Friday, April 29, 2011

Aku, Dia Dan Spaghetti

Hari Rabu baru ni aku terpikir nak wat spaghetti untuk miss awek sebab lepas ni cuti lama. 4bulan  tak jumpa. Tak dapat la nk masak untuk dia. So aku plan la nak wat spaghetti simple je. Guna 5 bahan je. Tapi bila dah masak dan makan aku dan dia rasa spaghetti kali ni la yang paling sedap yang pernah aku masak. Even tak guna garam sikit pun. So seharian tu memang kami makan spaghetti je la dari sarapan, makan tengah hari, dan makan malam. Sampai malam sedap lagi walaupun tak panaskan. Bangga kejap.hahaha.

Untuk bahan-bahan :
  • spaghetti (ofkos la perlu kan. :P )
  • Sos spaghetti asli prego yang dalam tin kecik tu.
  • Minced meat
  • Tomato 3biji
  • Bawang besar 2 biji (bukan holland onion k )
Sikit dan simple je kan bahan-bahan. Tak letak cendawan bagai pun.

Cara-cara :
  1. Rebus spaghetti tadi mengikut arahan yang ada kat plastik tu. Letak sikit minyak zaitun kalau ada. Tapi minyak masak biasa pun ok.
  2. Bawang besar dengan tomato dipotong dadu.
  3. Panaskan dalam setengah cawan minyak dan masukkan bawang dibiarkan garing. Lepas tu masukkan tomato. Biarkan sampai mengelegak air yang keluar dari tomato dan bawang tadi. Lepas tu masukkan daging cincang dan biarkan daging tu masak. Jangan lupa kacau nanti hangit kat bawah.
  4. Bila air dalam kuali dah semakin kering boleh la masukkan sos prego dan kacau sampai pekat.
  5. Angkat dah hidangkan bersama spaghetti yang telah direbus tadi.
Tada...dah siap dan boleh makan.
gambar hiasan


Senang je kan. Semua orang pun boleh buat la. You can try this at home.hehehe. Dah la simple jimat pulak tu. Kos untuk buat ni dalam RM15 je. Berbaloi-baloi dapat makan sampai malam, tapi untuk dua orang je la kalau nak makan sampai malam.

Ok selamat mencuba resepi ringkas aku ni. Biasa la resepi lelaki memang simple macam ni. Tak suka yang rumit-rumit.

Contengan Jalanan

Contengan Jalanan merupakan karya Hlovate yang terbaru. InsyaAllah akan berada di pasaran bulan Mei ni. Tapi sape-sape yang pergi pesta buku dah boleh beli novel ni dengan less 20%. Rugi sape tak pergi. Tapi dengar khabar novel ni dah habis stok 2 hari lepas. Hari ni baru ada stok baru kot. Tapi bookmark yang ada autograf Hlovate dh tak de kot.

I-Fend
Novel ni terbahagi kepada dua bahagian dengan setiap bahagian menceritakan dua anak muda dalam perjalanan mencari erti hidup. Kisah pertama menceritakan tentang Fend @ Affendy yang tersedar dirinya ada kurang sesuatu selepas berjumpa seorang gadis bernama Lia yang pernah hidup dalam dunia underground macam dia tetapi telah berubah. Gadis tu cakap " a man who decide to change at 12th hour die at 11th." Berbekalkan VCD tentang The 11th Hour Fend mula berfikir apakah benda yang dia akan menyesalkan kalau tak sempat buat sebelum ajal menjemput. Muzik ke? Dunia seni ke? Kahwin ke? Tapi semua tu bukan jawapan yang dicari. Dalam kekusutan tu sepupunya Chad menyajak dia backpackers ke Australia pada bulan Ramadhan. Sepanjang di sana mereka tinggal di sebuah masjid iaitu Masjid Punchbowl. Di situ Fend mula sedar erti sebenar Ramadhan yang sepatutnya diamalkan oleh umat Islam di Malaysia. Beribadat sepenuhnya disamping memenuhi tuntutan kerjaya. Tak macam di Malaysia, Ramadhan disambut dengan bazar-bazar Ramadhan, majlis-majlis berbuka puasa di hotel-hotel, kanak-kanak dengan mercun dan bunga api, kaum-kaum ibu sibuk dengan persiapan raya. Di sana dia mengisi Ramadhan dengan khatam Al-Quran, belajar hadis dan ilmu-ilmu agama di samping jalan-jalan di Sydney. Di situ juga dia bertemu Akmal, rakyat Malaysia yang belajar disana. Dia bertemu umat Islam dari pelbagai bangsa dan negara. Dia lihat cara pengamalan Islam dalam kehidupan seharian. Dengan itu dia mula sedar Addin, cara hidup Islam yang telah hilang dalam erti hidupnya. Di situ bermulalah lembaran baru dalam hidupnya dan diberi ujian yang sebaik sahaja pulang ke Malaysia untuk beraya. Untuk lebih lanjut baca sendiri ye ~ :)

