Sebenarnya dalam kehidupan harian kita kerap berlaku prejudis dan streotaip tanpa kita sedar pun. Tak pun seseorang tu tak tau pun apa tu prejudis dan stereotaip. Mungkin tak penah belajar perkataan ni atau dah belajar tapi lupa terus lepas dah exam. Setahu aku memang ramai yang macam tu. Aku pun lebih kurang gak. Tapi aku still cuba nak apply gak apa yang aku penah belajar ni.
Prejudis
Prejudis ni bermaksud pandangan negatif seseorang atau sekelompok atau sekumpulan terhadap orang lain yang berbeza daripadanya mungkin dari segi jantina,kaum ataupun negeri. Tapi prejudis ni hanya pandangan yang tak diluahkan. Tapi disimpan dalam hati je. Selalunye prejudis ni adalah pandangan yang tak berasaskan maklumat yang jelas , tepat , atau mencukupi.
Stereotaip
Stereotaip ni boleh di takrifkan sebagai kenyataan negatif seseorang atau kelompok terhadap sesuatu kumpulan yang lain. Dengan kata lain stereotaip ni adalah luahan kepada prejudis. Apabila rasa prejudis tu diluahkan ia dipanggil stereotaip.
Prejudis vs Stereotaip
Contoh sikap prejudis dan stereotaip ni selalu kita dengar atau tengok.
Contohnya si A ni tengok ada lelaki yang tengah masak. So dalam hati dia pun terfikir la boleh ke lelaki masak. Sedap ke? lepas tu dia meluahkan apa yang terbuku tu dengan bercakap kalau lelaki yang masak mesti xbes dan tak sedap. Yang awal2 tu dia prejudis. Bila dia dah luahkan tu stereotaip.
So cukup kot 1 contoh. Aku malas nk fikir contoh lain lagi sebenarnya. Selamat beramal. :))
P/s : aku pun selalu gak prejudis dan stereotaip kalo kat atas jalan sebab aku selalu bengang dengan driver perempuan yang xreti bahasa.huhu. Kepada perempuan jgn marah ye. Bukan semua perempuan mcm tu. Segelintir je. :)
No comments:
Post a Comment