Wednesday, April 27, 2011

Aku 37 Tapi Skor Kat Champion League : Ryan Giggs

Perlawanan separuh akhir pertama UEFA Champion League menjadi medan untuk Ryan Giggs membuktikan umur bukan penghalang untuk beraksi dan menjaringkan gol di pentas eropah. Walaupun beberapa percubaan awalnya gagal menemui sasaran sebab guna kaki kanan tapi akhirnya pada minit ke 67 dia dapat peluang menggunakan kaki kiri berbisa dia tu untuk menjaringkan gol pembukaan hasil lorongan cantik Wayne Rooney.*skema plak ayat haha. Secara rasminya Giggs jadi pemain paling tua jaringkan gol Champion League.


makin tua makin menjadi

"great pass chicharito"

Dua minit selepas assist cantik kat Giggs, Wayne Rooney pulak dapat peluang menjaringkan gol kedua perlawanan dan gol ketiga peribadi untuk kejohanan musim ni,dengan bantuan hantaran Hernandez. Dah selesa dua gol di depan di tempat lawan Sir Alex mula merehatkan Hernandez, Park Ji Sung dan Rooney untuk perlawanan dengan Arsenal weekend ni. Another winning will increase chances to become England Champion again. 

Glory glory Man Utd.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...