II-K 2
 Untuk bahagian kedua menceritakan tentang K 2 (K-square) @ Ku Kamaruzzaman yang berasa pelik dengan perubahan rakan baiknya Fend selepas balik dari Australia. Dia sendiri tak pasti kenapa Fend yang tak pernah berpisah dengan gitar Fender dia tu tiba-tiba menggantung gitar. Dia ingat kematian sepupu Fend, Chad yang menyebabkan perubahan itu dan anggap berubah untuk sekejap je. Tapi semakin hari dia perasan cara hidup Fend semakin berubah. Semakin Islamik. Dia yang berpegang teguh dengan prinsip tak suka meniru cara hidup orang lain tu semakin tak kenal sahabat baik yang dikenali sejak kecil lagi. Apabila Fend mengajaknya backpackers ke Australia, dia ikut je sebab dia ingat mungkin sahabatnya tu nak melawat tempat yang pernah dia pergi dengan arwah sepupunya tu. Mereka tinggal di masjid yang sama. Dia berasa makin pelik bila tengok Fend semakin gembira bila berada di masjid tu. Dia mula sedar Fend berubah bukan disebabkan kematian Chad tapi ada sebab lain yang dia tak boleh nak faham. Sepanjang di situ dia rasa sangat lemas walaupun berada di darat. Tiap-tiap hari Pak Tono, rakyat Indonesia yang bermastautin di situ, asyik memberi tazkirah kepadanya walaupun dalam percakapan biasa. " Bermusafirlah kerana ilmu Allah tu sangat luas" begitu la lebih kurang kata-kata Pak Tono yang membuka hati K 2 untuk merantau ke Indonesia selepas balik dari Australia untuk mencari erti hidup yang di sendiri tak faham. Berbekalkan sketchbook yang terdapat lukisan berserta terjemahan ayat-ayat al-Quran terpilih yang dihadiahkan oleh Fend, K 2 mulakan jelajah mencari erti hidupnya. Di sana dia bertemu dengan Indra peminat muzik sepertinya. Dia menyangkakan Indra adalah anak muda jalanan sepertinya yang sama macam dia yang tak ingat tikar sejadah 5 waktu sehari. Tetapi dia tersedar semasa di Bandung apabila Indra tanya dia tak solat ke? Dengan yakin dia jawab tak dan tanya Indra balik. Di situ baru dia tau Indra rupa-rupanya beragama Kristian. Dia tiba-tiba berasa malu dengan diri sendiri dan terus ke majid berhampiran untuk solat. Dengan itu juga dia rasa dia telah jumpa erti kehidupan yang dicari-cari. Dia tak sangka dia disedarkan oleh seorang beragama Kristian. 

Begitu la sedikit sebanyak tentang Contengan Jalanan. Nak baca dengan lebih menarik beli la novelnye ye. Tak rugi. Tak macam novel-novel cinta yang melambak di pasaran tu. Karya-karya Hlovate banyak memberi pengajaran kepada kita untuk mencari keredhaan-Nya. Kadang-kadang aku rasa macam novel-novelnya sebenarnya menceritakan tentang dirinya sendiri dengan menjelmakan ke watak-watak dalam tulisannya.

Semoga kita sentiasa mencari keredhaan-Nya dalam kehidupan kita. Wassalam

Wednesday, April 27, 2011

Aku 37 Tapi Skor Kat Champion League : Ryan Giggs

Perlawanan separuh akhir pertama UEFA Champion League menjadi medan untuk Ryan Giggs membuktikan umur bukan penghalang untuk beraksi dan menjaringkan gol di pentas eropah. Walaupun beberapa percubaan awalnya gagal menemui sasaran sebab guna kaki kanan tapi akhirnya pada minit ke 67 dia dapat peluang menggunakan kaki kiri berbisa dia tu untuk menjaringkan gol pembukaan hasil lorongan cantik Wayne Rooney.*skema plak ayat haha. Secara rasminya Giggs jadi pemain paling tua jaringkan gol Champion League.


makin tua makin menjadi

"great pass chicharito"

Dua minit selepas assist cantik kat Giggs, Wayne Rooney pulak dapat peluang menjaringkan gol kedua perlawanan dan gol ketiga peribadi untuk kejohanan musim ni,dengan bantuan hantaran Hernandez. Dah selesa dua gol di depan di tempat lawan Sir Alex mula merehatkan Hernandez, Park Ji Sung dan Rooney untuk perlawanan dengan Arsenal weekend ni. Another winning will increase chances to become England Champion again. 

Glory glory Man Utd.

Tuesday, April 26, 2011

UEFA Champion League Semi-Final Preview








****updated****


KLIBF 2011 : 2ND Round

Assalamualaikum...

Entry kali ni aku nak cerita pasal KLIBF2011 lagi sekali. Dalam entry dulu tu sekadar macam review je sebab time tu aku pergi tak sempat nak jelajah semua pun. Nak beli novel Hlovate je tujuan asal. So, aku pun tak tau nak gambarkan macam mana pesta buku ni. Di sebabkan tak puas hati untuk kunjungan pertama jumaat hari tu, aku pergi lagi sekali hari ahad baru-baru ni. Tu pun nasib baik la terbaca status zul cakap nak pergi pesta buku dengan kereta dia. Lagi la senang kan. Tak payah aku nak tunggu komuter lama-lama lagi. Tak payah pikir lama aku terus on. So ahad tu aku pegi la pesta buku untuk 2nd round dengan zul dan hanis.

datang jangan tak datang


Sampai je sana aku tengok suasana sangat berbeza dengan suasana hari 1st aku pergi tu sebab orang sangat ramai. Mungkin sebab hari ahad kot ramai orang cuti. Booth-booth juga dah bertambah lagi banyak dari hari pertama. Mungkin masa hari pembukaan mereka tak sempat kot nak buka. Kebanyakkan yang datang adalah golongan remaja dan golongan berkeluarga bawa anak-anak mencari buku-buku akademik dan juga buku ilmiah. Bagi golongan muda remaja pulak banyak menumpu bahagian novel terutamanya perempuan. Tak kurang juga yang mencari buku-buku islamik. Alhamdulillah.

Pada pandangan aku lebih 30% bahan bacaan yang ada di pesta buku tu adalah bahan bacaan genre islamik atau pengetahuan tentang islam. Ini menunjukan rakyat Malaysia sekarang dahagakan bahan bacaan macam ni. Sedikit sebanyak dapat la membantu mereka membuka mata terhadap Islam dan mula mengamalkan dalam kehidupan harian.

