Friday, April 8, 2011

XPDC Jelajah Perak

Dah rehat 1 hari baru terasa nak update pasal jelajah perak semalam. Sebenarnye semangat dah nk update lepas turun bas malam tadi lagi. Tapi rasa mcm demam je so tertangguh la sekejap. Harini Alhamdulillah dh makin sihat. Dah boleh main bola pn petang td. Trip ke perak ni bermula dari pukul 5.00 pagi khamis sampai 12 tgh malam khamis. Alhamdulillah perjalanan kami selamat. Xde kemalangan jiwa di laporkan walaupun ada beberapa kesulitan dalam gua tempurung.hahaha..

seawal jam 5 pagi berkumpul tunggu bas.Ada yang tertido lagi
Perjalanan ke perak mengambil masa lebih kurang 3 jam. Sempat stop solat subuh kt R&R rawang kejap.Destinasi pertama ialah Kuala Woh. Mula2 terpikir gak ada apa tempat ni. Dengar pun xpernah. Bila dh sampai tgk air sungai dia bes gila. Walaupun air sejuk tapi pasir2 kt tepi sungai tu panas n ada kawasan yg ada air panas. Kat sini kitorang sarapan nasi lemak yg di masak sendiri oleh Suhaila, Dani, Dayah, n da geng. Siddiq n Helmi pn ada gak. Lepas mkn nasi lemak wat BBQ ayam pulak. Tapi tak sempat makan kt situ sebab dh lambat. Makan je la kt atas bas time pg Gua Tempurung.

Kuala Woh

Lepas dh penat mandi2 kat Kuala Woh kami ke destinasi ke dua. Gua Tempurung. Dah lama xmasuk gua. Last masuk Gua Kelam kt Perlis. Tu pun time kanak2 dulu. Perjalanan dalam gua ni ambik masa 2jam 30minit. Dalam gua ni kena naik dalam 640 anak tangga n turun 200 lebih anak tangga selain kena meredah sungai dalam keadaan jalan itik, bergolek,n merangkak. Sebelum redah sungai tu kena turun curam yang lebih kurang 80 darjah curam kot. Kena menggelungsor. Lepas tu turun lubang sempit sedalam 1.5 meter. Kat sini la ada yang tersangkut perut bagai. Tapi semua berjaya masuk n keluar. Lagi satu cabaran dalam gua ni kt sungai tu dh xde lampu. So kena bawa torchlight. Sayang tak dapat bawa kamera masuk dalam gua ni. Banyak view yang cantik2 n aksi2 bes yang tak dapat dirakam.

lepas dh keluar Gua Tempurung

Dah penat kat Gua Tempurung pergi ke Istana uncle Kellie plak. Kt sini xde apa sangat aku nk cite. Semua asyik nak bergambar je. Kellie's Castle ni agak seram gak kalo masuk sorang2 malam2.

bergambar dulu sebelum masuk :P

Destinasi last rumah Helmi n Shahdan. Kat rumah Helmi ktorang rehat2 n solat di samping menjamu selera dengan laksa n DURIAN. Part makan durian ni la aku paling tunggu sebenarnye. dah lame sgt xmakan. Tapi lepas makan laksa perut aku mc  dh xselesa. Tapi nk makan durian gak. So aku dh xpikir apa2 lg dh terus makan durian banyak2. Then akibatnye sampai je rumah Shahdan terus cari toilet n muntah2.huhuhu. Sebab tu la demam2 semalam tak dapat nak merapu kt sini.=P

kt rumah helmi-nampak sgt jaki kepenatan.haha

wat iklan dr rozmey jp bersama azrin kt rumah shahdan

Lepas pg rumah Shahdan aku dh xsedar apa2 lg dh kt dalam bas. Tido je. Sedar2 dh sampai kolej. Diorng ckp bas ada stop 2 kali kt R&R tapi knp la aku tak sedar. Aku ingt nk beli ENO. huhu. So sampai je kolej aku terus g mandi n tido. Nasib baik mak kol time subuh kalo tak subuh gajah la aku.

So walaupun jelajah perak ni sangat memenatkan tapi sangat seronok k. Rugi sangat kepada sape2 yang tak pg tu..

3 comments:

  1. lepas ni beli la lomo aqua. boleh amik gmabar underwater. :)

    ReplyDelete
  2. pergh..x ajak siot..tp papepun perak tetap menjadi destinasi.haha

    ReplyDelete
  3. tapi bote bkn dalam list la..hahaha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...