Contengan Jalanan merupakan karya Hlovate yang terbaru. InsyaAllah akan berada di pasaran bulan Mei ni. Tapi sape-sape yang pergi pesta buku dah boleh beli novel ni dengan less 20%. Rugi sape tak pergi. Tapi dengar khabar novel ni dah habis stok 2 hari lepas. Hari ni baru ada stok baru kot. Tapi bookmark yang ada autograf Hlovate dh tak de kot.
I-Fend |
Novel ni terbahagi kepada dua bahagian dengan setiap bahagian menceritakan dua anak muda dalam perjalanan mencari erti hidup. Kisah pertama menceritakan tentang Fend @ Affendy yang tersedar dirinya ada kurang sesuatu selepas berjumpa seorang gadis bernama Lia yang pernah hidup dalam dunia underground macam dia tetapi telah berubah. Gadis tu cakap " a man who decide to change at 12th hour die at 11th." Berbekalkan VCD tentang The 11th Hour Fend mula berfikir apakah benda yang dia akan menyesalkan kalau tak sempat buat sebelum ajal menjemput. Muzik ke? Dunia seni ke? Kahwin ke? Tapi semua tu bukan jawapan yang dicari. Dalam kekusutan tu sepupunya Chad menyajak dia backpackers ke Australia pada bulan Ramadhan. Sepanjang di sana mereka tinggal di sebuah masjid iaitu Masjid Punchbowl. Di situ Fend mula sedar erti sebenar Ramadhan yang sepatutnya diamalkan oleh umat Islam di Malaysia. Beribadat sepenuhnya disamping memenuhi tuntutan kerjaya. Tak macam di Malaysia, Ramadhan disambut dengan bazar-bazar Ramadhan, majlis-majlis berbuka puasa di hotel-hotel, kanak-kanak dengan mercun dan bunga api, kaum-kaum ibu sibuk dengan persiapan raya. Di sana dia mengisi Ramadhan dengan khatam Al-Quran, belajar hadis dan ilmu-ilmu agama di samping jalan-jalan di Sydney. Di situ juga dia bertemu Akmal, rakyat Malaysia yang belajar disana. Dia bertemu umat Islam dari pelbagai bangsa dan negara. Dia lihat cara pengamalan Islam dalam kehidupan seharian. Dengan itu dia mula sedar Addin, cara hidup Islam yang telah hilang dalam erti hidupnya. Di situ bermulalah lembaran baru dalam hidupnya dan diberi ujian yang sebaik sahaja pulang ke Malaysia untuk beraya. Untuk lebih lanjut baca sendiri ye ~ :)
II-K |
Untuk bahagian kedua menceritakan tentang K 2 (K-square) @ Ku Kamaruzzaman yang berasa pelik dengan perubahan rakan baiknya Fend selepas balik dari Australia. Dia sendiri tak pasti kenapa Fend yang tak pernah berpisah dengan gitar Fender dia tu tiba-tiba menggantung gitar. Dia ingat kematian sepupu Fend, Chad yang menyebabkan perubahan itu dan anggap berubah untuk sekejap je. Tapi semakin hari dia perasan cara hidup Fend semakin berubah. Semakin Islamik. Dia yang berpegang teguh dengan prinsip tak suka meniru cara hidup orang lain tu semakin tak kenal sahabat baik yang dikenali sejak kecil lagi. Apabila Fend mengajaknya backpackers ke Australia, dia ikut je sebab dia ingat mungkin sahabatnya tu nak melawat tempat yang pernah dia pergi dengan arwah sepupunya tu. Mereka tinggal di masjid yang sama. Dia berasa makin pelik bila tengok Fend semakin gembira bila berada di masjid tu. Dia mula sedar Fend berubah bukan disebabkan kematian Chad tapi ada sebab lain yang dia tak boleh nak faham. Sepanjang di situ dia rasa sangat lemas walaupun berada di darat. Tiap-tiap hari Pak Tono, rakyat Indonesia yang bermastautin di situ, asyik memberi tazkirah kepadanya walaupun dalam percakapan biasa. " Bermusafirlah kerana ilmu Allah tu sangat luas" begitu la lebih kurang kata-kata Pak Tono yang membuka hati K 2 untuk merantau ke Indonesia selepas balik dari Australia untuk mencari erti hidup yang di sendiri tak faham. Berbekalkan sketchbook yang terdapat lukisan berserta terjemahan ayat-ayat al-Quran terpilih yang dihadiahkan oleh Fend, K 2 mulakan jelajah mencari erti hidupnya. Di sana dia bertemu dengan Indra peminat muzik sepertinya. Dia menyangkakan Indra adalah anak muda jalanan sepertinya yang sama macam dia yang tak ingat tikar sejadah 5 waktu sehari. Tetapi dia tersedar semasa di Bandung apabila Indra tanya dia tak solat ke? Dengan yakin dia jawab tak dan tanya Indra balik. Di situ baru dia tau Indra rupa-rupanya beragama Kristian. Dia tiba-tiba berasa malu dengan diri sendiri dan terus ke majid berhampiran untuk solat. Dengan itu juga dia rasa dia telah jumpa erti kehidupan yang dicari-cari. Dia tak sangka dia disedarkan oleh seorang beragama Kristian.
Begitu la sedikit sebanyak tentang Contengan Jalanan. Nak baca dengan lebih menarik beli la novelnye ye. Tak rugi. Tak macam novel-novel cinta yang melambak di pasaran tu. Karya-karya Hlovate banyak memberi pengajaran kepada kita untuk mencari keredhaan-Nya. Kadang-kadang aku rasa macam novel-novelnya sebenarnya menceritakan tentang dirinya sendiri dengan menjelmakan ke watak-watak dalam tulisannya.
Semoga kita sentiasa mencari keredhaan-Nya dalam kehidupan kita. Wassalam
salam... waaa menarik... tak sabar nak beli.. kalau dok kat kl boleh la ke sana... tak syok la xdapat bookmark hlovate.. bertuahnya zaki...
ReplyDeletexpe2..kalau ada rezeki lain tahun ada lagi kot dia bg free gift
ReplyDeletedetailed. :)
ReplyDelete