Untuk jelajah pusingan kedua ni aku naik ke tingkat 3 yang tak sempat nak naik sebelum tu. Kat tingkat 3 ni banyak buku-buku akademik peringkat tinggi macam keluaran cambridge dan oxford yang lebih sesuai untuk pelajar universiti. Tapi yang menyebabkan ruangan ni kurang menjadi tumpuan mungkin sebab harga yang mahal. Maklumlah keluaran international. Yang kedua mungkin sebab bahan bacaan kat sini agak berat macam buku untuk perubatan dan kejuruteraan. Dah muak kot tengok kat perpustakaan universiti memandangkan kebanyakan IPTA tengah final exam. So bahan bacaan yang lebih santai menjadi pilihan.

Selepas dah puas jalan-jalan tengok buku ada satu benda je yang aku tak puas. Duit tak cukup. Apa boleh buat aku belum bekerja lagi. Sekadar mampu baca di situ je la. Tu pun tak sempat nak baca banyak-banyak la kan. Dapat 1 bab pun cukup la untuk dijadikan panduan hidup.

Selain buku-buku yang dijual disini juga ada macam-macam peraduan seperti game kat karangkraf yang menawarkan RM1000. Tapi bukan senang nak dapat. Ada gak cabutan bertuah di booth PTS. Boleh dapat I-pad. Tapi aku dapat voucher RM1 je.Hahaha. Selain tu ada gak persembahan lagu-lagu alternatif dari kumpulan Raihan dan Lah VE. Yang lain-lain aku tau sangat sebab aku tak tengok pun.

Disebabkan tak puas lagi pergi pesta buku ni InsyaAllah akan pergi lagi untuk 3RD round jumaat ni kalau tak ada apa-apa urusan.

p/s: aku dah pergi 2kali dan mungkin akan pergi 3kali. so kamu-kamu yang belum pergi tu tunggu apa lagi. Jom la ke pesta buku. 1Mei ni dah habis dah. Tahun depan la pula nak jumpa tu pun kalau penganjur nak buat lagi.

Monday, April 25, 2011

Versus


"I was a street kid...  was...  is...  entah..." dia memulakan.  "All  my life."  Rasa berbuku di dada ditahan.  "Teruk.  Tapi masa tu...  tak rasa. Mak bapak dah bagi apa yang patut, tapi manusia...  hanyut sendiri. Tak sedar." Nafas panjang dihela. "Dan rasanya memang macam dah jadi norm kat Malaysia tu. Apabila anak-anak dah besar, memang rasa macam boleh biar je kontrol hidup sendiri. Tak kisah orang lain, tak kisah benda keliling. Orang tak kisah kalau you nak practise agama tu atau tak I guess." 
Ashraff Omar
Domino effect. "Kira tu analogi la. Domino effect tu apabila ada permulaan yang akan trigger a series of chain reaction la gitu. Maka...  apabila kita dah settle dari sudut solat dan ibadah, kita juga sepatutnya secara langsung dah settle juga dari sudut hidup ikut syariat. Sepatutnya kalau kita dah settle dari sudut aurat, secara langsung je kita sepatutnya akan settle juga dari sudut ikhtilat."
Minn Edina

Diatas adalah sedikit petikan dari novel Versus hasil tulisan novelis Hlovate. Novel ni mengisahkan dua anak muda yang cuba berubah untuk menjadi lebih baik. Dalam ni juga mereka masing-masing mendefinisikan baik dari sudut pandangan masing-masing. Sesuai dengan tajuknya Versus menunjukkan anak muda yang versus dengan diri sendiri dan minat terhadap dunia jalanan dengan skateboard,basketball serta muzik-muzik yang melalaikan sehingga membuat mereka lupa dengan suruhan Allah. Versus dengan diri sendiri adalah sangat susah kerana disokong oleh nafsu. Tetapi dengan kebergantungan kepada Allah serta panduan yang diberi-Nya mereka berjaya melawan kekangan nafsu serta hasutan syaitan. Novel ini bagus untuk anak-anak muda yang masih mencari haluan hidup.

So siapa yang berminat boleh la dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran. Untuk maklumat lanjut boleh tengok sini dan juga sini.

EPL Semakin Hampir

Dah lama rasanya aku tak update apa-apa pasal bola ni. Sejak man utd kalah dengan man city kot. Aku tak update bukan sebab kalah tapi time tu balik rumah kn. Mana nak dapat online. Dah dapt online cite tu macam dah basi. Malas la nak update. Lepas tu match dengan newcastle seri aku tak update gak. Busy sikit sebab time tu aku ada hal kat luar.

So weekend baru ni Man Utd vs Everton. Dengan kemenangan 1-0 hasil jaringan last minute Hernandez memberi tiga mata berharga untuk mengekalkan jarak 6 mata di depan Chelsea. Arsenal pulak kalah so dah ketinggalan 9 mata di tempat ke tiga di belakang Chelsea. Man Utd perlu menang lagi dua match dengan seri sekali je dah cukup untuk Man Utd merangkul kejuaraan EPL untuk kali ke 19. Pecah rekod paling banyak 18 kali yang dipegang oleh Man Utd bersama Liverpool.

chicharito meraikan gol kemenangan

Untuk keputusan perlawanan lain :


Perlawanan yang belum main :
p/s : lepas ni man utd lawan arsnal kat emirate. So kalau Man Utd menang harapan arsenal terus tak de dari segi kiraan matematik walaupun secara logik dah tak ada peluang pun.hahaha.

Saturday, April 23, 2011

Kuala Lumpur International Book Fair 2011

Semalam adalah hari pembukaan Pesta Buku ni. So aku memang dah awal-awal lagi dah plan dengan dia nak pergi beli novel Hlovate baru, Contengan Jalanan. Nanti aku review sebab baru baca half. Plan asal nak pergi minggu depan je. Tapi lepas buka website Jemari Seni dia cakap Hlovate ada bagi bookmark dengan autograf untuk seribu yang awal je. So terus tukar plan pergi hari 1st dan tak sia-sia ktorang pergi.

