Tuesday, May 24, 2011

Biar Orang Cina Pimpin Islam

Buku ni merupakan salah satu karya Ann Wan Seng, seorang Muslim mualaf.






Sinopsis

Bagi kebanyakan orang Melayu, Islam dianggap sebagai milik dan hak ekslusif mereka. Walaupun kita acapkali mendengar ramai yang mengatakan bahawa Islam adalah agama yang bersifat sejagat tetapi pada hakikatnya ia tidak begitu. Di kalangan orang Melayu, mereka masih tidak dapat menerima kehadiran golongan Cina Muslim, India Muslim dan Orang Asli yang beragama Islam.

Bagi orang Melayu, masuk Islam adalah sama dengan masuk Melayu. Sesiapa yang memeluk Islam perlu menukar identitinya kepada Melayu, mengamalkan cara hidup Melayu, berpakaian seperti Melayu, bercakap Melayu dan berkahwin dengan orang Melayu.

Sukar untuk mereka menerima seorang muslim yang masih mengekalkan identiti dan mengamalkan budaya serta tradisi yang diwarisi sejak kecil lagi. Padahal, perkara-perkara yang disebutkan "Biar Orang Cina Pimpin Islam" itu boleh diterima oleh Islam asalkan ia tidak bercanggah dengan akidah dan bertentangan dengan ajaran Islam. Begitu juga daripada segi pemakanan, selagi mana ia halal dan toyyiban, maka tidak menjadi masalah untuk kita memakan apa sahaja jenis masakan sama ada masakan Cina, India, Arab, Afrika dan sebagainya.

1 comment:

  1. nampak menarik buku ini, penulisan seorang mualaf. Bagus untuk santapan muslim hari ini dan yang akan datang~

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...