Tuesday, April 26, 2011

KLIBF 2011 : 2ND Round

Assalamualaikum...

Entry kali ni aku nak cerita pasal KLIBF2011 lagi sekali. Dalam entry dulu tu sekadar macam review je sebab time tu aku pergi tak sempat nak jelajah semua pun. Nak beli novel Hlovate je tujuan asal. So, aku pun tak tau nak gambarkan macam mana pesta buku ni. Di sebabkan tak puas hati untuk kunjungan pertama jumaat hari tu, aku pergi lagi sekali hari ahad baru-baru ni. Tu pun nasib baik la terbaca status zul cakap nak pergi pesta buku dengan kereta dia. Lagi la senang kan. Tak payah aku nak tunggu komuter lama-lama lagi. Tak payah pikir lama aku terus on. So ahad tu aku pegi la pesta buku untuk 2nd round dengan zul dan hanis.

datang jangan tak datang


Sampai je sana aku tengok suasana sangat berbeza dengan suasana hari 1st aku pergi tu sebab orang sangat ramai. Mungkin sebab hari ahad kot ramai orang cuti. Booth-booth juga dah bertambah lagi banyak dari hari pertama. Mungkin masa hari pembukaan mereka tak sempat kot nak buka. Kebanyakkan yang datang adalah golongan remaja dan golongan berkeluarga bawa anak-anak mencari buku-buku akademik dan juga buku ilmiah. Bagi golongan muda remaja pulak banyak menumpu bahagian novel terutamanya perempuan. Tak kurang juga yang mencari buku-buku islamik. Alhamdulillah.

Pada pandangan aku lebih 30% bahan bacaan yang ada di pesta buku tu adalah bahan bacaan genre islamik atau pengetahuan tentang islam. Ini menunjukan rakyat Malaysia sekarang dahagakan bahan bacaan macam ni. Sedikit sebanyak dapat la membantu mereka membuka mata terhadap Islam dan mula mengamalkan dalam kehidupan harian.

Untuk jelajah pusingan kedua ni aku naik ke tingkat 3 yang tak sempat nak naik sebelum tu. Kat tingkat 3 ni banyak buku-buku akademik peringkat tinggi macam keluaran cambridge dan oxford yang lebih sesuai untuk pelajar universiti. Tapi yang menyebabkan ruangan ni kurang menjadi tumpuan mungkin sebab harga yang mahal. Maklumlah keluaran international. Yang kedua mungkin sebab bahan bacaan kat sini agak berat macam buku untuk perubatan dan kejuruteraan. Dah muak kot tengok kat perpustakaan universiti memandangkan kebanyakan IPTA tengah final exam. So bahan bacaan yang lebih santai menjadi pilihan.

Selepas dah puas jalan-jalan tengok buku ada satu benda je yang aku tak puas. Duit tak cukup. Apa boleh buat aku belum bekerja lagi. Sekadar mampu baca di situ je la. Tu pun tak sempat nak baca banyak-banyak la kan. Dapat 1 bab pun cukup la untuk dijadikan panduan hidup.

Selain buku-buku yang dijual disini juga ada macam-macam peraduan seperti game kat karangkraf yang menawarkan RM1000. Tapi bukan senang nak dapat. Ada gak cabutan bertuah di booth PTS. Boleh dapat I-pad. Tapi aku dapat voucher RM1 je.Hahaha. Selain tu ada gak persembahan lagu-lagu alternatif dari kumpulan Raihan dan Lah VE. Yang lain-lain aku tau sangat sebab aku tak tengok pun.

Disebabkan tak puas lagi pergi pesta buku ni InsyaAllah akan pergi lagi untuk 3RD round jumaat ni kalau tak ada apa-apa urusan.

p/s: aku dah pergi 2kali dan mungkin akan pergi 3kali. so kamu-kamu yang belum pergi tu tunggu apa lagi. Jom la ke pesta buku. 1Mei ni dah habis dah. Tahun depan la pula nak jumpa tu pun kalau penganjur nak buat lagi.

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...