So sape-sape peminat novel,komik,majalah or buku-buku ilmiah ,agama, sains, dan motivasi boleh la pergi. Tempat ni memang sangat sesuai untuk ulat-ulat buku ye bukan ulat tiket. Banyak sangat buku kat situ. Segala genre ada kat situ. Yang tak ada duit aku je nak beli buku banyak-banyak. Tengok je la buku-buku tu. Beli novel Contengan Jalanan je. Walaupun novel je tapi pengisian dia sangat ilmiah.

Pesta buku yang bermula semalam, Jumaat 22 April, ni buka jam 10 pagi sampai 8 malam untuk weekday. Weekend buka sampai pukul 9 malam. Pesta ni ada kt PWTC sampai 1 Mei ni. So jangan lepaskan peluang yang tak datang selalu ni. Kalau bernasib baik dapat jumpa dengan penulis buku or novelis or kartunis terkenal kat sana. Boleh mintak autograf. Semalam pun kartunis gempakstarz kot buat sesi autograf. Ada Kaoru, Keith, Ben dan lagi sorang aku tak ingat. Kat JS pun ada Noor Suraya,Syud n yang lain2 aku tak ingat. Hari ni dan seterusnya pun ada lagi. Hlovate je tak ada.

Untuk maklumat lanjut boleh tengok kat sini.

KTM Sucks

Geram aku. Waste of time. Berjam-jam aku tunggu sebab nak naik komuter je. Kadang-kadang aku terfikir gak kenapa la Rapid tak ada LRT pergi ke arah UKM. Tak perlu la aku guna komuter lagi. Dari aku mula masuk UKM sampai aku nak habis dah pun sama je servis komuter ni. Dah la lambat, sesak lagi. Apa salahnya kalau kekerapan komuter dicepatkan dan sampai ke stesen on time. Ni tak, sekali tunggu dah sejam. Lepas tu makin ramai la orang datang tunggu. Tu baru satu stesen. Kalau kira dari KL Sentral ke Bdr Tasik Selatan tu dh berapa stesen dia lalu. Semua stesen komfom la ramai orang. Kalau dah macam ni mau tak 3 jam aku tunggu nak naik komuter. Sekali sampai penuh. Dua kali sampai pun penuh lagi. Nak himpit macam mana pun aku tak tau. Bila dah dapat naik rosak pulak kat next station. Kena tunggu lagi. Berebut lagi. Bersesak berhimpit lagi.

komuter yang tak pernah sampai on time,selalu rosak ada la


Rasa eksaited aku pergi Pesta Buku pun boleh terbantut kalau macam ni punya gaya. Banyak lagi benda lain aku nak kejar nak buat. Aku rasa KTM ni perlu ditegur untuk tingkatkan servis. Dah sampai bilik aku buka la web dia dan pergi kat bahagian cadangan & komen. Tapi menyirap lagi aku rasa. Page error. Tadi pagi aku try buka lagi sekali sama gak. Baik tak payah buat webpage kalau macam ni. Buat bazir duit ja bayar untuk hosting. Baik guna je duit tu untuk tingkatkan servis. KTM ni maybe dah terlalu selesa sebab laluan ni dia ja yang konker. Teruk macam mana pun orang terpaksa naik gak. KTM keep taking money but give only sh*t not a good services.

p/s: mood tgh geram lagi ni.

Tuesday, April 19, 2011

Nak Makan Nasi Lemak

Tajuk macam aku je yang nak makan nasi lemak kan. Tapi sebenarnye nak cakap pasal had jualan nasi lemak di kantin-kantin sekolah sekali je seminggu. Langkah ni diambil oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai bagi mengatasi masalah obesiti dikalangan pelajar sekolah. Cara ini mungkin berkesan mungkin juga tak berkesan pun. Kat sekolah tak boleh makan nasi lemak nanti balik singgah kedai mamak beli nasi lemak pun boleh gak. So selagi tak ada kesedaran dalam diri pelajar tu sendiri masalah ni tak dapat nak diatasi juga dengan cara paksaan macam tu. Cara ni juga secara tak langsung membantut hasil pendapatan makcik-makcik yang hanya bergantung semata-mata dengan nasi lemak sebagai punca pendapatan.

gemuk atau kurus? pilihan di tangan kita sendiri


Sebenarnya kita sebagai umat Islam patut sedar masalah kegemukan ni dah diberi jalan penyelesaian oleh Rasulullah SAW. Kita je yang tak mencari. Dalam hadis Baginda ada menyebut yang bermaksud :

"Seseorang tidak pernah memenuhkan karung seburuk perutnya, cukuplah bagi seseorang beberapa suapan untuk membetulkan tulang belakangnya (memperolehi tenaga), jika perlu untuk mengambil lebih, maka satu pertiga ruang untuk makanan, sepertiga untuk air dan sepertiga untuk pernafasan. [Rujuk hadith riwayat Imam Ahmad, Termidzi, Ibnu Majah dan Nasa’i]."
 Berdasarkan hadis ni kita boleh faham Islam menuntut kita makan secara bersederhana bukan berlebih-lebihan mengikut nafsu kita. So tak kisah la makan nasi lemak ke apa ke tapi kita kena ingat janganlah secara berlebihan. Makan apabila dah lapar dan berhenti sebelum kenyang. Dengan cara ini InsyaAllah masalah obesiti di kalangan rakyat Malaysia dapat diatasi.

Selain itu, umat Islam juga digalakkan berpuasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis. Puasa sunat dua kali seminggu ni bagus untuk menyingkirkan toksin-toksin dalam badan kita sekaligus mampu menguatkan sistem pencernaan kita. Selain itu puasa sunat ni juga memberi peluang kepada sistem pencernaan untuk rehat atau pun untuk maintainance. Apabila sistem pencernaan kita cukup rehat dan dah tak ada toksin berlebihan maka proses pencernaan kita akan semakin lancar dan mampu mengurangkan masalah kegemukan atau obesiti.

