nak wat entry pasal Maharaja Lawak. Dulu tak minat sgt pn. Tapi bila dah try tengok macam bes la pulak. Dah tu tiap2 minggu memang tak miss la tengok. Kalau tak tengok pun mesti download la. Sekarang ni semua benda dah senang nak download. Sape2 yang tak sempat tengok minggu ni nanti aku bagi link. Bukan malam ni tapi esok la kot. Harap bersabar.hehe

Untuk minggu ni Maharaja lawak dah mula siri jelajah Maharaja Lawak. Minggu ni kat Penang International Sport Arena (PISA). Minggu depan dan seterusnya aku tak ingat kat mana. Minggu depan je aku bagi tau.haha.

Seperti yang dijangka dalam minggu jelajah ni tak akan ada penyingkiran dan memang hari ni tak ada penyingkiran walaupun ada je yang wat lawak macam hampeh macam R2 dengan Nabil. Aku tak tau kenapa sekarang Nabil macam dah hilang sengat. Dah tiga minggu aku rasa sangat bosan. Tapi Jambu memang terbaik. Sepah tak mengecewakan. Jozan sentiasa konsisten. Bagi aku tiga ni je calon juara. Kita tunggu la sampai minggu akhir nak tau sape juara ye.

Ok berbalik kepada PISA, sambutan sangat meriah dan cameraman memang pandai malam ni cari penonton yang lawa2 je. Sikit-sikit tunjuk penonton perempuan. Muka penonton lelaki yang masuk pun sebab dia dok sebelah permpuan tu. Tumpang tuah sikit la. Mungkin tu strategi Astro nak tarik penonton lelaki? Aku pun tak tau la. Tapi dengan lawak-lawak tu pn dah mampu tarik ramai penonton sebenarnya.

Lagi satu yang aku perasan untuk minggu ni peserta cuba nak tiru loghat  Penang sebab nak tarik perhatian orang penang la kot. Macam Nabil  sgt horrible. Baik tak payah la. Aku yang org utara ni dengar pun nyampah.huh.

Itu je kot apa yang aku nak bebel.hehe..Apa pun bagi aku minggu ni yang terbaik still Jambu lagi la. All the best Jambu.

 ****
update update..
sap2 nak download  amik sini


Credit to PiratesHead

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...