Semalam adalah hari pembukaan Pesta Buku ni. So aku memang dah awal-awal lagi dah plan dengan dia nak pergi beli novel Hlovate baru, Contengan Jalanan. Nanti aku review sebab baru baca half. Plan asal nak pergi minggu depan je. Tapi lepas buka website Jemari Seni dia cakap Hlovate ada bagi bookmark dengan autograf untuk seribu yang awal je. So terus tukar plan pergi hari 1st dan tak sia-sia ktorang pergi.
So sape-sape peminat novel,komik,majalah or buku-buku ilmiah ,agama, sains, dan motivasi boleh la pergi. Tempat ni memang sangat sesuai untuk ulat-ulat buku ye bukan ulat tiket. Banyak sangat buku kat situ. Segala genre ada kat situ. Yang tak ada duit aku je nak beli buku banyak-banyak. Tengok je la buku-buku tu. Beli novel Contengan Jalanan je. Walaupun novel je tapi pengisian dia sangat ilmiah.
Pesta buku yang bermula semalam, Jumaat 22 April, ni buka jam 10 pagi sampai 8 malam untuk weekday. Weekend buka sampai pukul 9 malam. Pesta ni ada kt PWTC sampai 1 Mei ni. So jangan lepaskan peluang yang tak datang selalu ni. Kalau bernasib baik dapat jumpa dengan penulis buku or novelis or kartunis terkenal kat sana. Boleh mintak autograf. Semalam pun kartunis gempakstarz kot buat sesi autograf. Ada Kaoru, Keith, Ben dan lagi sorang aku tak ingat. Kat JS pun ada Noor Suraya,Syud n yang lain2 aku tak ingat. Hari ni dan seterusnya pun ada lagi. Hlovate je tak ada.
Untuk maklumat lanjut boleh tengok kat sini.
No comments:
Post a Comment