Selain makanan, minuman pun antara faktor peningkatan obesiti. Minuman yang macam mana? Minuman yang ada kandungan gula yang tinggi macam minuman bikarbonat, dan minuman 3 in 1 yang ada krimmer yang dibuat dengan hampas kelapa sawit. Minuman tersebut mampu menolong anda sekalian untuk tambah stok lemak dibadan ye. Selain tu minuman berais juga sangat berbahaya sebab minuman berais tu akan membekukan lemak yang kita makan disaluran usus kita. Selain obesiti kemungkinan sakit jantung pun tinggi gak.

Dah jaga makanan dan minuman satu lagi kita kena buat. Bersukan. Zaman Nabi SAW dulu pun dia mintak kita beriadhah seperti menunggang kuda, memanah dan bermain pedang. So kita sekarang ni kalau nak buat semua tu mesti macam pelik sikit kan. So kita buat la yang lain macam jogging, main bola, main badminton ataupun main futsal. Dengan cara ini kita dapat singkirkan lemak-lemak berlebihan dan menyihatkan badan.

Tapi walaupun semua yang diatas tu boleh diamalkan untuk mengurangkan obesiti, usul yang dicadangkan oleh Menteri Kesihatan tu pun sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah obesiti. Apa yang penting kesedaran itu sendiri. kalau tak ada kesedaran cakap la apa pun dok macam tu gak la. So kita nak kurus dan sihat atau gemuk berpenyakit semua tu atas pilihan kita sendiri. Tapi sebagai umat Islam kita perlu tau menjaga kesihatan tu adalah sangat dituntut.

Selamat beramal dengan perkongsian kali ini. Kalau ada yang tersilap tu tolong betulkan ye. Wassalam.

Monday, April 18, 2011

Balik Kampung

Rasa2 macam dah lama plak tak update blog ni. Bukan sengaja tak nak update tapi balik kampung jap hantar barang2 yang penuh kat bilik. Datang dari mana ntah. Masa datang dulu bawa 2 beg je. Sekarng ni rasa2 macam 5 beg pn tak muat dgn semua barang2 tu. So untuk memudahkan nak balik hujung sem ni kena la bawa balik dulu setangah barang yang dh kurang kebergunaan tu. Simpan kat bilik banyak2 pun wat semak je. Ular wat sarang pun tak sedar kot hahaha.

Melalut pulak kan cite pasal bilik yang tersangat la kemas tu. Sebenarnya nak cite pasal bas yang aku guna untuk balik kali ni. Selalu kalau nak balik kedah mesti naik bas Mara Liner sebab bas tu bes dan pemandu sangat berhati-hati. Memang la sampai lambat sikit kalau nak banding dengan bas-bas lain macam Konsortium or Durian Burung. Tak sampai 5 jam dah sampai  Kedah. Scary kot naik bas laju-laju waktu malam. Dengan jalan gelap berbukit bukau lagi. Tapi sekarang dah ada bas baru yang aku boleh naik untuk balik Kedah. Basa Sani Ekspress. Lagi pun senang sikit sebab boleh naik kat naik kat Hentian Kajang je. Mara Liner terpaksa g Bukit Jalil tp sekarang dah kat Puduraya kot. Jauh.



Tapi kenapa Sani Ekspress jadi pilihan pulak kan. Dah la semua bas dia 2 tingkat. Tak lagi scary ke? Sebenarnya walaupun 2 tingkat tapi bas tu Alhamdulillah sgt stabil. Kat selekoh pun takde la goyang-goyang sangat. Lagipun driver Sani Ekspress sama la macam bas Mara Liner. Pemandu berhemah. Lagui pun bas yang digunakan bas buatan Scania dari Sweden. Antara safety mechanism yang bas ni ada macam ESP, ABS, TC, dan speed limiter. Semua nia aku baca kat risalah yang ada kat seat bas ni. Betul2 promote dah aku ni. Kalau la Dato' Sani baca entry harap2 boleh la dapat trip free pergi-balik sekali. Hahaha berangan pulak kejap.

So lepas ni kepada sape2 yang nak guna bas untuk perjalanan yang jauh harap dapat pilih la bas-bas yang elok perkhidmatannya dan elok cara pemanduannya. Semua ni boleh mengurangkan risiko kemalangan jiwa. Selain itu, jangan lupa gak berdoa kepada Allah supaya diberi perlindungan.

Thursday, April 14, 2011

Minggu Orientasi

Belum grad kt UKM dh terpanggil masuk lagi satu universiti. Hebat gila aku..haha Nama universiti ni UBM. Universiti Blogger Malaysia.







Nak masuk universiti kena la daftar kan. So apa yang perlu didaftarkan adalah seperti berikut:


  1. Banner UBM. Dah letak dah kt atas tu.
  2. Nama dan nama blog - nama : Muhamad Norzaki,  nama blog : Sesuka Hati Aku
  3. Sejak bila start blog  - Ogos 2010 
  4. Pandangan pasal dunia blog  -  blog ni bagus untuk kita berkongsi info disamping tempat memcoret apa2 saja.
  5. Pandangan pasal IPTM ni - kewujudan UBM ni bagus untuk membentuk komuniti blogger agar dapat sama-sama kita memeriahkan dunia blog malaysia ni disamping dapat berkongsi ilmu bermanfaat bersama-sama. Sharing is caring.
So itu je untuk daftar UBM ni. Dengan ini secara rasmi dh menjadi student di UBM.  =))

