Bila kita sebut LOMO atau Lomografi mungkin masih ramai yang tertanya-tanya apa itu LOMO?Pada zaman yang serba canggih dan moden ni sudah semestinya gajet-gajet digital yang menjadi pilihan bukan saja disebabkan fungsi yang berbagai malah mudah digunakan walaupun harga agak mahal. Tapi di zaman serba moden ni tak menghalang seni lomografi dari terus mendapat sambutan kerana keunikkannya yang tersendiri.
Apa itu LOMOGRAFI?Lomografi sebenarnya merupakan salah satu cabang fotografi yang menggunakan kamera analog atau dengan kata lain menggunakan filem. Mungkin 10 tahun lepas kamera filem masih popular dalam masyarakat kita. Tapi sekarang seni kamera menggunakan filem kembali popular dengan nama LOMO ataupun Leningradskoye Optiko-Mechanichesckoye Obyedinenie (penggabungan mekanikal Optik Lenigrad). Seni lomo bukan la sekadar menggunakan filem tapi penggunaan pelbagai jenis kamera yang mampu menghasilkan efek tertentu. Apa yang uniknya adalah efek-efek tu boleh dilakukan tanpa di edit dengan apa-apa perisian macam Adobe Photoshop. Efek-efek tersebut asli dan unik dan setanding dengan hasil dari kamera digital.
Disebabkan lomo menggunakan filem, hasil tak dapat kita tengak dalam kadar segera. Sebab tu untuk menghasilkan gambar yang cantik pelbagai eksperimen perlu dilakukan. Dengan itu rule lomo "dont think, just shoot " sangat sesuai. Oleh itu hasilnya adalah tak dijangka dan mampu memberi kepuasan.
Untuk mendapatkan hasil yang berbeza pelbagai jenis kamera lomo terdapat di pasaran seperti Holga, Diana F, Twin Lens Reflex (TLR),LC-A, Lubitel, Yashica, dan banyak lagi. Untuk menambah efek gambar yang di ambil boleh menggunakan aksesori tambahan seperti lensa fisheye,pinhole , black corner , dan flash yang terdapat color filter. Selain tu boleh juga menggunakan filem yang berbeza seperti filem black &white, color negative, dan filem expired. Selain tu terdapat juga teknik seperti double exposure iaitu kesan khas yang menggabungkan dua gambar.
Sekarang di Malaysia seni lomografi dah makin popular dan mempunyai komuniti tersendiri seperti Lomokid. Untuk mengetahui lebih banyak boleh la tengok kat page LOMOKID sendiri.
Ok dulu setakat ni untuk pengenalan kepada LOMO. Lepas ni aku buat entry lagi pasal lomo yang aku baru beli DIY Recesky TLR.
Contoh gambar LOMO
Black n White |
Color Negative |
Double Exposure |
Fish Eye |
Expired Film |
Pinhole |
No comments:
Post a Comment