Kalau cakap pasal sedap ni semua orang nak sedap je dalam semua benda. Makan nak sedap. Tidur nak sedap. Hidup nak sedap. Semua benda la nak sedap sebab yang tak sedap tu mesti tak bes kan. Kalau makanan tak sedap nak makan pn tak ada selera. Tidur tak sedap mesti tak nyenyak tidur. So sebenarnya nak sedap dalam hidup ni tak salah. Kalau kita berusaha dan dapatkan keSEDAPan tu secara baik memang kesedapan tu akan jadi hak milik kita dengan izin Allah.
So apa pulak keSEDAPan yang melampau? Kesedapan melampau ni sebenarnya apabila kita mendapatkan kesedapan tu dengan cara yang salah. Contohnya kita mencuri semata-mata nak beli makanan yang sedap yang kompom mahal kan. Kalau dalam contoh tidur pulak kita tidur secara berlebihan semata-mata memikirkan sedap tidur tu walaupun sebenarnya memudaratkan diri kita sendiri.
Tapi kali ni sebenarnya nak cakap pasal keSEDAPan yang lain yang menjadi masalah dalam masyarakat Islam di negara kita. Remaja-remaja yang tertulis sebagai Islam dalam kad pengenalan tapi cara hidup? Yang tu korang sendiri pikir la. Aku tak nak judge lebih-lebih. Antara keSEDAPan melampau yang dicari anak-anak remaja sekarang adalah keSEDAPan hubungan seks sebelum KAHWIN. KeSEDAPan palsu yang mereka tak sedar. Tau SEDAP je. Bila perut dah berisi baru nak gelabah. Hasilnya bersepah mayat bayi yang tak berdosa kita jumpa tiap-tiap hari tak kira tempat. Tong sampah, hutan, surau, masjid, bawah apartment. Kadang-kadang si kecil tu dah dimakan anjing atau binatang buas tak pun dah dihurung semut. Hanya disebabkan keSEDAPan palsu yang dikejar. Padahal dalam Islam dah diberi jalan untuk menikmati keSEDAPan tu secara mutlak. KAHWIN.
Baru-baru ni kita dikejutkan lagi dengan penemuan mayat BAYI yang cukup sifat tapi kepala dah pecah. Otak dah terburai akibat dicampak dari apartment. Tali pusat pun ada lagi. MasyaAllah. Semua ni akibat nak cari yang sedap je. So bila dah jadi macam ni sape yang salah sebenarnya? Mak Bapa? Sekolah? Kerajaan?
Sebenarnya kita tak perlu tuding jari kat sape-sape. Masyarakat kita sendiri yang salah. Sebab tu ada anak gadis berusia 14 tahun boleh mengaku dah tak ada dara sebab melakukan hubungan seks tanpa segan silu. Tanpa takut lagi. Kenapa? Sebab kebanyakan masyarakat ambil tak kisah. Kononnye kolot la menyibuk hal orang lain. Baik jaga tepi kain sendiri je. Bukan ke lebih baik kalau kita lebih prihatin tentang masalah ni. Adakah benda macam ni akan terjadi kalau Islam diamalkan secara betul? Jika Islam dipraktikkan dalam kehidupan harian mesti benda macam ni boleh dielakkan. Jangan Islam bila nak solat Jumaat je. Time nak Raya je.
Islam perlu walaupun di tempat kerja,di sekolah, di universiti atau dimana-mana saja sebab Islam tu unik. Flexible. Mencakupi segala ruang kehidupan kita sepanjang zaman. So kembali la ke jalan Allah untuk menyelesaikan penyakit masyarakat kita hari ni.
So apa yang baik tu datang dari Allah dan harap maaf kalau ada yang tersalah. Semoga kita diberkati-Nya.
**
Untuk maklumat lanjut pasal bayi dicampak dari apartment tu tengok sini
nice 1..
ReplyDelete