Kenapa Kita Perlu Solat

Sekarang ni kalau la kita ditanya, “kenapakah  kita perlu bersolat?” Ada macam2 jawapan bergantung kepada orang yang ditanya. Bagi orang yang angkuh dan kufur mungkin dia cakap perlu ke kita solat. Dan bagi mereka solat tu perkara yang dilakukan hari yang tak ada apa2 makna dan sangat mengambil mudah. Kalau rasa nak solat mereka buat kalau rasa malas tak payah buat. Macam mana kalau Allah pun buat macam tu kat kita. Bila kita solat Dia bagi segala nikmat. Bila kita tak solat Dia terus tarik nikmat tu contohnya Dia ambil tangan kita. Tak ke haru macam tu. Tak kan sampai macam tu baru kita rasa nak solat kot. Kita jangan lupa Allah boleh buat apa saja yang Dia nak. Dia  Maha Berkuasa.

solat la selagi berdaya


Jadi bila orang bertanya, mengapa kita perlu bersolat? Dan aku rasa ni la jawapannya, “bukan ke ini salah satu cara kita berterima kasih Dia, Allah yang telah memberi kita segala nikmat di dunia ni , dan kita jangan lupa Allah boleh tarik balik segala nikmat yang diberi tu bila2 masa ja. So, tak salah kita jadi hambaNya yang bersyukur sekurang-kurangnya dengan bersolat 5 waktu sehari. Lagi bagus berjemaah. Aku sendiri dalam proses memperbaiki tahap kerajinan solat berjemaah. Semoga Allah memberi kekuatan kepada aku untuk rajin solat berjemaah. Amin.

Selain tu bersolat juga dapat menyucikan jiwa kita. Bayangkan la dalam kehidupan kita hari-hari, macam2 dosa kita buat secara sedar atau tak sedar. Semakin banyak dosa kita semakin kotor jiwa atau hati kita. Sama la macam pakaian kita, kalau asyik pakai ja tak dibasuh mesti kotor dan berbau kan. Kita pun dah tak sanggup nak pakai lagi. Macam tu juga la hati kita. Tapi kita tak nampak kekotoran tu dengan mata kasar. Kita boleh rasa. Bila kita makin malas beribadat maksudnya hati kita dah kotor. Saya sebagai pelajar kalau time belajar tu rasa susah je nak masuk apa yang diajar oleh pensyarah maksudnya hati dah kotor. Susah nak terima ilmu. Oleh itu rajin2 la bersolat selain membaca al-Quran untuk menyucikan hati kita. Semoga hati kita bersih dan mudah kita nak terima ilmu dan rajin nak beribadat kepada Allah.

So kepada pembaca blog ni yang masih ambil mudah pasal hal solat ni harap dapat la kita memperbaikinya sama2. Segala yang baik tu datang dari Allah SWT dan segala kekurangan tu dari kekhilafan diri aku sendiri. Sama-sama la kita memperbaiki apa yang kurang dan tambah la amalan2 baik yang dah kita laku kan. Kalau kita ingat Allah InsyaAllah Dia akan ingat kita juga.

Wassalam.

Sedikit rujukan dari sini.

Wednesday, April 13, 2011

UCL Quarter Final 2nd Leg Day 1st : Result

Seperti yang dh dijangkakan Man Utd menang malam ni walaupun bukan 2-0 tapi 2-1. Lagi pun Rooney tak skor pulak. Tapi workrate Rooney memang marvelous. Banyak wat crossing bahaya tapi xde yang gol. Defend pun agak bagus walaupun O'Shea performance kurang memuaskan. Midfield dah cukup baik. Tapi kalau ada midfielder yang boleh control tengah macam Roy Keane dulu mesti lagi bagus.
Apa pun yang penting Man Utd dah melangkah ke semi-final. Tunggu match esok penentu sape jumpa Man Utd kat semi walaupun Schalke 04 ada kelebihan tapi Inter mungkin boleh wat kejutan.




Ji Sung Park- skor 2nd gol


Match summary :

Man Utd Vs Chelsea

Shakhtar Donetsk Vs Barcelona
Sumber ESPN

Tuesday, April 12, 2011

Perut Sensitif

Orang yang ada perut yang sensitif mesti tak bes kan. Silap makan je sakit perut. Makan banyak sgt sakit perut. Aku ada terbaca artikel Dato' Dr Fadzilah Kamsah pasal kajian karekter mengikut bulan dia ada cakap orang yang lahir bulan tujuh kebanyakkannya mempunyai perut sensitif. Aku la orang yang lahir dalam bulan tujuh dan aku akui perut aku agak sensitif. =,= Bukan aku saja yang macam ni. Lagi beberapa orang member yang lahir bulan tujuh gak ada cakap perut diorang agak sensitif. So kajian tu betul la.



Aku tiba-tiba cakap pasal perut sensitif ni bukan apa. Semalam 1 hari aku rasa sangat tak selesa sebab angin. Asyik k**t*t je.hahaha. Siang tu aku masak makaroni bakar dengan cheese yang banyak. Best n sedap. Tapi bila malam perut angin plak. Memang tak best.Huhuhu. Tapi memang dah biasa macam ni so aku boleh handle la. Selalu kalo makan pedas2 memang cirit birit la. Dua benda ni je yang selalu jadi kat aku. Orang lain tak tau la pulak. Malas nak wat questionaire nk wat kajian. Tapi kalo perut angin or cirit birit aku boleh je tahan lagi. Yang tak tahannya kalo time tak makan apa2 la. Ni la penyakit perut yang paling tak bes. Rasanya semua orang rasa kot. Rasa lapar kalo tak makan. Hahaha.

