Wednesday, March 16, 2011

JUDI ITU HARAM!!!

Semalam ada terbaca dalam Berita Harian pasal Anwar Ibrahim menegur Tok Guru Nik Aziz tentang pengharaman semua jenis judi di Kelantan termasuk loteri kebajikan rakyat. Bila dah baca tu terfikir gak la ada ke loteri kebajikan rakyat dan kenapa loteri yang merupakan salah 1 jenis judi tu digunakan untuk kebajikan rakyat sedangkan judi itu haram.

So aku pun search kat google pasal loteri kebajikan tu. Rupa2nya memang pernah ada loteri tu dan sangat popular pada zaman 70an tapi ada yang dah haramkan dalam tahun 80an. Tapi sekarang tak tau la pulak ada lagi ke tak sebab dah xpernah dengar. Harap2 dah xde sebab yang haram tu tetap haram. Matlamat tak menghalalkan cara.

Kita berbalik kepada isu asal yang aku lagi xpaham ni. Kenapa Anwar marah sangat bila Tok Guru HARAMKAN judi? Apa motif perjuangan Anwar sebenarnye. Sebagai orang Islam dia sepatutnya tau judi itu haram walau dengan cara apa sekali pun. Tak perlu nak bincang apa lagi dah. Firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 90-91 yang bermaksud :

Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya meminum khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji termasuk perbuatan setan. Karena itu jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya setan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan salat. Maka maukah kamu berhenti (dan mengerjakan pekerjaan itu)." 

Dalam ayat ini dah nyata cakap judi tu haram. Tapi Anwar stil nak ajak Tok Guru berbincang tentang isu ni dengan presiden DAP gak. Harap2 Kelantan tak tunduk dengan desakkan Anwar ni. Kalo dah keluarkan lesen judi mesti pendapatan kerajaan negeri pun bercampur dengan hasil judi. Sama macam Malaysia 'negara Islam' tercinta ni. Hasil arak dgn judi je dh berbillion kot. Duit tu guna untuk rakyat. Buat itu buat ini. Mana nak ada berkat. Buat lebuhraya asyik ada orang eksiden. Jangan sampai dah turun bala baru nk berfikir mana betul mana salah. Dah terlambat.


Harap2 lepas perbincangan 3 hala tu nanti Anwar dapat berfikir sikit. Tapi kalo masih mendesak PAS 'menghalalkan' judi tu aku rasa lagi baik PAS xjoin pakatan sebab Islam adalah pejuangan PAS. Selepas Kelantan aku harap negeri aku Kedah pn turut haramkan judi walaupun lesen yang dikeluarkan tu untuk orang bukan Islam tapi tak ada pihak yang memantau pun sapa yang berjudi tu. Aku tengok ramai je orang melayu yang nama Islam masuk kedai nombor ekor. Dengan mengharamkan judi sekurang-kurangnya orang Islam dapat menjauhkan diri dari sumber haram tu.
Wassalam

Sumber dari : Kehidupan Bersih , hambali1.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...