Monday, April 25, 2011

Versus


"I was a street kid...  was...  is...  entah..." dia memulakan.  "All  my life."  Rasa berbuku di dada ditahan.  "Teruk.  Tapi masa tu...  tak rasa. Mak bapak dah bagi apa yang patut, tapi manusia...  hanyut sendiri. Tak sedar." Nafas panjang dihela. "Dan rasanya memang macam dah jadi norm kat Malaysia tu. Apabila anak-anak dah besar, memang rasa macam boleh biar je kontrol hidup sendiri. Tak kisah orang lain, tak kisah benda keliling. Orang tak kisah kalau you nak practise agama tu atau tak I guess." 
Ashraff Omar
Domino effect. "Kira tu analogi la. Domino effect tu apabila ada permulaan yang akan trigger a series of chain reaction la gitu. Maka...  apabila kita dah settle dari sudut solat dan ibadah, kita juga sepatutnya secara langsung dah settle juga dari sudut hidup ikut syariat. Sepatutnya kalau kita dah settle dari sudut aurat, secara langsung je kita sepatutnya akan settle juga dari sudut ikhtilat."
Minn Edina

Diatas adalah sedikit petikan dari novel Versus hasil tulisan novelis Hlovate. Novel ni mengisahkan dua anak muda yang cuba berubah untuk menjadi lebih baik. Dalam ni juga mereka masing-masing mendefinisikan baik dari sudut pandangan masing-masing. Sesuai dengan tajuknya Versus menunjukkan anak muda yang versus dengan diri sendiri dan minat terhadap dunia jalanan dengan skateboard,basketball serta muzik-muzik yang melalaikan sehingga membuat mereka lupa dengan suruhan Allah. Versus dengan diri sendiri adalah sangat susah kerana disokong oleh nafsu. Tetapi dengan kebergantungan kepada Allah serta panduan yang diberi-Nya mereka berjaya melawan kekangan nafsu serta hasutan syaitan. Novel ini bagus untuk anak-anak muda yang masih mencari haluan hidup.

So siapa yang berminat boleh la dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran. Untuk maklumat lanjut boleh tengok sini dan juga sini.

7 comments:

  1. cerita ni bes... sangat... semua novel hlovate sy dah khatam...

    ReplyDelete
  2. nsar dh bc ke contengan jalanan?

    ReplyDelete
  3. the latest one kan? tgu elaun this month baru nak landmark hehe... zaki dah khatam? how?

    ReplyDelete
  4. blm hbs lagi baca..baru half..bes la..tgu esok wat sinopsis..hehe

    ReplyDelete
  5. sinopsis contengan jalanan or versus?

    ReplyDelete
  6. contengan jalanan la..kalo sempat pg la pesta buku.murah novel kt situ

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...