So walau apa pun sebab kita sakit perut kita kena ingat sebenarnye sakit tu datang dari Allah. Makanan tu hanya perantaraan untuk Allah bagi sakit tu n syirik kecil kalau kita cakap sakit kita datang dari benda lain. Harap apa yang aku mengarut ni bermanfaat sedikit sebanyak sebab aku pun bukan la tinggi sangat ilmu. Sekadar nak berkongsi sikit. Sharing is caring.
Wassalam

UCL Quarter Final 2nd Leg

Tumpuan utama aku ofkos la match Man Utd vs Chelsea kt Old Trafford. 1st leg hari tu dh menang 1-0 jaringan Wayne Rooney. Harap2 malam ni kat home Rooney skor lagi. Aku predict Man Utd mng 2-0 dgn line up Van Der Sar (GK), O'Shea (DF), Smalling (DF), Vidic (DF), Evra (DF), Carrick (MF), Giggs (MF), Nani (WF), Valencia (WF),Hernandes (ST), Rooney (ST)...

GGMU

Rooney-goal celebration

Untuk match lain malam ni Shakhtar Donetsk Vs Barcelona kat Donbass Arena dgn aggregate 1-5.
Lagi dua match malam esok Schalke 04 Vs Inter Milan di Veltins-Arena dgn Aggregate 5-2 dan Tottenham Hotspur Vs Real Madrid di White Hart Lane dgn aggergate 0-4.

Friday, April 8, 2011

XPDC Jelajah Perak

Dah rehat 1 hari baru terasa nak update pasal jelajah perak semalam. Sebenarnye semangat dah nk update lepas turun bas malam tadi lagi. Tapi rasa mcm demam je so tertangguh la sekejap. Harini Alhamdulillah dh makin sihat. Dah boleh main bola pn petang td. Trip ke perak ni bermula dari pukul 5.00 pagi khamis sampai 12 tgh malam khamis. Alhamdulillah perjalanan kami selamat. Xde kemalangan jiwa di laporkan walaupun ada beberapa kesulitan dalam gua tempurung.hahaha..

seawal jam 5 pagi berkumpul tunggu bas.Ada yang tertido lagi
Perjalanan ke perak mengambil masa lebih kurang 3 jam. Sempat stop solat subuh kt R&R rawang kejap.Destinasi pertama ialah Kuala Woh. Mula2 terpikir gak ada apa tempat ni. Dengar pun xpernah. Bila dh sampai tgk air sungai dia bes gila. Walaupun air sejuk tapi pasir2 kt tepi sungai tu panas n ada kawasan yg ada air panas. Kat sini kitorang sarapan nasi lemak yg di masak sendiri oleh Suhaila, Dani, Dayah, n da geng. Siddiq n Helmi pn ada gak. Lepas mkn nasi lemak wat BBQ ayam pulak. Tapi tak sempat makan kt situ sebab dh lambat. Makan je la kt atas bas time pg Gua Tempurung.

Kuala Woh

Lepas dh penat mandi2 kat Kuala Woh kami ke destinasi ke dua. Gua Tempurung. Dah lama xmasuk gua. Last masuk Gua Kelam kt Perlis. Tu pun time kanak2 dulu. Perjalanan dalam gua ni ambik masa 2jam 30minit. Dalam gua ni kena naik dalam 640 anak tangga n turun 200 lebih anak tangga selain kena meredah sungai dalam keadaan jalan itik, bergolek,n merangkak. Sebelum redah sungai tu kena turun curam yang lebih kurang 80 darjah curam kot. Kena menggelungsor. Lepas tu turun lubang sempit sedalam 1.5 meter. Kat sini la ada yang tersangkut perut bagai. Tapi semua berjaya masuk n keluar. Lagi satu cabaran dalam gua ni kt sungai tu dh xde lampu. So kena bawa torchlight. Sayang tak dapat bawa kamera masuk dalam gua ni. Banyak view yang cantik2 n aksi2 bes yang tak dapat dirakam.

lepas dh keluar Gua Tempurung

Dah penat kat Gua Tempurung pergi ke Istana uncle Kellie plak. Kt sini xde apa sangat aku nk cite. Semua asyik nak bergambar je. Kellie's Castle ni agak seram gak kalo masuk sorang2 malam2.

bergambar dulu sebelum masuk :P

Destinasi last rumah Helmi n Shahdan. Kat rumah Helmi ktorang rehat2 n solat di samping menjamu selera dengan laksa n DURIAN. Part makan durian ni la aku paling tunggu sebenarnye. dah lame sgt xmakan. Tapi lepas makan laksa perut aku mc  dh xselesa. Tapi nk makan durian gak. So aku dh xpikir apa2 lg dh terus makan durian banyak2. Then akibatnye sampai je rumah Shahdan terus cari toilet n muntah2.huhuhu. Sebab tu la demam2 semalam tak dapat nak merapu kt sini.=P

kt rumah helmi-nampak sgt jaki kepenatan.haha

wat iklan dr rozmey jp bersama azrin kt rumah shahdan

Lepas pg rumah Shahdan aku dh xsedar apa2 lg dh kt dalam bas. Tido je. Sedar2 dh sampai kolej. Diorng ckp bas ada stop 2 kali kt R&R tapi knp la aku tak sedar. Aku ingt nk beli ENO. huhu. So sampai je kolej aku terus g mandi n tido. Nasib baik mak kol time subuh kalo tak subuh gajah la aku.

So walaupun jelajah perak ni sangat memenatkan tapi sangat seronok k. Rugi sangat kepada sape2 yang tak pg tu..

About The Faceblog

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA. 
TERIMA KASIH



Tuesday, April 5, 2011

BEN ASHAARI GEGAR 1000 BLOG : SOALAN BONUS !


The answer is.....tgk sini :P

Jalan-Jalan Lagi

Time study week ni la selalu banyak je aktiviti yang dirancang sebab time ni xde clas. Universiti bagi cuti seminggu sebab nak suruh stadi tapi mcm jalan2 lagi bes je. Nak lepas tensen belajar 1 sem kononnye. Harap2 ye la kn.hahahaha..



