gemuk atau kurus? pilihan di tangan kita sendiri |
Sebenarnya kita sebagai umat Islam patut sedar masalah kegemukan ni dah diberi jalan penyelesaian oleh Rasulullah SAW. Kita je yang tak mencari. Dalam hadis Baginda ada menyebut yang bermaksud :
"Seseorang tidak pernah memenuhkan karung seburuk perutnya, cukuplah bagi seseorang beberapa suapan untuk membetulkan tulang belakangnya (memperolehi tenaga), jika perlu untuk mengambil lebih, maka satu pertiga ruang untuk makanan, sepertiga untuk air dan sepertiga untuk pernafasan. [Rujuk hadith riwayat Imam Ahmad, Termidzi, Ibnu Majah dan Nasa’i]."Berdasarkan hadis ni kita boleh faham Islam menuntut kita makan secara bersederhana bukan berlebih-lebihan mengikut nafsu kita. So tak kisah la makan nasi lemak ke apa ke tapi kita kena ingat janganlah secara berlebihan. Makan apabila dah lapar dan berhenti sebelum kenyang. Dengan cara ini InsyaAllah masalah obesiti di kalangan rakyat Malaysia dapat diatasi.
Selain itu, umat Islam juga digalakkan berpuasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis. Puasa sunat dua kali seminggu ni bagus untuk menyingkirkan toksin-toksin dalam badan kita sekaligus mampu menguatkan sistem pencernaan kita. Selain itu puasa sunat ni juga memberi peluang kepada sistem pencernaan untuk rehat atau pun untuk maintainance. Apabila sistem pencernaan kita cukup rehat dan dah tak ada toksin berlebihan maka proses pencernaan kita akan semakin lancar dan mampu mengurangkan masalah kegemukan atau obesiti.
Selain makanan, minuman pun antara faktor peningkatan obesiti. Minuman yang macam mana? Minuman yang ada kandungan gula yang tinggi macam minuman bikarbonat, dan minuman 3 in 1 yang ada krimmer yang dibuat dengan hampas kelapa sawit. Minuman tersebut mampu menolong anda sekalian untuk tambah stok lemak dibadan ye. Selain tu minuman berais juga sangat berbahaya sebab minuman berais tu akan membekukan lemak yang kita makan disaluran usus kita. Selain obesiti kemungkinan sakit jantung pun tinggi gak.
Dah jaga makanan dan minuman satu lagi kita kena buat. Bersukan. Zaman Nabi SAW dulu pun dia mintak kita beriadhah seperti menunggang kuda, memanah dan bermain pedang. So kita sekarang ni kalau nak buat semua tu mesti macam pelik sikit kan. So kita buat la yang lain macam jogging, main bola, main badminton ataupun main futsal. Dengan cara ini kita dapat singkirkan lemak-lemak berlebihan dan menyihatkan badan.
Tapi walaupun semua yang diatas tu boleh diamalkan untuk mengurangkan obesiti, usul yang dicadangkan oleh Menteri Kesihatan tu pun sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah obesiti. Apa yang penting kesedaran itu sendiri. kalau tak ada kesedaran cakap la apa pun dok macam tu gak la. So kita nak kurus dan sihat atau gemuk berpenyakit semua tu atas pilihan kita sendiri. Tapi sebagai umat Islam kita perlu tau menjaga kesihatan tu adalah sangat dituntut.
Selamat beramal dengan perkongsian kali ini. Kalau ada yang tersilap tu tolong betulkan ye. Wassalam.
bongok btol menteri ni,,laen kali sekat coke pepsi mcd kfc tu la baru btol,,nasi lemak jd mangsa,,ish3
ReplyDeletemana boleh sekat semua tu ica sebab tu punca duit poket dorg..setakat nasi lemak mana nak sumbang pape kt dorg pun
ReplyDelete