So trip kali ni nak gi Perak khamis  ni (lagi 2 hari la). Peserta yang join trip jalan2 ni krew2 fasilitator PKK siri 2 je. Tak ingat tgk sini. Bukan apa wat program hari tu ada duit lebih lagi. So plan la nk gn duit tu untuk belanja fasi2 jalan2. Kepada adik2 SMK Pandan Mewah,SMK Taman Tasik n SMK Hulu Kelang jgn jeles ye.. Korang xboleh ikut. Kene g sekolah belajar rajin nti dh masuk U blh la jalan2 mcm ktorg..hehehe.

cuti-cuti malaysia  =)

Sunday, April 3, 2011

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA


sesaje nk join..hahaha

Tunggu Apa Lagi

Baru dalam sebulan kot naik 10sen tapi aku dh rasa mcm xberbaloi dah nk isi minyak RON97 walaupun minyak tu kualiti tinggi. Tapi hari ni aku dapat tau naik lagi 20 sen. So untuk seliter dh berharga RM2.70. Gile mahal. Aku dh rasa xnk isi lgsg dah minyak RON97 ni walaupun sebulan sekali mcm aku wat sebelum ni.

Alasan kerajaan naik lagi harga minyak ni macam biasa la harga minyak dunia naik lagi. So kerajaan dah xmampu nak tanggung subsidi untuk rakyat lagi. Kalau pikir logik la kan harga minyak dunia naik so mesti la petronas pun untung lagi banyak. Dats mean kerajaan pn dapat duit lebih. So dari mana pulak datang alasan 'tak mampu' tu? Dah hilang mana slogan 'rakyat didahulukan pencapaian diutamakan'. Aku rasa patut wat slogan mcm ni 'poket diutamakan rakyat disusahkan'. Baru sesuai dgn kerajaan kot.

So tunggu apa lagi..pikir-pikirkan la apa yang perlu dibuat.  kite tukor je..kite tukor....

Program Khidmat Komuniti Siri 2 : Menuju Puncak

Alhamdulillah berakhir sudah program ni pukul 10 mlm semalam. Program yang bermula pada pukul 5 ptg 1 April ni merupakan program untuk adik2 form 5 n form 6 SMK Taman Tasik, SMK Pandan Mewah n SMK Hulu Kelang yang bertempat di SMK Taman Tasik.



Fasilitator
Actually agak neves nk jadi fasi untuk program ni sebab melibatkan pelajar form 5 n form 6 bukan budak darjah 6 mcm program siri 1 dulu. Tapi bagi aku program ni berjaya dijalankan gak n aku mampu untuk handle LDK dgn baik. Dah xde rasa neves lg bila dah start program. Bagi aku program ni bukan dapat memotivasi pelajar2 sekolah tu je tapi can raise my self confident gak.

Pendaftaran pelajar.
Kaunter pendaftaran

Pendaftaran bermula dari jam 3 petang. Tapi time ni fasi2 yang terlebih semangat nk bergambar dulu..haha.

Ice breaking.
Pelajar
1st impression time tgk budak2 ni nampak mcm tak bersemangat je.

Tazkirah.
Bertakwalah kamu dengan sebenar-benar takwa
Harap2 apa yang disampaikan oleh ustaz ni dapat kita hayati dan mengamalkan dalam kehidupan harian kita sama.

LDK 1
Nyanyian lagu program (time ni baru nampak semangat tu :P)
LDK 1- kumpulan 3 kot
LDK ni wat aktiviti musang berjanggut. Tujuan aktiviti ni nak uji kemahiran membuat keputusan dalam kumpulan dan kesungguhan mempertahankan keputusan yang dibuat disamping meningkatkan kerjasama dalam kumpulan yang terdiri daripada pelajar berlainan sekolah.

LDK 2
kumpulan 7(the best) - kumpulan aku,nea n ain
Ldk ni wat aktiviti Jambatan Metropolitan. Pelajar perlu membina 1 jambatan yang kukuh dgn bahan2 yang disediakan dan boleh membeli nahan tambahan dgn duit yg diberi. Tujuan aktiviti ni nak uji tahap kreativiti, pengurusan kewangan dan kerjasama dalam kumpulan.

jambatan yang menang- kumpulan 1 kot (lupe plak haha)
Operasi Burung Hantu(OBH)
shhh.....
jeng.. jeng..jeng..
Part ni la yang paling bes. Ingatkan semua dah besar2 berani. Ada lagi yang penakut rupanye.hahaha

Senam Robik
abg n kakak instructor.. :P
Bersenam dulu sebelum makan nasi lemak
  Slot Menuju Puncak

Slot ni di handle oleh en.Che Osman felo IZISH. Slot ni brtujuan mambuka minda pelajar tentang hala tuju mereka selapas sekolah. Semoga mereka mendapat intipati dari slot ni. Untuk slot ni pelajar perlu pakai name tag yang dibuat sendiri.

name tag - nama, cita, universiti pilihan
LDK 4

Modul Raja Borong. Aktiviti ni sama mcm jadi promoter la.


Effective comunication. Slot ni untuk uji tahap komunikasi antara ahli kumpulan.

Sharing Moment

Slot yang terakhir sebelum majlis penutup. Slot sharing moment ni bertujuan untuk setiap fasi dari bidang masing menceritakan mcm mn nk belajar n mcm mn cara nk aply kursus pilihan nanti disamping memberitahu saluran2 yang boleh digunakan untuk memasuki universiti. Tapi slot ni xde gambar la plak sebab semua fasi sibuk bercerita je sampai lupa nak snap.

Majlis penutup
Dato' Ismail Kijo bergambar bersama pengetua, guru, fasi, pelajar, dan  felo IZISH
Fasi Free style

 Sehingga berjumpa lagi. :) Semoga adik2 semua berjaya dalam hidup di dunia dan di akhirat.
C.U.D.IPT =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...